Search This Blog

Friday 3 June 2011

Pulut Kuning 2 Tingkat

                    Sempena majlis kawin Ajib&Feeda kat JB ni,aku telah sediakan pulut kuning 2 tingkat sebagai pengganti kek. Maknanye,masa majlis kawin Ajib tu kat restoran Malay Village,upacara potong kek aku gantikan dengan upacara potong pulut kuning.Malam sebelum hari langsung tu,aku dah start buat rendang daging untuk lapis dekat pulut kuning tu nanti. Pulut pulak,aku dah siap rendam dengan serbuk kunyit&asam keping. Pagi Sabtu, baru le mak aku tolong kukuskan pulut.Akhirnye.....ni le hasilnye....


 Cantik tak pulut kuning aku.Ni 1st time buat.Lepas ni x tau le boleh buat lagi ke tak.X susah pun buat pulut kuning 2 tingkat ni,cuma malas je le.....
  Pulut tu aku masak sendiri dgn bantuan my mom(thanks mak).Petang sblm majlis ajib kat Malay Village,aku pegi beli barang2 utk hiasan pulut kuning ni.Asalnye aku nak beli stand warna putih tu.Lepas tu terpandang le bunga2 icing fondant ni.cantik sgt.so,terus dpt idea mcm mana nak decorate pulut kuning 3 tingkat aku ni nanti.Pulut kuning tu,aku lapiskan dengan rendang daging.(resepi mak,yg memang akan aku request setiap kali raya.Sekarang ni,mak mentua aku pulak request kalau aku beraya kat JB.)
   Ok,ni resepi pulut kuning & rendang daging.

Resepi Pulut Kuning.

Sekilo pulut.(direndam dengan beberapa keping asam keping semalaman)
Santan (sebiji kelapa)
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnye.

Cara membuatnye:
1. Toskan beras pulut yang sudah direndam dgn serbuk kunyit&asam keping.
2.Alaskan reriuk kukus dgn daun pandan.
3.Kukus pulut sampai separuh masak.
4.Gaulkan pulut dgn santan yang telah dibubuh garam & kukus semula.
5.Bila sudah masak,keluarkan dari pengukus dan terus masukkan dalam loyang untuk dihias seperti kek.

Resepi Rendang Daging

1 kilo daging dipotong dadu
*4 labu bawang besar
*8 biji bawang putih
*Seinci halia
*Seinci lengkuas
*5 batang serai
*3 sudu besar cili boh(ikut suka ,kalau nak pedas letak le byk2)
Kerisik (sebijik kelapa)
3 sudu pati santan (optional-saya tak letak sbb kerisik pun dah cukup)
*1 sdt serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun kunyit secukupnye untuk ditabur.

Cara membuatnye:

1.Blend semua bahan yang bertanda *
2.Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah diblend
3.Masukkan daging dan biarkan sehingga empuk.Tambah air kalau daging belum empuk.
4.Masukkan garam secukup rasa.
5.Masukkan santan(jika mahu)
6.Bila rendang dah nak kering,masukkan kerisik dan gaulkan.Biarkan mendidih seketika.
7.Masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata.
8. Dah siap.Sejukkan sebelum dilapiskan pada pulut.

Selamat Mencuba!


Thursday 2 June 2011

Majlis Sanding Ajib di Klang

             Sambung cerita pasal majlis nikah adik ipar aku. Lepas nikah 30 April, majlis sanding Ajib sebelah pihak perempuan dilangsungkan pada pukul 12.30tgh 1 Mei 2011. Majlis sanding yang serba merah & meriah. Malas nak cerita panjang kan....so,tengok je le gambar2 kat bawah ni....