Assalamualaikum dear...
Hari ni, terbaca tentang artikel 14 Kemuliaan Wanita Hamil di FB. Sangat tertarik dan penuh pengisian. So, kat sini aku kongsikan untuk tatapan rakan-rakan blogger yang lain...
14 KEMULIAAN WANITA HAMIL
1.Apabila seseorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebaikan & menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
2. Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan
baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.
3. Apabila
seseorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti
keadaan ia baru dilahirkan.
4. Apabila telah lahir anaknya lalu
disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan daripada susunya diberi 1
kebajikan.
5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur & memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
6. Rakaat solat
wanita yang sedang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.
7. Wanita yang memberi minum air susu ibu kepada anaknya
dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap-tiap titis susu yang
diberikannya.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana
menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan
bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala 'ibadah.
9.
Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.
10.
Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadat pada malam hari.
11.
Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat & puasa, serta
setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah mengurniakan 1 pahala haji.
12.
Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap
sebagai mati syahid.
13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
(2,5 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga
wajib baginya.
14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang
menangis, Allah akan memberi pahala 1 tahun solat & berpuasa.
Subhanallah!Besarnya ganjaran untuk wanita hamil. Semoga wanita-wanita hamil di luar sana, dapat menjaga kurniaan Allah ini dengan sempurna.Sekian!
Search This Blog
Friday, 9 May 2014
Tuesday, 6 May 2014
Kita Hanya Merancang, Tuhan Yang Menentukan...
Assalamualaikum dear...
Dah lama tak update blog ni. Busy kerja & malas sebenarnya. Hari ni baru ada mood nak update blog walaupun kerja menimbun. Kerja kat rumah menimbun tambah dengan kerja-kerja sekolah pun yang menimbun.
Kali ni nak cerita pasal cuti sekolah bulan Mac yang lepas. Seawal bulan Februari lagi, aku & En. Hubby dah planning percutian kitorang. Nak bawak anak2 jalan2. Kebetulan sepupu aku kawin masa awal cuti sekolah tu nanti so kitorang dah book nak stay kat Hotel Seri Malaysia Melaka 22 Mac tu. Lepas kenduri kawin kat kampung, nak terus pergi ke Bukit Gambang Resort City.Percutian ke BGRC lagi le lama dah plan. Dari tahun lepas lagi sebab ni percutian family keluarga sebelah hubby.
Tapi....tu le...kita hanya merancang,tapi tuhan yang menentukan.Seminggu sebelum cuti sekolah tu,aku & Irfan kena sakit mata. Sakit mata kitorang ni teruk sampai bengkak-bengkak mata. Dah macam mata alien dah. Semua ni berpunca dari Ilman yang kena jangkitan sakit mata ni di Taska 2 minggu sebelum tu. Sakitnye, tuhan je le yang tahu. Dalam mata aku siap ada gelembung air dan bila kesat air mata yang keluar, siap berdarah lagi. Dekat 2 minggu baru baik sakit mata. Aku & Irfan MC seminggu. Campur dengan cuti sekolah seminggu,jadi le 2 minggu. En.Hubby pun kena jugak tapi sebelah mata je.Dia kena seminggu. So, cuti sekolah kali ni, semua rancangan percutian terpaksa dibatalkan. Sob...sob...sob...Kesian anak-anak.
Walaupun semua percutian dibatalkan, tapi sempat jugak le balik jenguk mak kat Kluang dengan pergi Legoland. Hehehe...dapat jugak le bawak Irfan& Ilman bercuti walaupun kat JB je. Next entry nanti nak cerita pasal pergi ke Legoland pulak. Ok, cau cincau...Bye!

Mata Irfan masa baru-baru kena sakit mata |
Seminggu selepas sakit mata, mata bertambah teruk |
Walaupun semua percutian dibatalkan, tapi sempat jugak le balik jenguk mak kat Kluang dengan pergi Legoland. Hehehe...dapat jugak le bawak Irfan& Ilman bercuti walaupun kat JB je. Next entry nanti nak cerita pasal pergi ke Legoland pulak. Ok, cau cincau...Bye!
Subscribe to:
Posts (Atom)