Search This Blog

Saturday, 22 June 2013

Bilik Anak Bujangku.......


Sebelum.......

Selepas......

Sob....sob.....pitam mama nak kemas mcm ni.....

Ni le 3 orang budak yang menyepahkan bilik ni.....

Ilman , Iyad & Irfan


    Yang tengah pakai baju merah tu, anak sedara aku. Anak adik en.Hubby. Ahmad Iyad Khairin nama dia. Nasib baik le mak aku ada kat rumah masa ni. Maknanya, mak aku le yang tolong kemas bilik cucu2 kesayangan dia ni, Selamat mama.Tak jadi nak pitam.......

Tuesday, 18 June 2013

Ole-ole Dari Langkawi

    Assalamualaikum dear....

    Minggu lepas, En.Hubby aku pergi Langkawi & Padang Besar. Ada rombongan Cik Kiah budak-budak F6 dia.  Hari Sabtu pagi, En.Hubby aku dah sampai JB semula.Pergi petang Selasa.Lama jugak dia takde.
   
    Pagi Sabtu tu, En. Hubby sampai dalam pukul 5.15 pagi. Aku pergi amik dia kat sekolah. Punya le banyak barang dia beli (hehehe.....sebenarnya, aku yang kirim.)Pergi bawak satu beg, bila balik , beg tu dah beranak pinak. Siap beli beg baru.

    Ni le antara barang yang dia bawak balik yang sempat aku snap.....



    Alhamdulillah.....banyak jugak ole-ole untuk aku dari Langkawi & Padang Besar. En.Hubby cakap, hadiah sebab aku jaga anak2 sepanjang dia takde kat rumah. Terharu aku.Ye lah.....selama ni, banyak kerja2 dalam rumah ni, En.Hubby yang buat.So, bila dia takde, aku kena jaga 2 orang hero aku ni sorang2, tu yang dia belikan ole-ole ni. Thanks Hubby.I luv u so much!

Monday, 17 June 2013

Ilman demam.....

    Assalamualaikum dear.....

    Dah lama tak update blog rasanya. Minggu lepas adalah minggu yang memenatkan bagi aku. Bukan kerana baru naik cuti sekolah tapi sebab en.Hubby aku takde. En.Hubby kena pergi Langkawi,ada lawatan sambil belajar. lama tu.Pergi hari Selasa petang. Dalam masa yang sama, Ilman demam pulak. Sebenarnya, pagi isnin tu, badan dia dah dedo. Aku bagi makan ubat,lps tu hantar pergi taska. Balik dari Taska, memang badan dia panas sgt dan dia pun melepek je,tak aktif. Kami bawak dia pergi klinik.Malam tu, Ilman muntah. Esoknya, aku amik cuti rehat sbb nak jaga Ilman. Tak sampai hati nak hantar dia pegi taska.
    So,hari Selasa aku tak kerja. jaga Ilman klat rumah & pantau suhu badan dia dan waktu mkn ubat dia. Mlm tu, aku tinggal bertiga je. Sebelum tido, aku dah bagi Ilman makan ubat. Dalam pukul 2 pagi, suhu badan Ilman tinggi.Aku ajak dia makan ubat demam.Lepas tu tidur semula.
    Pagi esoknya, badan Ilman masih panas. Aku telefon mertua aku,mintak tolong jagakan Ilman sbb aku tak nak hantar dia pergi Taska.Pagi tu, Ilman muntah lagi. Aku bagi dia makan ubat. Malam Khamis, aku dah boleh tarik nafas lega sbb suhu badan Ilman dah ok. Sebelum tido, aku bagi dia makan ubat lagi. Dalam pukul 3 pagi, suhu badan Ilman naik semula. Kali ni aku masukkan ubat kat bontot dia. Lepas tu aku mandikan dia. Dah mandi, Ilman tido semula.
    Pagi Khamis tu, aku masih hantar Ilman pergi rumah mak tok&tok ayah dia.Pagi tu juga, aku telefon mak aku ajak dia  datang rumah.Tengah hari,bila aku balik kerja, mak aku dah ada kat rumah dah. Mlm tu, elok pulak suhu badan Ilman. Kalau suhu dia naik pun aku dah tak risau sangat sebab mak & abah aku ada kat rumah.
    Hari Jumaat tu, Ilman tak pergi Taska & tak pergi rumah mak tok dia tapi mak aku yang jaga. Alhamdulillah, kesihatan Ilman semakin baik. Demam dia pun dah kebah. Minggu, Ilman dah start aku hantar Taska semula. Dia pun dah ok.Eh......aku hantar ilman pergi Taska?Bukan Ilman mak tok & tok ayah jaga ke?Kisah Ilman aku hantar ke taska, aku akan cerita di entry lain.
Bye!