Search This Blog

Saturday, 25 May 2013

Apa itu DnC?

     Assalamualaikum dear......

    Masa keguguran baru-baru ni, doktor ada beritahu aku. Kalau kantung baby tak keluar habis, nanti kena DnC. Apa itu DnC? DnC ialah singkatan bagi  “dilation and curettage”.Dilation bermakna mengembangkan atau membesarkan saluran pintu rahim manakala curettage ialah pembersihan dengan secara mengorek dengan alat “curette” ruang rahim daripada kandungannya akibat daripada sisa-sisa kehamilan yang gugur atau lemak-lemak yang bertempek seperti “endometrial polyps” ataupun dari tumbuhan kanser 
pada dinding rahim. 


TUJUAN DNC DILAKUKAN

1. D&C dilakukan untuk membersihkan rahim daripada sisa tisu, uri atau selaput daripada kehamilan yang gugur tetapi tidak sempurna kegugurannya.

Jika dibiarkan, sisa-sisa tisu ini ia mungkin boleh menyebabkan pendarahan yang berpanjangan dan mungkin boleh juga dijangkiti kuman mengakibatkan sukar untuk wanita tersebut hamil lagi dimasa hadapan. Oleh itu pembersihan ruang rahim melalui proses D&C adalah sangat penting untuk mencegah dua kerumitan tersebut

2. D&C juga dilakukan untuk tujuan membersihkan rahim daripada kehamilan yang luar biasa seperti “Molar Pregnancy”.Dalam keadaan molar pregnancy atau kehamilan anggur ini kandang-kala D&C dilakukan dua kali dengan jarak dua minggu antara pertama dengan kedua.Tujuannya ialah membersihkan rahim daripada sisa-sisa sel molar yang ada berkemungkinan di masa hadapan kelak menjadi kanser rahim   


    Wanita-wanita yang menjalani D&C yang disertai dengan prosedur lain, hanya perlu dimasukkan ke wad harian di klinik atau di hospital. Ia masuk di waktu pagi hari pembedahan setelah berpuasa selama enam jam. Pesakit kemudiannya dibius untuk memudahkan tatacara dilakukan. Biasanya ia perlu berehat selepas pembedahan ini selama dua hingga empat jam dan pesakit akan dibenarkan balik.

    Selepas D&C pesakit akan mengalami sedikit perdarahan, bergantung kepada apakah sebab D&C dilakukan. Ada yang mengalami pendarahan dalam satu atau dua hari, ada yang sampai 10 hari atau lebih. Biasanya pemulihan selepas D&C untuk keguguran atau kehamilan luar biasa mengambil masa selama dua minggu. Tempoh waktu tersebut diperlukan untuk pemulihan rahim. 


    Macam kes aku, kantung baby keluar dengan sendirinya.Lepas tu, doktor bagi pil untuk cuci rahim.Lepas 3 hari, barulah doktor scan & rahim aku dah bersih. Tak perlu DnC. Alhamdulillah!
Kalau orang tanya aku, DnC tu sakit ke tak, aku memang tak tahu sebab aku tak pernah buat DnC.Banyak versi yang aku dengar dari kawan2 yang pernah buat DnC. Ada yang cakap sakit dan ada yang cakap tak sakit. Wallahuallam......

Sumber rujukan : Mr Google

Friday, 24 May 2013

Resepi Mi Goreng Basah

    Assalamualaikum dear.....

    Hari ni nak bagi resepi Mi Goreng Basah. Sebenarnya,dah jemu hari2 makan nasi.Tetiba pulak hari ni rasa nak lunch mi goreng homemade.Kalau beli,bukan sedap pun. Disebabkan cuti Hari Wesak,so mood memasak aku memang baik. Maka......terhasillah Mi Goreng Basah versi campak-campak ni. Jom layan resepi.....



Bahan-bahannya:

 500g mi kuning
Daging secukupnya.(rebus dulu)
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 sudu cili boh
4 keping tauhu di goreng
5 ekor udang besar(tu je yang tinggal dlm peti ais)
tauge & sawi secukupnya.
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu teh gula
garam & perasa secukupnya

Cara Membuatnya:

1. Tumis cili boh,bawang & bawang putih yang telah diblend sampai garing.
2. Masukkan daging & sedikit air rebusan daging.
3. Masukkan udang.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap manis.gula&garam.Kacau sebati
5. Masukkan mi kuning dan gaul rata.
6. Bila mi hampir kering, masukkan tauhu,taugeh&sawi.kacau sampai rata sekejap sahaja.Tutup api.
7. Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 21 May 2013

Hadiah Hari Guru

    Assalamualaikum dear.....

    Hari guru dah seminggu berlalu. Hari guru tahun ni, aku tak dapat sambut dengan anak-anak murid aku sebab terpaksa cuti sakit.Ye le, bleeding sebelum keguguran hari tu.
    Minggu ni, aku dah start keje. Rindu kat kawan2 & anak-anak murid.Rupa2nya, ramai anak-anak murid aku cari aku masa hari guru hari tu. Kesian diorang.
    Masa hari guru ari tu, kelas aku dapat hadiah kelas terbersih. So, bila naik kerja semalam, ada hamper besar atas meja aku. Nak bagi2 kat kelas tak sempat. Hari ni baru aku mintak ketua kelas bagi2kan kat kelas. Bila dah habis waktu persekolahan, wakil kelas aku datang bagi hadiah dari semua pelajar kelas 3A. Tak sangka aku, diorang ingatkan aku sebagai guru kelas diorang.Yang paling buat aku terharu, bila sampai rumah, aku bukak hadiah tu, rupa2nya sebentuk jam tangan.


    Ya allah....terharunya aku. Pelajar2 3A aku ni,sanggup kumpul duit semata2 nak bagi hadiah kat aku. Terharu sangat.Terima kasih banyak2 3A ku sayang. Cikgu doakan kalian dapat keputusan cemerlang dalam PMR nanti dan dapat score A dalam Sejarah.. Amin!



Alhamdulillah.....tak perlu DnC

     Assalamualaikum dear......



    Alhamdulillah.....syukur kepadamu ya allah. Malam ni, pergi Poliklinik Murni sebab nak buat susulan check up rahim aku lepas keguguran hari tu. Doktor scan & rahim aku dah kosong. Pendarahan pun dah berhenti. Aku tak payah buat DnC.
    Doktor nasihatkan aku tunggu 3 bulan baru boleh pregnant lagi. Doktor suruh aku makan asid folic sampai le aku mengandung semula. Insyaallah aku akan amalkan  apa yang doktor sarankan.Sekarang ni,aku masih berpantang. Berpantang cara aku le........hehehe.......
    Ada member aku terkejut bila aku beritahu aku keguguran. Dia tanya,tak cuti panjang ke?Kalau aku pergi Hospital Kerajaan, kompom le dapat cuti panjang.Ni aku pegi klinik swasta. Member aku cakap,patutnya cuti panjang sebab nak kena pantang 2 minggu. Takpe le.Aku tetap berpantang walaupun aku pergi kerja. Rindu pada kawan2 dan anak2 murid aku. Lagipun aku sihat sebab tak kena buat DnC. Insyaallah.....aku ok. Lagipun kerja 4 hari je lepas tu dah cuti 2 minggu.
    Alhamdulillah..........semoga allah beri aku rezeki untuk pregnant lagi.Amin!


Monday, 20 May 2013

Resepi Pengat Pisang Nangka

    Assalamualaikum dear.....

    Update resepi lagi hari ni. kali ni pencuci mulut pulak. Sebenarnya,sebelum keguguran hari tu, mentua ada bagi pisang nangka.Tapi,aku ingat belum masak.Aku tak tau pun rupanya pisang nangka ni masak hijau. So,semalam,aku tengok pisang tu dah masak dah. Kata orang, kalau keguguran, kena pantang makan pisang masak hijau. Maknanya,aku tak boleh le makan pisang nangka ni. Ingatkan nak goreng. Tapi, last2 aku buat pengat je. Boleh bagi kat mentua & jiran2.

    Kat bawah ni resepinya.Simple je.Kejap je dah siap.



Bahan-bahan:

6 biji pisang nangka(pisang tanduk pun sedap)
4 cawan santan (boleh gantikan dengan susu cair tapi kurangkan gula)
3 ketul gula kerek
2 sudu gula merah
3 helai daun pandan
1/2 cawan sagu biji
secubit garam

Cara Membuatnya:

1. Pisang nangka dipotong serong
2. Cairkan gula kerek dan gula merah dengan secawan air(dah sejuk,tapiskan)
3. Masukkan gula yang telah dicairkan bersama2 pisang.
4. Masukkan santan kacau sampai sebati.
5. Masukkan sagu & daun pandan.
6. Masukkan secubit garam.
7. Biarkan mendidih.Kacau sekali sekala dan jaga jangan sampai beku santan.
8. Setelah mendidih, pengat siap untung dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!



Sunday, 19 May 2013

Ikan Goreng Berlado

    Assalamualaikum dear.....

    Kali ni nak update pasal resepi pulak.Asyik cerita pasal miscarriage je. Walaupun aku keguguran, tapi aku masak jugak le untuk En.Hubby.Masak simple2 je sebab aku kan dalam tempoh berpantang lagi.(berpantang le sangat....) Kesian kat En. Hubby sebab seminggu aku tak masak masa tempoh bedrest tu.
    Aku masak Ikan Goreng Berlado je untuk lunch En.Hubby semalam. Kebetulan, ada ikan Onga goreng semalam yang aku goreng untuk Irfan.Tak luak pun sebab dia dah makan kat sekolah. Balik rumah pulak, dia tak nak makan, Bila dinner,dia makan nasi goreng  je.Jadi, untuk tidak membazir, aku buat le Ikan Goreng Berlado untuk En.Hubby.
Ok.enjoy resepi ni.....



RESEPI IKAN GORENG BERLADO

Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri  (aku suka guna ikan Onga)
*4 biji cili merah
*1 biji tomato
*3 ulas bawang puting
* 4 biji biji bawang merah
1 biji bawang besar di hiris bulat
1/2 biji lemon (ambil jusnya) *boleh gantikan dengan sebiji limau nipis atau 3 biji limau kasturi

Cara Membuatnya:
1. Goreng ikan seperti biasa
2. Blender bahan yang bertanda *
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar sampai garing
4. Masukkan ikan goreng
5. Bubuh garam dan gula secukup rasa
6. Masukkan jus lemon.
7. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris bulat.
8. Biarkan mendidih seketika dan siap.

SELAMAT MENCUBA!

Punca Pendarahan Di Awal Kehamilan

    Assalamualaikum dear....

    Sejak keguguran dua hari lepas, rasa rajin pulak nak update pasal punca keguguran & apa saja le tentang masalah kehamilan. Hari ni masih lagi cuti kan ,so ada le masa nak berblogging ni. Esok dah start kerja, bersawang le sekejap blog aku ni nanti.
    OK, hari ni nak cerita pasal punca pendarahan di awal kehamilan. Info ni aku amik kat blog alamhamil


Banyak sebab kenapa wanita mengalami pendarahan faraj semasa hamil. Ia mungkin pendarahan ringan pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.

Sebab-sebab utama berlaku pendarahan:

1. Pendarahan Implantasi

Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.

Apa itu pendarahan implantasi?
Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak ke rahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi.

Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah, jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.

Bilakan implantasi selalu terjadi?
Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.

2. Keguguran

Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda akan gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak mengalami keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan. Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakkan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah daripada mengandung janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.

3.Hamil di luar rahim (Ectopic Pregnancy)

Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah kehamilan diluar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ini berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan

4.Kandungan Anggur

Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahaan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal hasil dari persenyawan yang membesar dengan cepat didalam rahim. Tiada janin didalam kehamilan ini.

5.Ketumbuhan pada pangkal Rahim

Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.

Kesimpulannya, eh.....dah macam karangan pulak.Mentang2 le dulu pernah jadi cikgu BM.Macam ni le, kalau kita pregnant & ada pendarahan keluar pada awal kehamilan tak kira le sikit ke banyak, pergi le jumpa doktor. Kalau ada rezeki, kandungan kita kan selamat sampai ke hari kelahirannya. Kalau takde rezeki, kita redha le jika berlaku keguguran.






Pendarahan Di Awal Kehamilan Adalah Satu Musibah?

Assalamualaikum dear.....

    Aku baru je keguguran 2 hari lepas. Sebelum keguguran, aku dinasihatkan untuk bedrest seminggu sebab berlaku pendarahan di awal kehamilan. Dalam tempoh bedrest tu, aku memang tak buat kerja2 berat.Masak pun tak.Jadi, tiap2 hari, aku google tentang punca & kesan pendarahan di awal kehamilan. Aku jumpa satu blog ni yang aku rasa amat berguna untuk wanita2 yang ingin hamil, sedang hamil atau pun yang menghadapi masalah kehamilan. Blog  Dr. Zubaidi . Aku tertarik dengan artikel Dr. Zubaidi tentang "Pendarahan Di Awal Kehamilan Adalah Satu Musibah. "

    Menurut Dr. Zubaidi,sebanyak 20% kehamilan berakhir dengan keguguran. Ada 2 masalah keguguran. yang pertama sebab ada masalah pada janin dan yang kedua masalah pada ibu sendiri. Jika ada masalah pada janin, mungkin ada kecacatan genetik pada janin dan janin tak boleh survive ketika berada dalam rahim.Kalau janin hidup, mungkin bayi akan cacat atau ada masalah kesihatan lain.

    Bila baca artikel dari Dr. Zubaidi ni, aku fikir ada benar jugak pendapat Dr ni. Allah lagi tahu apa yang baik & apa yang tak baik untuk kita.Jadi, tak payah le nak sedih sangat.Redha je le dengan ketentuan Allah. Ada orang yang nasibnya lebih buruk dari kita. Kalau nak lebih info pasal keguguran ni, klik je  Dr.Zubaidi .

    Walaupun pernah keguguran, tapi aku masih lagi belum putus asa nak tambah ahli keluarga. Cuma, menurut Doktor, lebih baik kita tunggu 2 kali period supaya rahim kita lebih bersedia untuk proses kehamilan seterusnya. Insyaallah, tahun depan aku akan dapat sorang lagi anak World Cup!