Search This Blog
Monday, 18 June 2012
Blackout!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Pehh......dalam cuaca yg panas skrg ni, tiba2 rumah aku blackout. Lama pulak tu. Sblm tu, pagi tadi, lepas perhimpunan mingguan, terserempak dgn Sarah (anak jiran sebelah),dia cakap "Cikgu,tadi kawasan rumah kita blackout". "Ohh....ye ke?" tanyaku. "Ha'ah cikgu.Pukul 6.30 td."jawab Sarah. "Ooo....patut le. Saya dah keluar rumah dah masa tu",jawab aku semula. Memang tiap2 hari aku keluar rumah seawal pukul 6.20 pagi. Nasib baik blackout pukul 6.30am. Kalau blackout sebelum tu,leceh jugak aku nak g kerja. Pergerakan autogate aku jadi perlahan bila dibuka.Lepas tu bila nak tutup,autogate tu takkan tutup serentak.Tutup sebelah kiri dulu,lepas tu baru sebelah kanan.
Seperti biasa, balik kerja, sampai rumah dalam pukul 3.20. Masa tu, bekalan elektrik dah ok. Tengah temankan Irfan buat homework,tiba2 En.Hubby aku berteriak dari atas...."Yang....blackout ke?tanya En. Hubby. Oh...baru aku terperasan.....blackout rupanya.En.Hubbby terus buat aduan dgn TNB. Irfan&Ilman pulak, mungkin disebabkan panas,diorang tak boleh tido.Dalam keadaan rumah yang dah mcm sauna(sbb cuaca 2-3 hari ni sgt panas),nak tgk tv pun tak boleh,so main je le kejenya budak 2 orang ni. Lamanya blackout ni. Dah x tahan panas dah aku.Pukul 5.30pm En. Hubby telefon lagi TNB. Org TNB tu cakap, mgkin dlm 3 jam blackout ni. So,kami sabar le menanti.
Akhirnye......pukul 8.45 barulah bekalan elektrik pulih semula. Bayangkan le,dari pukul 3.45 sampai pukul 8.45 blackout. Dalam keadaan cuaca skrg yang sangat2 panas......fuhh.....tuhan je yg tahu. .....
Minggu yang busy.....
Minggu ke-3 bulan Jun,bermakna dah 2 minggu sesi persekolahan pertengahan tahun bermula. Dah puas cuti 2 minggu, so,bermulalah minggu2 sibuk aku sebagai seorang pendidik. Hari ni je rileks sikit. Esok ada sukantara, lusa......acara akhir sebelum sukan,Khamis ada mesyuarat kurikulum,Jumaat ada Hari Konsultasi(amik report card),petangnya pulak ada Program Al-Falah untuk pelajar2 yang bermasalah. Sabtu pagi pun terlibat dengan Program Al-Falah. Hari yang sama jugak , sekolah Irfan ada Canteen Day.
Canteen Day sekolah Irfan......nak pegi ke tak nak. Mesti le nak pegi sbb ni le Canteen Day pertama Irfan. Masalahnya aku busy. En. Hubby pulak ada Kejohanan Olahraga di sekolah dia. Kalau nak pegi dengan Irfan je,x best. Aku mesti nak ada En. Hubby kalau nak ke mana2. rasa janggal kalau pegi ke mana2 sorang je. Harap2 En. Hubby boleh curi masa untuk pergi ke Canteen Day sekolah Irfan. Kalau tak pegi.....kesian Irfan.
Dalam sibuk2 keje ni, tugas sebagai seorang isteri&ibu juga tetap kena laksanakan. So, hari2 busy aku semakin busy bila dicampur dengan tugas2 di rumah.Mana nak masak untuk anak2 & suami, nak lipat baju, nak sapu sampah,nak kemas rumah. Nasib baiklah En. Hubby aku tolong buat kerja2 lain mcm buatkan susu anak,basuh & sidai baju, buang sampah & basuh pinggan. Bertuah badan dapat suami yang sangat2 ringan tulang untuk bantu meringanklan beban kau sebagai ibu yang berkerjaya. Sayang En. Hubby.......
Subscribe to:
Posts (Atom)