Search This Blog

Wednesday 24 December 2014

2H1M di Equatorial Hotel Melaka

    Assalamualaikum dear...

    Sambung cerita cuti-cuti Malaysia. Balik dari Grand Lexis, aku singgah Melaka pulak dan menginap di Equatorial Hotel. Hotel ni kat tengah-tengah Bandar Hilir. Dengan dengan Dataran Pahlawan.Kalau nak ke Mahkota Parade, melintas jalan je.Kat hotel ni aku ambik Premier Room. Ada satu katil queen dan day bed kat tepi tingkap.Ok le, kita layan gambar je le...








Baby demam masa ni.Kesian dia..

Nampak tak suis yang tulis DND & MUR tu. Mula2 aku tak tahu fungsi dia. Jenuh aku cari kad yang gantung kat pintu yang ada tulis Do Not Disturb tu tapi jumpa. Rupanya, tak payah pakai kad. Tekan je suis DND tu, nanti kat luar ada lagi satu lampu yang menyala perkataan Do Not Disturb. Kalau tekan MUR, nanti kat luar nyala Make Up Room.Hahaha....jakun je.


View Bandar Hilir dari bilik




Kolam dia besar...


    Apa-apapun, anak-anak happy. Kami tak jalan2 pun kat Melaka sebab baby tak sihat.Lagipun Bandar Hilir kan sentiasa sibuk. Tak sesuai nak heret anak2 ni g jalan-jalan. En.Hubby & Irfan je pegi Dataran Pahlawan malam tu. Kalau ada rezeki, akan datang lagi ke Melaka.Tapi nak try hotel lain pulak le.
Bye

Tuesday 23 December 2014

Percutian Ke Grand Lexis Port Dickson

    Assalamualaikum dear...

    Cuti sekolah dah nak habis dah untuk tahun 2014 ni. Sesi persekolahan tahun 2015 pun akan tiba tak lama lagi. Sepanjang tahun 2014 ni, banyak kenangan suka duka yang aku tempuhi. Kehilangan orang tersayang, kehadiran cahaya mata baru yang ditunggu di pagi syawal dan macam-macam lagi. Cuti sekolah akhir tahun kali ni, memang kami bercuti sakan. Qada' cuti kot sebab sepanjang tahun 2014 memang tak dapat pergi bercuti. ada sahaja halangan.

    Sempena meraikan anniversary kami yang ke 11 tahun, aku planning nak celebrate kat Grand Lexis ,PD.Dah lama dah planning nak ke sana. Kebetulan, tahun ni dah ada Imtiyaz, so tempat percutian pun kena le yang selesa untuk baby.

    Aku tempah bilik seawal bulan September lagi. Aku ambik bilik Garden Pool Villa. Sebab ada baby, aku nak senang bergerak ke lobby bila nak breakfast nanti. Nak harapkan buggy, memang le ada. Tapi kalau peak hour contohnya time breakfast atau time check out, lambat buggy ni nak sampai.So, kami jalan kaki je.

    Kami check in 7hb dan check out 8hb. Hari check in tu, kami check in lambat. Pukul 6 baru nak check in.Jalan jem pulak. So, tak dapat bilik bawah. Dapat bilik atas. Seronok jugak bilik atas. Poolnye terbuka. Tapi, bilik aku terlindung dari pandangan bilik-bilik jenis sky living.So, kalau aku berenang pun, takde siapa yang nampak. Cuma risiko bilik atas ni ialah kalau hujan tak boleh le nak mandi pool. Rezeki kami, sepanjang berada kat sana, tak hujan time kami mandi pool.Hujan masa kami dah tidur je.

    Masuk je bilik, anak-anak aku dah tak sabar nak mandi pool. So, diorang terus terjun pool. dengan mama dia sekali mandi pool. Imtiyaz je tak mandi sebab dia tido.



    Mandi pool malam-malam. Seronok! Air tak sejuk.







Air tin tu kalau minum kena caj RM5



Perasan tak atas meja tu takde telefon. Boleh pulak pihak hotel lupa letak telefon. En.Hubby telefon front desk  guna handphone beritau bilik kami takde telefon.Huhu...kelakar....camne nak panggil buggy kalau telefon takde oii....


Selipar tu free. payung kalau nak amik kena bayar RM30.

Bekalan kalau pegi bercuti....

Sabun mandian dia wangi....

Pintu sliding ke kolam. Siapa yang ada anak2 kecik jangan risau. Pintu ni ada lock kat bahagian atas.Anak2 kecik confirm tak sampai nak bukak.So, don't worry.Anak2 takkan dapat pergi kolam tu sendiri.Kecuali le kalau mak pak budak lupa nak kunci pintu tu....

Ilman yang penakut air pun terus jadi suka air bila pergi Grand Lexis ni.

Imtiyaz pun nak join jugak. Tapi kejap je le. kecik lagi.
Playground. Sebelah bilik kami je. Dekat jugak dengan public pool.








    Seronok sangat bercuti kat sini. Cuma, kalau nak pergi sarapan tu, pergi cepat2.Kalau tak kena beratur nak makan sebab takde meja kosong. Aku pagi-pagi buta dah kejut budak-budak tu bangun pergi sarapan. Menu sarapan banyak pilihan. Yang bestnye, untuk budak-budak siap ada pinggan/tray, cawan, mangkuk, sudu,garfu khas.Tapi aku tak amik gambo le sebab aku malu. Dah le duduk depan pintu. Laluan orang keluar masuk. Segan ooii....Banyak lagi kemudahan yang ada kat sana.Sebab aku ada anak kecik so, aku tak g jalan-jalan pun.Memerap je dalam bilik, mandi kolam.

    Next time, kalau ada rezeki lebih, aku nak stay kat sana 3h2m.Ni aku pegi 2h1m je. Lagi semalam aku stay kat Equatorial Hotel Melaka.Ilman pun dah request nak pergi sini lagi.Huhu...dia ingat bapak dia menteri kot.Senang-senang je request nak g hotel mahal2.Haha....kalau laki aku menteri, aku bercuti kat obersee je le kot....

Tuesday 16 December 2014

From Taiping With Luv...

    Assalamualaikum dear...

   Entry yang lepas dah cerita pasal Hotel Flemington di Taiping. Kali ni, kasi layan gambar masa jalan2 ke Zoo Taiping. Tak banyak ambik gambar kat zoo pun. Ye le...gambo binatang je yg banyak kan. Dalam masa yang sama, buat mini reunion dengan my bff masa belajar kat UPSI dulu.Seronok sgt!Ok, jom layan gambar...


Dari hotel nak ke Zoo Taiping.ni kat taman Tasik Taiping





Ni kancil ye anak-anak...




Ok,sekian.