Bakal-bakal ibu,terutamanya yang akan melahirkan baby sulung, mesti teruja nak sediakan kelengkapan baby.Baju-baju baby, katil baby,stroller dan sebagainyalah. Tapi, ada satu benda yang penting yang ibu-ibu kena sediakan dari seawal usia kandungan 7 bulan lagi iaitu beg ibu dan baby untuk ke hospital. Bagi aku, kedua-dua beg ni kena disediakan sejak usia kandungan 7 bulan lagi. Bukan apa, mana le taukan, kot-kot 'terbersalin awal' ke....Ok, kat sini ,aku senaraikan apa barang keperluan ibu dan baby yang perlu dibawa ke hospital
PENTING!!!
- Buku pink/Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung
- Kad pengenalan
- GL(Guarantee Letter - sekiranya ibu kerja gomen)
- Sebarang dokumen yang diperlukan untuk memohon cuti bersalin - (perlukan tandatangan doktor selepas bersalin)
Checklist untuk mama:
- Baju kemeja berbutang supaya mudah untuk menyusukan bayi atau nursing t-shirt/blouse
- Stoking
- Kain batik untuk mudahkan pergerakan di wad.Bila nak discaj dari wad, boleh le pakai skirt labuh (aku tak suka pakai kain batik)
- Set kelengkapan mandian ibu.
- Selipar untuk kegunaan di wad. Pastikan tapak selipar tak licin takut tergelincir.
- Maternity Pad
- Seluar dalam jenis kain kapas/Disposable Panties
- Nursing Bra
- Tuala
- Sweater/Cardigan
- Biskut/Roti/Milo/Susu /Kudapan (Bawak sekadar perlu je,mana le tau kot-kot lapar kalau duduk dalam wad)
- Majalah/novel (kot2 boring duduk dalam wad sebelum bersalin. Kalau dah bersalin,takde maknanye nak baca majalah ke,novel ke...masa tu dah seronok sangat tengok muka baby sendiri. Kalau ibu yang baru 1st time dapat baby, mesti tengah kekok macam mana nak uruskan baby)
- Handphone dan charger
- Pengikat atau klip rambut dan tudung kepala (jika nak)
- Minyak pilis Anugerah
- VCO (Virgin Coconut Oil)
- Plastik baju kotor
- Baju baby -2-3 pasang
- Barut 2-3 helai untuk elakkan perut baby masuk angin
- Lampin pakai buang - cukup bawak yang pek mini
- Bedung 2-3 helai atau selimut kecil.
- Mitten & Booties
- Topi Baby
- Tuala Baby/Hooded Towel
- Wet Tissue
- Minyak Telon
- Toileteries-Travel Kit (biasanya, hospital ada sediakan alatan mandian mereka sendiri)
Barang-barang untuk ibu, aku masukkan dalam satu beg. Barang baby, aku masukkan dalam beg khas untuk baby. Lepas tu, aku sediakan satu beg kertas khas untuk letak sepasang baju baby. sepasang mitten&booties,1 lampin pakai buang, 1 helai kain bedung, 1 helai barut.Beg kertas ni aku bawak masuk dalam labor room. Aku jugak sediakan 1 bakul untuk letak termos,botol air masak, mug air, facial tisu,VCO & makanan ringan.
Barang-barang yang telah dipacking, simpan di tempat yang mudah untuk diambil. Kalau balik kampung ke, pergi bercuti ke, bawak sekali. Kalau pergi kerja, tapi malas nak bawak barang-barang ni, make sure kita beritahu suami kat mana kita letak beg2 ni supaya senang husband kita ambik dan bawa ke hospital. Masa dalam wad, aku akan minum VCO.Sebab tu kandungan ketiga aku ni, contraction aku cepat dan kerap.Masuk labor room pukul 8.30 pagi, pukul 10.10 pagi dah selamat bersalin. Akhir sekali, amalkan berselawat dan baca doa nabi Yunus. Semoga allah permudahkan kelahiran bayi kita. Insyaallah.
p/s: jangan lupa mandi wiladah selepas bersalin.
No comments:
Post a Comment