Search This Blog

Saturday, 28 January 2017

Laman Keatif Kluang

    Assalamualaikum...

   Laman Kreatif Kluang. Antara tarikan terbaru di Kluang yang terkenal dengan Kluang Railway Kopitiam. Setelah dirasmikan pada bulan April 2016, CJ pun tercari-cari le kat mana Laman Kreatif Kluang.Mula-mula ingat tempat ni dekat area Parkson Kluang. Rupanya CJ silap. Maklumle, dah lama menetap di JB.Laman Kreatif Kluang terletak di belakang kedai-kedai lama di tengah bandar Kluang, di belakang Ambank. Kalau orang Kluang, mesti tau kat mana Dewan Jubli Intan dan Fountain Kluang.Ambank Kluang terletak berhadapan dengan Dewan Jubli Intan dan Fountain je. 

    Pada  bulan Oktober tahun lepas, sempat le CJ bawa anak-anak bergambar di Laman Kreatif Kluang ni.Lepas tu ajak anak-anak beriadah di Fountain Kluang sekali yang memang legend. Jom kita layan gambar...


























Gelongsor legend ni.Dari CJ kecik lagi dah ada...


   Ni je gambar yang CJ sempat snap sebab hari nak hujan masa ni. Ada lagi mural yang CJ belum ambik gambar.Lain kali CJ pergi lagi.

Bye!


Thursday, 26 January 2017

Helloooooooo...I'm back !!!!!!

    Assalamualaikum...

    Hai semua. Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017, walaupun masa entry ni ditulis, lagi 2 hari nak sambut Tahun Baru Cina.Sempena tahun baru, sempena cukup setahun tak berbloging, Cikgu Julie akan gunakan singkatan nama je iatu CJ. 
    
    Kenapa tak update blog?Sebab...busy, anak dah 3, netbook dah tak berapa best, dropbox dah penuh dan yang penting, CJ malas.huhu...
    
    Banyak sangat cerita-cerita yang berlaku sepanjang tahun lepas. Pergi bercuti pun tak masukkan dalam blog. Takpe le, nanti kalau ada masa, CJ akan ringkaskan semua dalam 1 atau 2 entry sekaligus.
    
    Eh...mesti nak tau kenapa tiba2 CJ rajin nak update blog?Baru keluar dari gua ke?OK,CJ sihat2 je. Bukan disebabkan sakit CJ tak update blog.Malahan CJ bertambah 'sihat' ni.Sebenarnya., En.Hubby CJ belikan laptop baru.Birthday dia bulan Januari ni, tapi CJ yang dapat hadiah.hehe...Orang nak bagikan....ambik je le....Tu yang CJ semangat nak berbloging semula.Harap2 bukan hangat2 taik ayam le....
    
    Ok, disebabkan ni macam warming up je dulu kan, so CJ belanja gambar ayam ni sempena tahun ayam.


Selamat Tahun Baru Cina!

Bye!