Search This Blog

Sunday 19 May 2013

Punca Pendarahan Di Awal Kehamilan

    Assalamualaikum dear....

    Sejak keguguran dua hari lepas, rasa rajin pulak nak update pasal punca keguguran & apa saja le tentang masalah kehamilan. Hari ni masih lagi cuti kan ,so ada le masa nak berblogging ni. Esok dah start kerja, bersawang le sekejap blog aku ni nanti.
    OK, hari ni nak cerita pasal punca pendarahan di awal kehamilan. Info ni aku amik kat blog alamhamil


Banyak sebab kenapa wanita mengalami pendarahan faraj semasa hamil. Ia mungkin pendarahan ringan pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.

Sebab-sebab utama berlaku pendarahan:

1. Pendarahan Implantasi

Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.

Apa itu pendarahan implantasi?
Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak ke rahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi.

Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah, jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.

Bilakan implantasi selalu terjadi?
Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.

2. Keguguran

Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda akan gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak mengalami keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan. Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakkan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah daripada mengandung janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.

3.Hamil di luar rahim (Ectopic Pregnancy)

Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah kehamilan diluar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ini berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan

4.Kandungan Anggur

Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahaan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal hasil dari persenyawan yang membesar dengan cepat didalam rahim. Tiada janin didalam kehamilan ini.

5.Ketumbuhan pada pangkal Rahim

Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.

Kesimpulannya, eh.....dah macam karangan pulak.Mentang2 le dulu pernah jadi cikgu BM.Macam ni le, kalau kita pregnant & ada pendarahan keluar pada awal kehamilan tak kira le sikit ke banyak, pergi le jumpa doktor. Kalau ada rezeki, kandungan kita kan selamat sampai ke hari kelahirannya. Kalau takde rezeki, kita redha le jika berlaku keguguran.






9 comments:

  1. assalamualaikum.

    salam perkenalan. menarik info ni.

    saya juga nak share sedikit tips jika berlaku pendarahan semasa hamil.
    Saya pernah jadi masa shopping barang2 adik nak masuk university. Memang panic.
    Tapi saya cepat2 masuk dalam kereta dan berbaring sahaja. Alhamdulillah kandungan selamat.
    Masa tu awal lagi.. trimester pertama. Memang potensi keguguran tu ada.

    salam perkenalan.
    ilani
    Blog : www.cancanmali.blogspot.com
    Facebook: https://www.facebook.com/norilani
    FB Page : https://www.facebook.com/weallsihat


    jemput la jalan2 ke blog saya

    ReplyDelete
  2. Assalam...
    maaf..sy bnr2 nk mntk pndpt kalian.
    sy baru bernikah 22 march.21 march ke 25 march sy uzur.sekitar 12 april sehingga arini 30 april berlaku pendarahan.tapi sedkit saje.darah jg tak seperti drh uzur.pd 20 april sy ke clinic gov.jam 9.25 doc suruh sy buat upt.result positive.oleh kerana sy mengalami pendarahn yg sedikit tu.doc suruh sy ke bahagiaan ibu dan anak utk scan.appointment dlm kol 3.bile scan doc di situ kata kosong.tak ade ape2.sy disuruh buat upt test skali lagi.result kali ni negative pula.sy di mrh oleh doc dan di suruh balik.sehingga arinj 30 apr pndrhn msh ade.tapi.spti biase skit2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. X patut doc mara2...

      Delete
    2. Pnglmn sy snd 4bulan slepas kawin. Sy slalu sakit kat ari2. G klinik doc ckp air kncing kotor... blknmkn ubt mcm biase pastu xlme tu rase lg sakit kt ari2.. g klinik lg doc ckp air kncing kotor lg. ..dlm 1bulan tu 4,5kali jgk sy g cek sbb xyakin dgn ape yng doc ckp... kali terakhir sy g cek doc bg borang utk buat x-ray... masuk blik x-ray utk dptkn appointment sy tpandang papan tanda " sekiranya anda prgnant sila beritahu staff bertugas" sy jd xsedap ati. Sy balik sy try bli lg upt sy buat.. skali tgk +ve... alhamdulillahh sebaik sy x buat x-ray lg ... klu x bahayakn kandungn.. jd sy cdgkn tggu dlm mase 1bulan pon xpe lepas tu baru awak buat upt skali lg.. :-)

      Delete
    3. Sy mcm awk la...sy chek upt test bnyak kali..lain2 dokter...mmg +ve...tp scan dan skop dlm rahim pun still xnmpak...skrg tgh tggu result darah ...doc amek darah lak...sbb da byk kali try tu sume xdpt dikesan so melalui darah pulak

      Delete
  3. Salam..sy lewat dtg period masuk hari ke7...tp pg nie sy rse senak perut.ble check ade darah..adakah darah tu period or ade kemungkinan yg len..sy bharap sgt utk pregnant.sy rse stress sgt skrg.... :(

    ReplyDelete
  4. Based o my experience..sy pon sma bdenyut2 kt ari2 mcm sngugt n kluar drah .rujuk dr n scan 4x xnmpk jgk bby. Last scan bwh bru nmpk..alhmdulilah..so ibu2 klau sakit n mcm period I think it normal..but btter pg hosp tkut mngdung luat rahim.but u hv comfirm kn dlu u prgnt

    ReplyDelete
  5. Selalu orag fikir bila ada pendarahan masa mengandung, mesti keguguran kan..
    Padahal ada je sebab dan faktor yang lain jugak..

    ReplyDelete
  6. Hi saya dah hamil 6 minggu.semalam ada perasan ada tompok darah tapi sangat sedikit.hari ini dah tak ada.risau jugak kenapa ye.harini rasa macam nak bedrest je sebab risaukan kandungan:(

    ReplyDelete