Search This Blog

Saturday 25 May 2013

Apa itu DnC?

     Assalamualaikum dear......

    Masa keguguran baru-baru ni, doktor ada beritahu aku. Kalau kantung baby tak keluar habis, nanti kena DnC. Apa itu DnC? DnC ialah singkatan bagi  “dilation and curettage”.Dilation bermakna mengembangkan atau membesarkan saluran pintu rahim manakala curettage ialah pembersihan dengan secara mengorek dengan alat “curette” ruang rahim daripada kandungannya akibat daripada sisa-sisa kehamilan yang gugur atau lemak-lemak yang bertempek seperti “endometrial polyps” ataupun dari tumbuhan kanser 
pada dinding rahim. 


TUJUAN DNC DILAKUKAN

1. D&C dilakukan untuk membersihkan rahim daripada sisa tisu, uri atau selaput daripada kehamilan yang gugur tetapi tidak sempurna kegugurannya.

Jika dibiarkan, sisa-sisa tisu ini ia mungkin boleh menyebabkan pendarahan yang berpanjangan dan mungkin boleh juga dijangkiti kuman mengakibatkan sukar untuk wanita tersebut hamil lagi dimasa hadapan. Oleh itu pembersihan ruang rahim melalui proses D&C adalah sangat penting untuk mencegah dua kerumitan tersebut

2. D&C juga dilakukan untuk tujuan membersihkan rahim daripada kehamilan yang luar biasa seperti “Molar Pregnancy”.Dalam keadaan molar pregnancy atau kehamilan anggur ini kandang-kala D&C dilakukan dua kali dengan jarak dua minggu antara pertama dengan kedua.Tujuannya ialah membersihkan rahim daripada sisa-sisa sel molar yang ada berkemungkinan di masa hadapan kelak menjadi kanser rahim   


    Wanita-wanita yang menjalani D&C yang disertai dengan prosedur lain, hanya perlu dimasukkan ke wad harian di klinik atau di hospital. Ia masuk di waktu pagi hari pembedahan setelah berpuasa selama enam jam. Pesakit kemudiannya dibius untuk memudahkan tatacara dilakukan. Biasanya ia perlu berehat selepas pembedahan ini selama dua hingga empat jam dan pesakit akan dibenarkan balik.

    Selepas D&C pesakit akan mengalami sedikit perdarahan, bergantung kepada apakah sebab D&C dilakukan. Ada yang mengalami pendarahan dalam satu atau dua hari, ada yang sampai 10 hari atau lebih. Biasanya pemulihan selepas D&C untuk keguguran atau kehamilan luar biasa mengambil masa selama dua minggu. Tempoh waktu tersebut diperlukan untuk pemulihan rahim. 


    Macam kes aku, kantung baby keluar dengan sendirinya.Lepas tu, doktor bagi pil untuk cuci rahim.Lepas 3 hari, barulah doktor scan & rahim aku dah bersih. Tak perlu DnC. Alhamdulillah!
Kalau orang tanya aku, DnC tu sakit ke tak, aku memang tak tahu sebab aku tak pernah buat DnC.Banyak versi yang aku dengar dari kawan2 yang pernah buat DnC. Ada yang cakap sakit dan ada yang cakap tak sakit. Wallahuallam......

Sumber rujukan : Mr Google

2 comments:

  1. assalam cikgu julie.saya nak bertanya apa nama pil yang doc kasi bagi untuk cuci rahim tu.tq.

    ReplyDelete