Assalamualaikum dear...
Selamat tengah hari. Dah lunch ke belum? Hari ni aku masak Tomyam Putih. Sejak jadi surirumah sementara ni, rajin le aku masak untuk lunch & minum petang untuk En.Hubby dan anak-anak. 11 hari lagi dah nak naik kerja. Cuti bersalin dah nak habis. Emm...bestnye kalau dapat jadi surirumah terus. Ok le, jom kita tengok resepi.Resepi ni aku ambil dari SINI. Tapi macam biasa le, ada le tokok tambah.Ikut bahan2 yang sedia ada kat rumah je.
RESEPI TOMYAM PUTIH
Sumber : Cecite Blog
Air rebusan ayam
Sotong
Udang
2 Batang serai
1 Biji Bawang Holland (dihiris)
Batang & Daun ; Daun Ketumbar
5 biji Cili Padi
2 Biji Tomato
2 sudu besar Sos Ikan *aku tak letak sebab takde)
1 Biji Limau Nipis (Potong 2) *aku guna lemon sebab limau nipis kat kedai dah habis.
2 Tangkai Daun Limau Purut
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa (x perlu byk sebab sos ikan dah masin)
Carrot
Telur Puyuh
Cendawan tiram *aku letak cendawan butang sebab cendawan tiram habis.
Cara masak
1. Rebus ayam terlebih dulu sampai minyak ayam keluar
2. Setelah minyak dah pecah (stok ayam dah jadi), masukkan bawang holland
3. Masukkan serai , Sos Ikan , Batang daun ketumbar(masukkn akar lg power..tp basuh bersih2 la yer), Cili Padi, Garam & Gula,Carrot,cendawan **1/2 biji limau nipis diperah.
4. Rasa2 make sure rasa rempah , gula garam & masamnye dah cukup..jgn terlebih masam...biar terkurang kalau terkurang masam boleh tambah sikit2 (adjust) sampai ok.Baki 1/2 biji limau tu korang pandai2 adjust la yer
7. Masukkan Telur Putuh,Tomato, Daun limau.
8. Rasa2 dah ok, tomato dah lembik sikit boleh tutup api dan letak daun ketumbar.
Ok,Selamat Mencuba!
Search This Blog
Tuesday, 14 October 2014
Monday, 13 October 2014
Pengalaman Bersalin di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru
Assalamualaikum dear....
Hari ni nak berkongsi pengalaman bersalin di Hospital Sultanah Aminah. Ketiga-tiga orang anak aku dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah. Kebanyakan orang sekarang memilih untuk bersalin di hospital-hospital swasta. Ada yang berpendapat bersalin di hospital kerajaan akan mendapat layanan buruk dari doktor dan nurse-nurse. Ada yang memilih hospital swasta sebab nak doktor perempuan yang menyambut kelahiran babynye.
Bagi aku, bersalin di mana-mana pun, sama sahaja. Tetap sakit.Ikut rezeki masing-masing.Kalau rezekinya mendapat layanan yang baik,alhamdulillah.Tiga kali bersalin di Hospital Sultanah Aminah, aku mendapat layanan yang baik dari nurse-nurse dan doktor-doktor. Bukan tak mampu nak bersalin di hospital swasta,tapi aku lebih suka gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membayar bil hospital swasta untuk membeli barang kelengkapan baby & barang-barang lain.
Bagi penjawat awam gred 41 ke atas, layak duduk di wad kelas 1. Setiap kali bersalin, aku tak perlu keluarkan satu sen pun. Semuanya percuma. Dapat duduk di kelas 1. 2 orang sebilik. Ada juga 4 orang sebilik. 1 bilik seorang pun ada.Bila nak bersalin pula, seorang pesakit, satu labor room.Tak kongsi dengan orang lain. Wad ada aircond.Labor room pun ada aircond.Alhamdulillah...rezeki anak-anak. Ok, mungkin ada orang kata, duduk kat wad kelas pertama memang le layanannye baik.Tapi aku pun pernah duduk kat wad kelas 3 sebab wad kelas pertama penuh masa bersalinkan Ilman. Memang layanannya kurang mesra macam kat wad kelas 1.Tapi aku berpendapat, nurse tak terlayan penghuni-penghuni di wad kelas 3 sebab terlalu ramai.Dan nurse pulak,tak ramai.Sebab tu le , macam tak layan je kan. So far, masa aku duduk wad 3 pun, aku dapat layanan yang baik dari nurse-nurse di situ.Aku ikut cakap mak aku....kalau kita layan orang baik,tak sombong, orang pun akan layan kita baik jugak.
Bersalin kali ni, sempat le jugak aku snap beberapa keping gambar wad yang aku duduk selama 3 hari 2 malam di Wad Bersalin Kelas Satu,HSAJB.
Antara makanan yang dihidangkan.Semua sedap.Sayur je tak sedap sebab aku tak suka sayur. Kalau sarapan, ada mihun goreng, mi goreng, roti.Minum petang pulak kadang2 kek marble,kadang2 roti.Nak mandi pun, ada disediakan water heater. Air panas & air suam untuk minum juga ada disediakan.
Hospital Kerajaan memang menggalakkan penyusuan ibu secara eksklusif. Lepas bersalin, anak akan terus tidur dalam wad bersama-sama ibu supaya senang untuk ibu menyusukan baby.Masa nak bersalin, suami dibenarkan untuk temankan isteri bersalin.
Alhamdulillah,bersyukur sangat dengan kurniaan dari Allah di pagi syawal ni. Semoga Imtiyaz Fitri menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.
Hari ni nak berkongsi pengalaman bersalin di Hospital Sultanah Aminah. Ketiga-tiga orang anak aku dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah. Kebanyakan orang sekarang memilih untuk bersalin di hospital-hospital swasta. Ada yang berpendapat bersalin di hospital kerajaan akan mendapat layanan buruk dari doktor dan nurse-nurse. Ada yang memilih hospital swasta sebab nak doktor perempuan yang menyambut kelahiran babynye.
Bagi aku, bersalin di mana-mana pun, sama sahaja. Tetap sakit.Ikut rezeki masing-masing.Kalau rezekinya mendapat layanan yang baik,alhamdulillah.Tiga kali bersalin di Hospital Sultanah Aminah, aku mendapat layanan yang baik dari nurse-nurse dan doktor-doktor. Bukan tak mampu nak bersalin di hospital swasta,tapi aku lebih suka gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membayar bil hospital swasta untuk membeli barang kelengkapan baby & barang-barang lain.
Bagi penjawat awam gred 41 ke atas, layak duduk di wad kelas 1. Setiap kali bersalin, aku tak perlu keluarkan satu sen pun. Semuanya percuma. Dapat duduk di kelas 1. 2 orang sebilik. Ada juga 4 orang sebilik. 1 bilik seorang pun ada.Bila nak bersalin pula, seorang pesakit, satu labor room.Tak kongsi dengan orang lain. Wad ada aircond.Labor room pun ada aircond.Alhamdulillah...rezeki anak-anak. Ok, mungkin ada orang kata, duduk kat wad kelas pertama memang le layanannye baik.Tapi aku pun pernah duduk kat wad kelas 3 sebab wad kelas pertama penuh masa bersalinkan Ilman. Memang layanannya kurang mesra macam kat wad kelas 1.Tapi aku berpendapat, nurse tak terlayan penghuni-penghuni di wad kelas 3 sebab terlalu ramai.Dan nurse pulak,tak ramai.Sebab tu le , macam tak layan je kan. So far, masa aku duduk wad 3 pun, aku dapat layanan yang baik dari nurse-nurse di situ.Aku ikut cakap mak aku....kalau kita layan orang baik,tak sombong, orang pun akan layan kita baik jugak.
Bersalin kali ni, sempat le jugak aku snap beberapa keping gambar wad yang aku duduk selama 3 hari 2 malam di Wad Bersalin Kelas Satu,HSAJB.
Check in pukul 4.15 pagi 27 Julai 2014 |
Cantikkan baju pink tu...merangkap baju raya aku tahun ni... |
Aku tak minum teh masa ni.Aku minum Milo 3 in 1 yang aku bawak sendiri. Yang hospital bagi tu, aku bawak balik le. |
Sedap nasi minyak ni... |
Kuah ayam tu sedap.Masak apa,aku pun tak tahu.Macam asam pedas. |
Hospital Kerajaan memang menggalakkan penyusuan ibu secara eksklusif. Lepas bersalin, anak akan terus tidur dalam wad bersama-sama ibu supaya senang untuk ibu menyusukan baby.Masa nak bersalin, suami dibenarkan untuk temankan isteri bersalin.
Imtiyaz Fitri beberapa minit selepas dilahirkan .Lahir 28 Julai 2014,pukul 10.10 pagi secara normal.Berat 3kg,panjang 50cm. |
En.Hubby azankan&iqamatkan Imtiyaz dalam labor room. |
Sunday, 12 October 2014
Puding Jagung
Assalamualaikum dear...
Bulan puasa yang lepas,tiba-tiba dapat whatsapp dari BFF masa kat universiti dulu. Nak mintak resepi puding jagung. Tiba-tiba tekak aku rasa nak makan puding jagung pulak masa tu. Dah lama dah tak buat puding ni sebenarnya.Dah hampir 4 tahun.Nasib baik ada simpan lagi resepi tu.Memang rezeki Kak Yaya le dapat resepi ni.Aku pulak, terus suruh En.Hubby beli bahan-bahan nak buat puding.Alhamdulillah, resepi aku masih menjadi.Berbuka hari tu, makan puding jagung. Dapat jugak le kongsi dengan jiran-jiran.
RESEPI PUDING JAGUNG
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula
5 cawan santan
1/2 tin jagung tin(jenis krim)
Cara-cara Membuatnya:
1. Satukan kesemua bahan
2. Blender sampai sebati
3. Masakkan atas api yang sederhana
4. Kacau sampai puding masak & berkilat
5. Masukkan dalam acuan.
6. Sejukkan.
**Kalau suka rasa jagung sebijik2, jagung tak payah blender.Gaulkan sahaja dengan adunan puding.
**1 adunan ni dapat dalam 20 biji puding
**Aku guna cawan sukatan yang banyak jual di pasaran.
Lepas buat puding ni masa bulan puasa,aku buat lagi untuk jamu kawan-kawan yang datang beraya & nak tengok baby Imtiyaz.Dalam pantang lagi masa tu.Huhu...nanti aku nak cerita le macam mana aku berpantang kali ni dalam entry yang lain.Kali ni, masukkan dalam bekas caserol je.Nak makan, potong kecik-kecik. Ok, selamat mencuba resepi mudah ni. 15 minit dah siap.

Buku resepi zaman sekolah |

Nasi Goreng Seafood Bawah Tangga
Assalamualaikum dear...
Nasi Goreng Bawah Tangga. Walaupun aku tinggal di JB ni dah 10 tahun,tapi banyak lagi tempat-tempat makan yang sedap2 aku belum pergi. Sekarang ni pun dah lama tak makan kat luar. Tapau je.Bukan apa, putera keduaku ni, agak lasak sikit.Tak boleh duduk diam.So,mama&ayah dia tak boleh makan dengan tenang.
Ni cerita lama. Cerita bulan April lepas. Masa ni tengah pregnant Imtiyaz. Biasa le, orang pregnant kan selalu lapar. Aku pulak, dah masuk timester kedua.Dah tak mabuk sangat dah. Tangan ni dok gatal menggoogle tempat-tempat makan yang menarik di JB. Sekali tu, terbaca le blog Life Juz Begin cerita pasal nasi goreng seafood bawah tangga.Air liur dah meleleh. Beritau hubby nak makan nasi goreng tu.Berpandukan direction yang diberi dalam blog lidiasuraya ni,En.Hubby pun pergi le cari nasi goreng famous kat Stulang ni.(Nak tau kat mana restoran nasi goreng ni, baca je le blog Life Juz Begin ni.)
Yes!Pencarian dia berhasil. Dapat le baby makan nasi goreng stulang ni. Memang sedap sebab dia bungkus dalam daun pisang. Cara masak dia pun ala teppanyaki.Ok, masa taip entry ni pun, dah meleleh air liur teringatkan nasi goreng ni.Ada jugak le nanti En.Hubby kena g beli.Emm...nak ke dia layan ek?Ari tu mengidam,laju je dia cari.Sekarang ni, mak buyung dah meletup.Emm....
Tu dia....Nasi Goreng Seafood Bawah Tangga. Berbunyi pulak perut ni.....
Ok,Bye!

Subscribe to:
Posts (Atom)