Search This Blog

Saturday, 3 August 2013

Peti Ais Aku Rosak Lagi!!!!!!

    Assalamualaikum.....

    Selamat pagi Sabtu. Lagi 4 hari nak raya. Dugaan aku dalam bulan Ramadhan yang mulia tahun ni ialah, peti ais aku rosak. Ni dah kali kedua peti ais aku rosak. Peti ais jenama Samseng Samsung aku ni, mak aku hadiahkan kat aku bulan Ogos 2009 kalau aku tak silap. Tahun 2011, aku pindah rumah sendiri. Lepas pindah tu, peti ais aku rosak. Tak sejuk.Mungkin proses mengangkat peti ais tu dari rumah lama ke rumah baru menyebabkan peti ais aku rosak kot. Sekarang ni, 2 tahun selepas itu, peti ais aku rosak lagi. Masalah yang sama jugak. Tak sejuk. Dah jadi peti panas dah. Banyak stok pulak tu dalam peti ais aku.

    Untuk menyelesaikan masalah, barang2 frozen, aku bagi kat makcik aku.Yang mana barang2 kering, aku simpan. Barang2 yang dah rosak & tak boleh simpan, aku buang. Sob....sob...sob....Ingat nak beli baru je. Tapi tak cukup bajet. Nak raya ooiii!!!

    En. Hubby call tukang repair peti ais. So semalam, peti ais aku telah selamat masuk ward. Tak tahu le berapa lama.Emm....boleh le cuti masak ekk. Eh....mcm takde kena mengena je. Aku dah start berangan nak beli peti ais baru dah. Tapi sebenarnya, kalau aku nak beli peti ais baru, aku nak beli yang warna hitam macam ni



Memang minat yang macam ni tapi rasanya, besar sangat pulak. Kalau letak kat ruang peti ais sedia ada ni, nanti termasuk sikit kat ruang makan pulak. Mesti tak cantik. So, kalau dapt yang macam ni pun ok.


    Tak kira le jenama apa, yang penting warna hitam sebab biar sama dengan kabinet wet kitchen & dry kitchen . Emm....tapi, kalau beli peti ais warna merah macam ni pun ok gak kan. Naik seri sikit dapur aku .



    Kalau boleh, cari yang boleh kunci. Senang sikit, Ilman tak boleh bukak peti ais selalu. Emm....ok le. Aku memang kuat berangan tapi selalunya apa yang aku angankan akan dapat walaupun lambat. Kbai!

Monday, 29 July 2013

Coklat Ketupat

    Assalamualaikum dear...

    Minggu lepas, Irfan request nak bagi something kat cikgu BM dia sempena hari raya. Mama belum ada mood nak buat kuih raya le Irfan. So, aku decide nak buatkan homemade coklat bentuk ketupat je. Suka Irfan.So, petang semalam, masa Ilman tido, aku dan Irfan pun  mulakan projek buat coklat ketupat ni.

Gigih dia siapkan coklat nak bagi cikgu BM dia.

Dah siap.....20 minit je. Atas warna hijau, bawah coklat.
    Coklat-coklat ni asalnya aku letak dalam bekas plastik ni. Tapi, aku takut bila sampai kat cikgu Irfan, coklat2 ni dah berterabur. So, aku masukkan coklat ni dalam bekas yang orang selalu guna untuk buat Cake in a Jar tu. Irfan bagi cikgu BM dia ,Pn. Mashitah (PK1 SKNC), cikgu kelas dia, Teacher Norlinda & ustazah sekolah agama dia, Ustazah Nor Azlin. Projek lepas ni, nak buat kuih raya pulak. Nanti kita main masak2 lagi ye Irfan. Ilman nanti dulu le. Kalau Ilman ke dapur,hmm......kompom le biskut raya mama tak jadi...
Alahai Ilman....

Roti Jala

    Assalamualaikum dear.....

    Sekejap je masa berlalu. Ramadhan pun kian meninggalkan kita. Syawal bakal menjelang tiba. Bila dah tinggal beberapa hari je nak raya ni, dah takde idea nak masak apa untuk berbuka. Tiba-tiba teringat acuan roti jala 3 muncung yang aku beli semalam kat kedai Bake Well, BBU.

    Alkisahnya semalam, masa bibik hujung minggu aku datang untuk bersihkan rumah, aku pun tinggalkan anak2 dengan En.Hubby. Aku keluar pergi kedai jual bahan buat kek sekejap. Hajatnya nak beli bekas untuk letak homemade coklat yang Irfan request nak bagi cikgu2 dia. Tapi, biasa le, kalau dah ke Bake Well atau C. Siang di BBU ni, mesti ada je benda lain yang aku nak beli termasuklah acuan roti jala ni. Murah je,RM3.90. So, hari ni, aku pun try le menjala.....

Resepi roti jala ni aku ambil dari blog himpunanresepibonda .Resepi ni dapat 8 keping roti jala.



RESEPI ROTI JALA

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu cair * aku tak letak so gantikan dengan air je
3 sudu teh mentega cair
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna kuning

Cara Membuatnya:

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blender sampai hancur dan sebati.
2. Tapiskan adunan dan masukkan dalam acuan 3 muncung.
3. Panaskan kuali non stick dan mula le menjala.
4. Bila dah siap, gulungkan roti jala.
5. Dah siap.




Ni le acuan 3  muncung . beli kat Bake Well. RM 3.90 je

Roti jala sesuai dimakan dengan kari ayam

SELAMAT MENCUBA!


Sunday, 28 July 2013

Cream Puff....1st try

    Assalamualaikum dear.....

    Dah lama tak update blog. Busy keje.Bulan puasa ni, banyak betul kerja yang perlu diselesaikan. Sepanjang bulan puasa ni, aku masak juadah untuk berbuka tiap2 hari kecuali cuti hujung minggu. Bila cuti, dapur aku pun cuti gak. Banyak resepi baru yang aku cuba tapi tak sempat nak update kat dalam blog biasa-biasa aku ni. Resepi pemanggang ajaib vantage aku pun banyak tapi masih belum ada kesempatan nak update kat dalam blog.


    Hari ni, aku nak share satu resepi. Resepi cream puff. Dah lama dah nak buat cream puff ni, tapi macam tak yakin pulak. Disebabkan minggu ni, ipar duai aku balik dari KL&Selangor, so aku pun try le buat cream puff ni. Senang rupanya. Kalau aku tau senang, memang dah lama dah aku buat. Resepi cream puff ni, aku ambik dari blog tun telani .Senang guna resepi ni.Cepat je dah siap.Memang aku ikut bulat2 resepi ni.


RESEPI CREAM PUFF


Bahan2:

  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur 
Cara2:
  1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. - lepas mendidih, guna api paling perlahan dan masukkan tepung. 
  2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.  - aku guna suhu 200 C je.


bahan utama


adunan tepung disejukkan seketika sebelum dimasukkan telur dan pukul menggunakan mixer


sebelum bakar.abaikan rupa yang buruk tu.baru nak belajar piping.mcm2 bentuk ada.

    Aku piping guna bekas ni. Piping bag dah habis.Nak g beli tak sempat. Guna bekas ni senang tapi yang lecehnya, boleh muat sikit je. Kejap2 kena refill. So, kalau boleh, guna piping bag yang besar. Senang, takyah nak refill adunan je....



dah siap.cantik naiknya walaupun rupanya tak lawa

Custard Filling

Bahan2:



  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 3 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 1 camca teh mentega
  • 2 camca teh esen vanilla

Cara2:

  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.* Kalau nak sejukkan dalam peti ais,tutup dengan plastik.






    Puff yang dah siap tadi, boleg simpan dalam bekas kedap udara. Bila nak makan, masukkan custard filling. Kalau nak lagi sedap, taburkan gula icing. Perrgghh....memang sedap.


SELAMAT MENCUBA!