Search This Blog

Saturday, 18 May 2013

Berpantang Selepas Keguguran

Assalamualaikum dear.....



    Pagi ni,bangun dengan keadaan agak fresh.Baru lepas keguguran semalam. Masih ada lagi bisa2 kat dalam perut ni. Keguguran kali ni memang agak lain. Kalau dulu, aku tak kisah pasal berpantang selepas keguguran.Tapi kali ni, aku sangat ambil berat pasal berpantang ni.Mungkin faktor usia kot & keinginan untuk pregnant lagi.So, aku pun minta tolong dengan En. Google untuk cari maklumat berpantang selepas keguguran. Inilah hasilnya.....

BLOG BENGKUNG MODEN

"Dari segi pemakanan juga peru dijaga. Elakkan makanan yang sejuk seperti ais dan minuman bergas dan juga sayuran menjalar seperti kangkung. Seeloknya minum air suam dan makan makanan berkhasiat seperti sup panas, susu panas, quacker oats, buah kurma dan kismis, sayur sawi dan ikan selar.Namun begitu dari segi perubatan, doktor biasanya tidak menghadkan pengambilan makananan. Tapi apa salahnya jika cuba elakkan pengambilan makanan diatas dalam tempoh beberapa minggu. Bukannya lama pun."

BLOG BIDAN BERSALIN 

BLOG CIK WAWA


Keguguran Ensiklopedia Perbidanan Melayu”, Oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang “angin gugur atau dikenali sebagai ‘angin jahat’. ‘Angin gugur’ yang menjadi pembawa ‘bisa keguguran’ akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh.

Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna. Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan jika rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Kalau dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan baadan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran. Tambahan pula, bagi yang tidak berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal perawatannya.
Ilmu penjagaan tentang keguguran sekain ditelan zaman. Sesungguhnya ilmu tentang penjagaan keguguran dapat mempercepat proses pemulihan “penyakit melanuih keguguran” seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.

Penyakit melanuih ini juga menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut, pinggang, demam tidak kebah. 
SOALAN: Bagaimana pula yang dikatakan keguguran berlaku tanpa  mengakibatkan pendarahan?

JAWAPAN: Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing.
Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung.
Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan.
Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur.
Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.

SOALAN: Apakah tanda-tanda tertentu yang boleh  menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran?

JAWAPAN:  Sebenarnya menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.

SOALAN: Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada keguguran?

JAWAPAN: Sebenarnya kalau mengikut kajian, sebahagian besar wanita menganduang mengalami keguguran mungkin bakanya, iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.
Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan, tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan. Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.
Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom mereka abnormal. Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.
Pasangan sedemikian tiada jalan lain selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam.

Faktor kedua:
Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis  (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah  mencecah antara 4 hingga 5 bulan.

Faktor ketiga:
Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung.
Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran.
Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti  kesan beberapa jenis  virus  CMG, herpes simpleks dan rubela.
Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada  pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu  bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-bati.
Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.

SOALAN: Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari keguguran berulangkali ini?

JAWAPAN: Selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian mengesan virus  dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, dan multi- vitamin E.
Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat  awal lagi, amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan vitamin yang disebutkan  sehingga kandungan berusia tiga bulan.
Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung diberi rehat tiga bulan, dari bekerja. Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stress dari segi fizikal dan mental. Ada baiknya jika wanita ini berehat sehingga tiga bulan.
Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Di samping itu, jauhkan persetubuhan kerana adakalanya  persetubuhan pada peringkat mengandung boleh menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.

SOALAN: Apakah ada kaedah lain untuk mengatasi masalah ataupun kaedah yang boleh dilakukan bersama rawatan yang diberikan secara moden bagi mengatasi keguguran secara berulangkali ini?

JAWAPAN: Ada setengah cara rawatan  pesakit  dimasukkan ke hospital, rawatan secara gantian darah protein untuk memperkukuhkan darahnya. Ada juga yang percaya bahawa peranan makhluk halus menjadi penyebab kepada keguguran dan kecacatan. Bagi wanita yang sedang haid memang tidak boleh melakukan solat dan membaca quran, ketika itu gangguan boleh berlaku, khususnya jin.  Oleh itu ada baiknya wanita yang sedang haid digalakkan membanyakkan membaca selawat ke atas nabi.
Bagi wanita mengandung dan mudah gugur, sewajarnya memperkuatkan  rohani dengan mengamalkan bacaan ayat Kursyi sambil memegang rahim hingga tertidur.
Untuk tempoh pantang keguguran

- Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari

- Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari
- Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari
- Untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.

Pantang Larang Keguguran 


- Jika wanita yang keguguran lalu atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala.
- Jika terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau tengah malam, akan mudah dihinggapi demam panas atau demam mengiggil. 
- Tidak boleh melintas di bawah pohon cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetuskan bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil.
-Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.
- Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu.
- Turut ditegah mengambil ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Kesan sekiranya melanggar pantang

- alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih.
- Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

OK, itu je le pasal berpantang . Semoga maklumat di atas berguna untuk kesihatan diri aku.



Miscarriage

    Assalamualaikum......



    Petang semalam, dalam pukul 5.00 , aku telah keguguran.Sob....sob....sob....Sedih jugak walaupun aku dah jangka, aku akan keguguran lagi. Sebenarnya, bulan Mac hari tu pun aku keguguran jugak tapi masa tu aku tak tau aku pregnant. Aku ingat darah sikit2 warna coklat yang keluar seminggu awal dari tarikh aku period tu,darah haid biasa. Lepas seminggu, baru keluar fresh blood & ketulan daging. Tak rasa sakit pun. Aku jumpa doktor, dia bagi ubat kecutkan rahim je sebab period aku dah nak dekat 15 hari.Sebelum pregnantkan Irfan,masa tu baru 6 bulan kahwin, aku misperiod 2 minggu.Lepas tu sakit senggugut sangat2 & keluar ketulan daging dalam 1 inci je. Sebelum pregnantkan Ilman pulak, pun sama jugak. Misperiod 2 minggu tapi tak buat UPT pun. Sakit perut mcm senggugut , lepas tu keluar ketulan darah. kali ni panjang dalam 2 inci.

 5 Mei 2013
Lepas balik USS, aku buat UPT kat rumah. Keputusannya positif.Alhamdulillah. En. Hubby pun suka dan kami memang dah bersedia untuk tambah sorang lagi cahaya mata memandangkan Ilman dah 3 tahun.

UPT......Positif (ada 2 line merah)

11 Mei 2013
Aku ada kursus kat sekolah.Balik kerja, aku tengok ada tompok darah berwarna coklat. Alamak, ni yang aku tak suka ni. Macam tanda2 bulan lepas je. Aku beritahu En.Hubby & mintak dia belikan satu lagi UPT kit. Kali ni En.Hubby beli yang digital. Keputusan masih lagi positif. Lega aku.

3+ tandanya aku dah pregnant 5 minggu
12 Mei 2013
Masih ada lagi tanda coklat yang keluar.

13 Mei 2013
 Lepas kerja, aku terus ke Poliklinik Murni di BBU sebab masih ada tanda darah yang keluar. Doktor scan & memang ada kantung baby. Tarikh jangkaan bersalin pada 9 Januari 2014 cuma kata doktor, rahim aku lemah. Doktor bagi aku ubat asid folic & ubat kuat kan rahim - Duphaston. Lepas seminggu dia suruh datang lagi. Doktor bagi MC seminggu untuk aku bedrest kat rumah & dilarang buat kerja2 berat. Makan pun kena pantang.

Yang bulat kecik tu kantung baby


14 Mei 2013
Bermulalah bedrest aku kat rumah. Ilman aku hantar rumah mentua aku. Aku masih bleeding & semakin hari semakin banyak. Dari darah coklat ke fresh blood.Kalau ikut Ultrasound Scan, aku dah pregnant 5 minggu masuk 6 minggu.

Menurut www.babycentre.com......



You are now five weeks pregnant, or in your sixth week if that's how you prefer to count it.
How your baby's growing

Even though you don't look pregnant yet, inside your body, your baby is growing rapidly. This week, your baby's heart begins to beat. Although, as an embryo, your baby still looks more like a tadpole than a human being, his major organs are developing. Your baby's kidneys and heart are growing, and the neural tube, which protects his spinal cord and connects it to his brain, is closing over.

"Your baby's heart begins to beat".....memang aku ada rasa denyutan jantung baby (atau mungkin perasaan aku je kot)



16 Mei 2013
 Fresh blood semakin banyak.Masih bedrest kat rumah. Tahun ni tak dapat sambut Hari Guru kat sekolah sebab tak sihat.Terpaksa berkorban untuk kesihatan diri.Tapi malam ni lain sikit. Biasa bila nak tidur,rasa mcm ada denyutan kat dalam perut aku tapi malam ni takde.......

17 Mei 2013
Fresh blood dah mcm masa heavy flow period cuma darah bercampur lendir. Tapi tak rasa sakit lagi. Start tengah hari, aku dah rasa sakit mcm senggugut. Pukul 5, aku rasa mcm ada benda dah keluar dari miss v aku.Sama rasa mcm bulan Mac ari tu.Cuma bulan Mac ari tu tak sakit langsung.Sebab tu aku tak sangka aku keguguran.  Pergi bilik air, aku tengok, sah, baby aku dah takde.Ketulan daging dah keluar. Aku bungkus dengan tisu sebab nak tunjuk kat doktor malam nanti.Sakitnya keguguran kali ni.Lepas ketulan daging dah keluar,rasa letih.

kantung baby aku.....

 Malam tu jugak, pergi jumpa Dr.Azizah kat Poliklinik Murni.Doktor sahkan memang aku keguguran. Doktor tak buat scan tapi dia bagi ubat untuk cuci rahim dan suruh aku makan nenas banyak2. Hari Selasa depan dia suruh datang lagi. Masa tu baru scan. Kalau dah bersih, ok le. Kalau belum lagi,kena buat DnC.

Ubat cuci rahim
    Balik rumah, masa aku nak buang ketulan daging yang keluar petang tadi, baru aku dapat tengok dengan jelas. Ketulan daging tu sebenarnya kantung baby. Tadi petang tak perasan sebab bercampur dengan darah. Bila dah malam, darah dah kena serap dengan tisu, baru le nampak kantung warna jernih,dalam kantung tu ada ketulan daging.Sob.....sob....sob.....
     Semoga ada rezeki lagi nak timang cahaya mata lagi tahun depan & kalau boleh nak baby girl pulak.....
Kalau ada rezeki dapat baby lagi tahun 2014, maknanya anak2 aku memang lahir tahun World Cup. 4 tahun sekali......
 
 

Friday, 17 May 2013

Selamat Hari Guru dari Irfan Najmi

    Selamat Hari Guru untuk

    Cikgu2 Tadika Umiku Sayang 2011
    Cikgu2 Prasekolah Wira, STAR 2 2012
    Cikgu2 Tahun 1 Bistari SK Nong Chik 2013
    Cikgu2  Darjah 1 Ehsan Sekolah Agama Tambatan Tinggi 2013
    Cikgu Kelas Membaca Cahayaku, Pn Zaidah
    Cikgu Mengaji, Pakcik Naim


    Terima Kasih Cikgu!

    From : Irfan Najmi Bin Nur Firdaus

Hadiah Irfan untuk cikgu2 nya tahun ni.



Perbelanjaan Ke USS

    Assalamualaikum dear....

    Seperti yang dijanjikan, ni entry pasal perbelanjaan aku ke USS.Juga entry terakhir pasal USS. Aku pergi USS ni ikut rombongan sekolah. 11 orang budak2 sekolah aku, 11 orang lagi cikgu cikgi  & 11 orang lagi ahli keluarga masing2. Kos untuk ke Singapura ni , dewasa RM220 dan kanak2 RM190. Kos ni termasuk pengangkutan & tiket masuk ke USS. Agent yang kitaorang amik ni, bagi kami pakej tiket ke USS berserta dengan voucher lunch & snack percuma. Lepas tu $5 voucher untuk beli barang2 kat dalam USS.Pagi2 masa dalam bas, agent kami bagi air kotak, sandwich telur & kek bahulu. Untuk tiket kanak2,tak dapat free lunch,snack&voucher merchandise.
    So, untuk tiket, aku bayar RM410 je sbb tiket aku disponsor sebenarnya. Untuk shopping dalam USS ni kami bawak 142 dolar Singapore je.Tu nilai yang kami tukar dari RM350 ke dolar Singapore.Tukaran masa tu RM2.45 = $1 .Sambil2 tu, kami bawak le air kotak sendiri dlm 2-3 kotak,air masak sebotol kecik (kat dlm USS, water dispenser bersepah2,refill je botol air korang nanti), snek2 mcm Cadbury  Bytes,biskut ke.Nak masuk nanti, orang yang jaga tiket tu,tak check pun beg.
    Untuk makan kat USS, kitorang dapat free lunch. Nasi +Ayam Panggang yang kami amik bernilai $15.90 .Kiranya,lunch kami suami isteri free tapi kami bayar $15.90 untuk set nasi Irfan.  Lepas tu, makan snack kat Goldilocks, kalau tak silap set fries dia $4.90 kot.Dah tak ingat dah. Aiskrim coklat Irfan 1 scope $5.50

    Ni barang2 yang aku beli kat USS


T-shirt dewasa $29.90 , T-Shirt Kanak2 $21.90 (beli 2 untuk Irfan & Ilman)

Beg USS (Small) $3.99, FM Transformers $6.90 , FM Elmo $5.90, FM Globe USS $5.90 & FM USS Star $4.90

Kid Meals Set ni $9.90 & air sprite dalam botol air USS $11.90

Ni je duit kami yang tinggal.......

Jumlah keseluruhan :

Tiket USS : RM220 + RM190 = RM410
Shopping                                  = RM350

Jumlah                                      = RM760

Kalau tiket aku tak kena sponsor, maknanya kos percutian kami RM980. Nasib baik kena sponsor.Jimat le RM220.TERBAIKKKKK!!!!!




Hollywood Dreams Parade USS

    Assalamualaikum dear....

    Hai.....masih lagi nak cerita pasal USS. Ntah bila le nak habis cerita pasal USS ni. Ok le, kalau kita pergi USS masa hari Sabtu , Ahad atau apa2 holiday, nanti pukul 5 ada perarakan Hollywood Dreams Parade. Korang boleh le duduk2 sepanjang jalan dari Lost World sampai ke Hollywood kalau nak tengok perarakan ni. Macam aku, sebab aku sibuk le tgk Monster Rock dengan shopping kat USS, so aku agak terlepas jugak le Parade ni. Gambar2 ni pun mintak dengan rakan sekerja aku merangkap adik kesayangan aku yang turut pergi ke USS masa ni.

    Ok....jom layan gambar......















Ni le Azura.Tuan punya gambar2 ni......






Trip To USS - Part 4

    Assalamualaikum dear…..

    Sambung lagi entry pasal trip ke USS.Belum habis lagi cerita pasal USS ni.Maklum le,seharian dalam USS tu.Banyak le nak diceritakan. Dekat USS ni ada disediakan surau tapi kecik je suraunya. Surau ni terletak antara Restoran Oasis dgn Cylon & Human Roller Coaster,sebelah locker.Memang tersorok sikit tempatnya. Dalam surau ni ada bilik solat untuk lelaki dan perempuan.Setiap bilik boleh muat dalam 4 orang jemaah je.Setiap bilik jugak ada ruang kecil utk ambil wudhuk.Kalau nak sembahyang,kena cepat2 le sbb ramai lagi org nak guna.X boleh le berwirid panjang kat sini.


    Dekat Ancient Egypt ni, kami tak main satu pun game kat sini sebab dah penat. Kat sini ada Revenge Of The Mummy. Masa menunggunya tak lama. 15 minit je tapi sebenarnya indoor roller coaster. Kalau dah namanya roller coaster, memang le aku tak nak naik. Games kedua ialah Treasure Hunters. Kat sini kita naik Jeep untuk meneroka kawasan Egypt le konon2nya.Kat sini jugak ada Oasis Spice Cafe. Ingat nak makan ringan2 je kat sini tapi menu dia tak menarik pulak. Takde snack2 pun.





Human & Cylon Roller Coaster


Sewa locker. 60 minit pertama free.

    Lepas solat,kami cadang nak pergi beli souvenir kat USS Store sbb kalau ada duit lebih nanti,boleh le makan snack kat Goldilock.OTW ke USS Store, kami singgah main roller coster junior Enchanted Airways kat Far Far Away.Takut gak nasib baik kejap je.Aku memang takut main roller coster sbb tu aku tak naik Human&Cylon dengan Revenge Of The Mummy tu. Lepas main junior roller coster,kami terus menuju ke USS Store di Hollywood.Sekali ternampaklah le  jadual show Monster Rock pukul 4.30.Kebetulan masa tu dah pukul 4.25.Kami pun lari terus masuk studio tu utk tengok show rock&roll ala-ala broadway.Ada persembahan dari hantu-hantu mat salleh mcm Werewolf, Frankeinstein,Dracula&Mummy.Irfan enjoy tgk show tu.Habis show,terus pegi USS Store.



Lepas shopping,duit ada lebih,so kitorang patah balik ke Goldilock.Baru nak masuk Goldilock,ternampak PerarakanHollywood Dreams Parade.Tapi orang dah ramai so kitorang tgk dari jauh je.Dah habis perarakan,baru le masuk Goldilock.Tu pun sbb Irfan dah bising nak makan aiskrim.
Dalam Goldilock ni, aku order kids meal.Kids meal ni dpt free lunch box.Lps tu aku beli air sprite dalam botol air USS ni. Irfan pulak beli aiskrim coklat. 1 scope je dah $5.50 Lepas makan, Nampak Pinocchio pulak,so beratur le nak amik gambar dengan pinochio ni.Lepas bergambar,terus cari toilet sbb pukul 6.30 mesti dah kena berkumpul kat globe.Sempat lagi le singgah USS Store nak beli t-shirt aku pulak.Tu pun sebab ada duit lebih.Hehehe......

Depan rumah Shrek


Kalau ketuk pintu ni,nanti dengar suara Shrek marah marah.....



Goldilock Restaurant

Irfan & Pinocchio

Pukul 6.30, kami pun berkumpul depan globe. Sempat jugak le aku jalan2 amik gambar kat Candylicious & Hard Rock Cafe .










ada pulak couple dari negara India interframe kat sblh En. Hubby ni....

Irfan sibuk bercerita pasal USS dengan Danial.....anak member aku.....

    Dalam pukul 7,kami bergerak naik bas.Selepas selesai semua urusan di imigresen Singapore &Malaysia, kami pun sampai JB dalam pukul 8.30 malam. Selesai le percutian sehari kami yang sangat memenatkan tapi seronok.Kalau ada rezeki,nak pergi lagi sebab bagi aku ,USS ni lagi best dari Legoland.Walaupun cuaca panas,tapi banyak tempat untuk berteduh.Ok,habis le cerita pasal USS.Entry akan datang ,aku nak cerita pasal perbelanjaan aku ke USS pulak.