Search This Blog

Friday, 7 November 2014

Amalan Ibu Mengandung Mengikut Islam

    Assalamualaikum dear...

    Antara surah yang aku amalkan semasa mengandung ialah


Gambar Ihsan Google

    Ibu-ibu juga hendaklah sentiasa berdoa semoga bayi yang dikandung sihat dan selamat dilahirkan. Bila dalam bilik bersalin, sentiasalah membaca doa nabi yunus dan berselawat.Insyaallah proses kelahiran bayi kita akan dipermudahkan.Aamiin!

Thursday, 6 November 2014

Amalan Pemakanan Sunnah Ketika Mengandung

    Assalamualaikum dear....

    Setiap ibu mengandung, mesti mengambil berat dengan corak pemakanan masing-masing.Almaklumlah...apa yang ibu makan, baby akan dapat khasiatnya.Masa mengandungkan Imtiyaz ni, aku ada le jugak amalkan makan makanan sunnah ni. Masa abang-abang dia dulu, aku hanya amalkan makan kurma je. Masa tu, pendedahan tentang makanan sunnah ni tak banyak. Bila mengandungkan Imtiyaz ni, aku banyak membaca tentang amalan semasa mengandung.

 

    Ni antara supplement dan makanan sunnah yang aku amalkan. Bila dah disahkan mengandung, perkara pertama aku buat ialah makan pil asid folic.Lepas tu aku makan obimin pluz. Obimin Pluz tu makan masa awal mengandung je tapi lepas tu aku stop sebab aku mabuk teruk. Aku hanya ambil ubat-ubat yang doktor KKIA bagi je. Bila dah trimester ketiga, aku makan pil Neurogain PB untuk perkembangan otak baby. Seperti biasa, ibu mengandung mesti minum susu sebab baby perlukan kalsium untuk membentuk tulang dia.Tapi, aku tak boleh minum susu. Loya.Beli le susu enfamama ke, anmum ke, anmum perisa mangga ke...semua keluar balik. Last2, aku minum susu kambing jenama Hiraq. Susu kambing ni memang tak berbau langsung dan rasanye pun tak memualkan.


    Lagipun, susu kambing juga antara makanan sunnah. Mengikut kajian, susu kambing mampu membantu masalah seperti asma, reumatik, demam kuning, insomnia dan menguatkan tulang.
Khasiatnya dikatakan lebih baik daripada susu lembu dan hampir menyamai susu ibuSelain daripada ubat-ubatan dan susu kambing, aku juga amlkan minum air zam zam dan makan kurma setiap pagi.Disebabkan HB aku rendah, aku amalkan minum jus pati delima Gulshan. Setiap malam sebelum tidur, aku akan minum sesudu minyak Virgin Coconut Oil.

    Menurut pembacaan aku dari blog2 lain, buah kurma banyak khasiatnya untuk ibu mengandung. Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. 

    Madu juga elok diamalkan kerana dapat menambahkan ketahanan diri semasa  mengandung.Kandungan zat galian dalam madu juga dapat menguatkan janin. Sebenarnya, madu ni aku minum kadang-kadang je. Kalau batuk atau selsema je aku amalkan minum madu ni sebab aku tak berani minum ubat klinik.Lagipun tak baik untuk baby.

    Buah delima kaya tinggi antioksida.Pati delima jika diambil pada trimester pertama dapat mengelakkan morning sickness.Delima juga dapat melindungi otak bayi.

    Kebaikan VCO untuk ibu-ibu mengandung pula ialah  menghilangkan jerawat/parut, bintik hitam kulit berminyak dan kulit kering.VCO juga dapat menghilangkan strechmark.Dapat membekalkan tenaga segera yang mencegah rasa letih dan mengantuk. Selain itu,proses bersalin secara normal juga menjadi lebih mudah dan lancar. Kulit bayi juga akan lebih lembut & mengurangkan masalah demam kuning pada bayi.

    Tiga minggu sebelum bersalin, biasanya aku amalkan minum air kelapa muda. Petua orang tua, air kelapa muda dapat membersihkan kulit kepala bayi dan dapat memudahkan proses bersalin. 

    Itu ajelah  pemakanan sunnah yang aku amalkan semasa mengandung.Insyaallah, dengan amalan pemakanan yang baik, selalu berzikir dan membaca al-quran, kita akan selamat melahirkan bayi yang sihat dan comel. Selamat mengamalkan pemakanan sunnah ye ibu-ibu.

Sekian...

Wednesday, 5 November 2014

Set Bersalin Pilihanku

    Assalamualaikum dear...
 
    Lumrah...orang melayu mengamalkan berpantang selepas bersalin. Kalau orang dulu2, berpantang selepas bersalin ni amat ketat.Kena makan jamu, ubat periuk,berbengkung,mandi air daun-daunan,bertangas,bertungku dan macam-macam lagi.

    Masa bersalinkan Irfan, aku guna set bersalin lengkap Amway. Tapi, aku tak guna semua barang yang ada kat dalam tu. Tak serasi.

    Bila bersalinkan Ilman pulak, aku guna set bersalin lengkap Nona Roguy. Pil Phytonatal dia memang best. Ilman tak kena jaundis pun dan aku tak sembelit. Set Nona Roguy ni, aku tak boleh pakai krim herbaneka barut dia. Kulit perut aku gatal-gatal dan timbul biji-biji merah berair.Gatal sangat. So, aku pakai kapur&limau nipis je sapu kat perut sebelum berbengkung.



    Bila mengandungkan Imtiyaz ni, pengalaman pun dah banyak, so aku decide nak beli barang penjagaan selepas bersalin ni secara loose item. Untuk jamu, aku beli Pil Phytonatal Nona Roguy dan teh Akar Herbanika sebagai pengganti ubat periuk.Bersalin kali ni, aku berpantang sendiri kat rumah sebab Irfan & Ilman dah sekolah.So, aku kena beli barang-barang penjagaan selepas bersalin yang mudah dan senang digunakan. Aku guna bengkung Mak Bidan keluaran Dunia Herbs.Aku juga beli  Body Contour Gel Leesa Formula untuk disapu pada perut dan punggung sebelum berbengkung. Ginger Cream Leesa Formula pula aku sapu pada anggota badan yang lain sebagai pengganti param. Aku tak guna serbuk pilis & param sebab aku berpantang sendiri kat rumah, so aku tak nak  rumah aku berhabuk dengan serbuk2 tu. Nanti sapelah yang nak sapu sampah tiap-tiap hari kan. Sebagai pengganti serbuk pilis, aku beli Minyak Pilis Anugerah. Untuk miss v, aku guna Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah. Aku bertungku guna Tungku Herba Batu Lava Anugerah.


    Tiap-tiap hari selama 20 hari, aku mandi guna uncang mandian herba yang aku beli dengan kawan lama aku melalui fb.Pagi-pagi En.Hubby rebuskan sebelum pergi kerja dan letak siap2 dalam baldi kat dalam bilik air. Bila aku nak mandi, aku campurkan lagi dengan air panas dari water heater.Memang menyegarkan bila mandi guna uncang mandian herba ni.


    Itu ajelah amalan berpantang aku kali ni. Dah anak yang ketiga kan, so dah boleh jaga diri sendiri. Dah pandai nak uruskan baby, so takde masalah untuk berpantang sendiri kat rumah.Ok le,semoga entry ni boleh menjadi panduan untuk semua ibu-ibu yang akan bersalin dan berpantang tak lama lagi. Sekian.

Monday, 3 November 2014

Checklist Persediaan Sebelum Bersalin - Beg Hospital

    Assalamualaikum dear

    Bakal-bakal ibu,terutamanya yang akan melahirkan baby sulung, mesti teruja nak sediakan kelengkapan baby.Baju-baju baby, katil baby,stroller dan sebagainyalah. Tapi, ada satu benda yang penting yang ibu-ibu kena sediakan dari seawal usia kandungan 7 bulan lagi iaitu beg ibu dan baby untuk ke hospital. Bagi aku, kedua-dua beg ni kena disediakan sejak usia  kandungan 7 bulan lagi. Bukan apa, mana le taukan, kot-kot 'terbersalin awal' ke....Ok, kat sini ,aku senaraikan apa barang keperluan ibu dan baby  yang perlu dibawa ke hospital

PENTING!!!

  • Buku pink/Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung
  • Kad pengenalan
  • GL(Guarantee Letter - sekiranya ibu kerja gomen)
  • Sebarang dokumen yang diperlukan untuk memohon cuti bersalin - (perlukan tandatangan doktor selepas bersalin)

Checklist untuk mama:
  • Baju kemeja berbutang supaya mudah  untuk menyusukan bayi atau nursing t-shirt/blouse
  • Stoking
  • Kain batik untuk mudahkan pergerakan di wad.Bila nak discaj dari wad, boleh le pakai skirt labuh (aku tak suka pakai kain batik)
  • Set kelengkapan mandian ibu.
  • Selipar untuk kegunaan di wad. Pastikan tapak selipar tak licin takut tergelincir.
  • Maternity Pad
  • Seluar dalam jenis kain kapas/Disposable Panties
  • Nursing Bra
  • Tuala
  • Sweater/Cardigan
  • Biskut/Roti/Milo/Susu /Kudapan (Bawak sekadar perlu je,mana le tau kot-kot lapar kalau duduk dalam wad)
  • Majalah/novel (kot2 boring duduk dalam wad sebelum bersalin. Kalau dah bersalin,takde maknanye nak baca majalah ke,novel ke...masa tu dah seronok sangat tengok muka baby sendiri. Kalau ibu yang baru 1st time dapat baby, mesti tengah kekok macam mana nak uruskan baby)
  • Handphone dan charger
  • Pengikat atau klip rambut dan tudung kepala (jika nak)
  • Minyak pilis Anugerah
  • VCO (Virgin Coconut Oil)
  • Plastik baju kotor
Checklist untuk baby:

  • Baju baby -2-3 pasang
  • Barut 2-3 helai untuk elakkan perut baby masuk angin
  • Lampin pakai buang - cukup bawak yang pek mini
  • Bedung 2-3 helai atau selimut kecil. 
  • Mitten & Booties
  • Topi Baby
  • Tuala Baby/Hooded Towel
  • Wet Tissue
  • Minyak Telon
  • Toileteries-Travel Kit (biasanya, hospital ada sediakan alatan mandian mereka sendiri)
    Barang-barang untuk ibu, aku masukkan dalam satu beg. Barang baby, aku masukkan dalam beg khas untuk baby. Lepas tu, aku sediakan satu beg kertas khas untuk letak sepasang baju baby. sepasang mitten&booties,1 lampin pakai buang, 1 helai kain bedung, 1 helai barut.Beg kertas ni aku bawak masuk dalam labor room. Aku jugak sediakan 1 bakul untuk letak termos,botol air masak, mug air, facial tisu,VCO & makanan ringan.



    Barang-barang yang telah dipacking, simpan di tempat yang mudah untuk diambil. Kalau balik kampung ke, pergi bercuti ke, bawak sekali. Kalau pergi kerja, tapi malas nak bawak barang-barang ni, make sure kita beritahu suami kat mana kita letak beg2 ni supaya senang husband kita ambik dan bawa ke hospital. Masa dalam wad, aku akan minum VCO.Sebab tu kandungan ketiga aku ni, contraction aku cepat dan kerap.Masuk labor room pukul 8.30 pagi, pukul 10.10 pagi dah selamat bersalin. Akhir sekali, amalkan berselawat dan baca doa nabi Yunus. Semoga allah permudahkan kelahiran bayi kita. Insyaallah.

p/s: jangan lupa mandi wiladah selepas bersalin.