Search This Blog

Tuesday, 25 June 2013

Wishlist tahun ni.....

    Assalamualaikum dear.....

    Sebenarnya, aku tak pernah ada wishlist. Tetiba pulak kali ni, nak buat wishlist.Lepas tu, ada 2 benda je yang aku nak yang aku rasa memang aku boleh dapat dalam tahun ni. Kalau tak dapat dua2, at least dapat satu.

    Yang pertama, aku nak tukar handphone. Sekarang ni, aku pakai  Samsung Galaxy Tab 7.7 dengan Samsung Galaxy Ace.Tab aku tu, memang aku guna untuk  berinternet & untuk anak2 aku main games. Kalau Galaxy Ace, memang aku guna untuk urusan telefon. Semua kawan2 aku ada no phone Galaxy Ace ni. Nombor Galaxy Tab xde sorang pun tau.

    Aku berangan nak tukar kepada Samsung Galaxy S3 mini. Galaxy Ace ok cuma internal storage dia kecik. Emm....kenapa aku tak nak pakai galaxy note atau Galaxy S3 je?Sebab, dua2 smartphone ni besar gedabak.Takleh masuk kocek seluar aku. Aku kalau g jalan2 memang tak suka bawak handbag, jadi aku perlukan hp yang kecik je supaya senang nak masuk kocek jeans aku. Lagipun, aku dah ada Galaxy Tab. Rasanya tak perlu nak pakai Galaxy Note pulak.





Ni le yang jadi idaman aku. Janji aku boleh buat call, sms, whatssap, facebook & instagram
    Harga pun tak mahal. Harga pasaran sekarang RM999 je. Emm....lagi 2 bulan dah boleh dapat ni rasanya.Tak pun tunggu lepas raya je le......

    Yang kedua, aku idamkan Acer Aspire P3 Ultrabook. Yang ni saje ngada2 nak tukar netbook Dell aku sekarang ni. Elok lagi netbook aku sebenarnya cuma kena format je le sebab dah lembab&mungkin ada virus. Bila nampak iklam pasal ultrabook ni kat surat khabar, terus jatuh cinta.


    Yang ketiga,eh.....tadi kata dua je.Hehehe.....yang ketiga ni angan2 mat jenin je. Memang takkan dapat sebab mahal gila. Ni memang kehendak, bukan keperluan sebab aku dah ada 2 kereta pun. En.Hubby pakai kereta sedan buatan Jepun, aku pakai kereta kecik buatan Malaysia. Kereta idaman aku yang entah bila le akan dapat...............................................................................................................................................




                                                              KIA SPORTAGE !!!!!!!!

    Suka sangat sebab cantik. Tiap2 hari aku nampak kereta ni sebab ada parents hantar anak dia pergi sekolah. Warna ni le yang aku minat.Emm.....nak beli boleh tapi kalau setakat nak guna sebagai kereta kedua,untuk bawak pergi & balik kerja dah jugak pergi pasar,rasanya tak perlu kot. baik beli MPV je ......


Monday, 24 June 2013

Berpantang Selepas Keguguran Cara Aku......

    Assalamualaikum dear.....

    Dah sebulan lebih dah rupanya aku keguguran. kalau orang bersalin, dah abis pantang dah. Ada orang kata, kalau keguguran pun kena berpantang . Dalam 2 minggu ke. Kena berbengkung,pakai stoking, berpilis,berparam bagai.

    Emmm.....aku berpantang jugak le.Tapi sikit-sikit je.Aku ada cara aku sendiri berpantang selepas keguguran ni. Aku takde le sampai berbengkung,pakai stokin & bercuti sampai 2 minggu. Memang aku tak pakai bengkung , berparam,berpilis tu sbb aku pregnant pun baru 6 minggu je. Lepas keguguran, disebabkan aku tak kena DnC, aku pergi kerja mcm biasa.

    Cara aku berpantang, aku mandi air panas, aku tak makan makanan yang sejuk & berangin, aku tak minum ais,  aku pakai Losyen pati Halia Xtra Hot Mustajab untuk buang angin dalam badan dan aku makan Jamu Mak Dara gold untuk kecutkan rahim.

Jamu Mak Dara Gold


Losyen Pati Halia Mustajab Xtra Hot


    Lepas 2 minggu, aku berurut dengan sorang makcik tukang urut ni. Dia datang rumah aku. Makcik ni urut memang sedap. Sejam dia urut memang puas hati le. Dia betulkan peranak aku sebab aku cakap nak dapat baby lagi lepas ni. Kalau ada rezeki le. Lepas berurut tu, esoknya aku amalkan mandi dengan Mandian Herba Aura selama tiga hari.



    Tu je le cara aku berpantang. sekarang ni, aku teruskan makan asid folic mcm yang doktor nasihatkan. Aku harap, lepas ni ada le lagi rezeki aku untuk mengandung lagi. Amin!


Sunday, 23 June 2013

Malam Nisfu Syaaban

    Assalamualaikum dear.....



    Malam ni, malam Nisfu Syaaban.Pejam celik pejam celik, dah tinggal beberapa minggu je nak masuk bulan Ramadhan.Cepat betul masa berlalu. Malam nisfu syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatat dibuku yang baru bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Esok, sunat berpuasa. Dengan keadaan kat Malaysia terutamanya Johor Bahru yang dilanda jerebu , satu cabaran yang besar untuk sesiapa yang berpuasa esok. Tapi, insyaallah, sebagai umat islam yang sudah biasa berpuasa, rasanya, jerebu bukan alasan untuk tidak menunaikan amalan sunat ini.

    Antara kelebihan malam nisfu syaaban ialah dengan menghidupkan malam nisfu syaaban seperti membaca Al Quran dan berqiamullail yang digalakkan oleh syarak.Terdapat byk hadis yg sohih mengenai perkara tersebut, antaranya : 


1- Nabi  s.a.w  bersabda : " Allah melihat kepada setiap makhluknya pada malam nisfu syaaban.lalu Dia mengampunkan sekelian dosa hambaNya melainkan musyrik dan lelaki yg berseteru". riwayat dari At tabrani dan ibnu Hibban dari Muaz bin Jabal r.a.

2- Drp Aisyah r.a. katanya " Aku pernah ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. pada suatu malam lalu aku keluar untuk mencarinya.Pada malam itu baginda sedang berada di Baqi' dalam keadaan kepalanya mendongak ke langit.Lalu baginda bertanya : "Wahai Aisyah adakah kamu takut sekiranya Allah memurkai kami dan juga RasulNya.Aku menjawab:"itulah yg aku tidak mahu tetapi aku sangka kamu pergi ke rumah isteri2 kamu yg lain".Lalu baginda bersabda"Sesungguhnya Allah turun (menurunkan rahmat) ke langit dunia pada malam nisfu syaaban lalu Dia.mengampunkan hamba2Nya lebih ramai daripada bilangan bulu2 kambing".Riwayat ibnu Majah.

Antara amalan yang dilakukan pada malam Nisfu Syaaban ialah : 

1- Ada amalan yang dikhususkan oleh nabi  maka kita tidak boleh menetapkan atau mereka-reka amalan tersebut seperti solat subuh 2 rakaat maka kita tidak boleh reka atau  tetapkan jadi 3 rakaat seumpamanya.

2- Ada amalan yg tidak dikhususkan seperti nabi menyuruh kita berzikir atau membaca al- Quran,maka kita boleh baca apa saja surah yang disukai atau waktu bila dan banyak mana kita nak berzikir atau membaca. terpulang mengikut kemampuan, bahkan ada sahabat dijamin syurga kerana sentiasa membaca surah Al- ikhlas dalam solatnya.

3- Sesuatu amalan sunat jangan kita katakan wajib atau kita tetapkan wajib contohnya baca yasin 3 kali. Kita tidak kata wajib baca yasin 3 kali ianya hanya sunnah sahaja.Yang wajib tetap wajib begitu juga sunat maka tidak boleh dituduh bidaah sebagaimana dakwaan setengah pihak.

4- Sesuatu amalan yg dilakukan oleh ulama yg soleh jangan kita pertikaikan kerana kita ini jahil dan tak soleh pula. Adakah salah kita mengikut amalan ulama2 org soleh yg terdahulu.

5- Tahukah kamu antara yg mengamalkan bacaan yasin sebanyak 3 kali di malam nisfu syaaban antaranya" Imam Syahrul Razi pengarang kitab Al Maarif dan ramai lagi.

6- Ulama yg berpendapat bidaah baca yasin 3 kali adalah jika dikatakan wajib baca surah yasin surah lain tidak boleh.Ini jelas barulah bidaah.

Kesimpulannya amalan bacaan yasin 3 kali seperti yg diamalkan adalah tidak bidaah. Mengatakan bidaah pd amalan yg diamalkan oleh ulama terdahulu adalah sesuatu perkara yg berat dan membahayakan yg perlu dielakkan.Akhirnya jauhkan diri daripada sibuk berbahas kemudian mengabaikan beramal yg akhirnya merugikan diri sendiri.Wallahu A'lam.

p/s : Petikan di atas aku ambil dari blog seorang ustaz.tak ingat pulak link dia.