Selamat berpuasa. hari ni 1 Ramadhan. kalau kat Johor, hari ni cuti umum. Pagi ni, masak sardin dgn telur dadar je buat sahur. Irfan pun sahur jugak tapi dia demam pulak. Badannya masih panas. Lepas sahur & lepas solat subuh, kami anak beranak sambung tidur. Termasuklah Ilman yang tak puasa. Ilman pun sibuk gak bangun sahur.Macam le dia puasa kan....
Hari ni, mood nak masak untuk berbuka macam nak masak untuk hari raya pulak. Teringin nak makan rendang & nasi impit. Tengah rancang2 menu, baru teringat, blender dah rosak. Minggu lepas masa nak masak ayam panggan ala kenny rogers, blender aku rosak. Skru dah patah & tak boleh nak pusingkan blade. Disebabkan design blender aku unik, so, xde spare part. Terpaksa le beli baru. Terima kasih le En.Hubby sebab belikan blender baru. So, boleh le memasak untuk berbuka sepanjang ramadhan ni.
Ni le blender yang banyak berjasa . Jenama pensonic. Beli lepas setahun kahwin. Tu pun sebab lepas setahun le baru kitorang duduk sama dekat JB. Kalau tak sebelum tu, weekend husband & wife je.
Blender baru. Jenama Tefal. beli kat Giant. RM 129.00 Fungsinya, boleh blender lada, bahan buat kuih, ice blended. Tapi untuk ice blended ke, jus ke, aku ada blender jenama philips yang memang aku guna khas untuk tu. Yang ni nak guna khas untuk yang pedas2.
Kalau nak guna, kena pusing sampai bunyi click & gambar lock warna hijau dekat ruang tu..... |
Ni unlock...... |
Cantikkan blender baru ni...... |
Hari ni beli, hari ni jugak rasmikan. Blender bahan nak buat rendang daging. Blender kering pun aku rasmikan hari ni jugak. Buat blender gula untuk tabur kat kuih donut gebu aku. Rasa puas hati le pakai blender baru ni. Walaupun sayang kat blender lama, tapi blender lama tak dapat diselamatkan lagi dah. Harap2 blender baru ni tahan macam blender baru yang aku guna sembilan tahun.