Assalamualaikum dear...
Lumrah...orang melayu mengamalkan berpantang selepas bersalin. Kalau orang dulu2, berpantang selepas bersalin ni amat ketat.Kena makan jamu, ubat periuk,berbengkung,mandi air daun-daunan,bertangas,bertungku dan macam-macam lagi.
Masa bersalinkan Irfan, aku guna set bersalin lengkap Amway. Tapi, aku tak guna semua barang yang ada kat dalam tu. Tak serasi.
Bila bersalinkan Ilman pulak, aku guna set bersalin lengkap Nona Roguy. Pil Phytonatal dia memang best. Ilman tak kena jaundis pun dan aku tak sembelit. Set Nona Roguy ni, aku tak boleh pakai krim herbaneka barut dia. Kulit perut aku gatal-gatal dan timbul biji-biji merah berair.Gatal sangat. So, aku pakai kapur&limau nipis je sapu kat perut sebelum berbengkung.
Bila mengandungkan Imtiyaz ni, pengalaman pun dah banyak, so aku decide nak beli barang penjagaan selepas bersalin ni secara loose item. Untuk jamu, aku beli Pil Phytonatal Nona Roguy dan teh Akar Herbanika sebagai pengganti ubat periuk.Bersalin kali ni, aku berpantang sendiri kat rumah sebab Irfan & Ilman dah sekolah.So, aku kena beli barang-barang penjagaan selepas bersalin yang mudah dan senang digunakan. Aku guna bengkung Mak Bidan keluaran Dunia Herbs.Aku juga beli Body Contour Gel Leesa Formula untuk disapu pada perut dan punggung sebelum berbengkung. Ginger Cream Leesa Formula pula aku sapu pada anggota badan yang lain sebagai pengganti param. Aku tak guna serbuk pilis & param sebab aku berpantang sendiri kat rumah, so aku tak nak rumah aku berhabuk dengan serbuk2 tu. Nanti sapelah yang nak sapu sampah tiap-tiap hari kan. Sebagai pengganti serbuk pilis, aku beli Minyak Pilis Anugerah. Untuk miss v, aku guna Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah. Aku bertungku guna Tungku Herba Batu Lava Anugerah.
Tiap-tiap hari selama 20 hari, aku mandi guna uncang mandian herba yang aku beli dengan kawan lama aku melalui fb.Pagi-pagi En.Hubby rebuskan sebelum pergi kerja dan letak siap2 dalam baldi kat dalam bilik air. Bila aku nak mandi, aku campurkan lagi dengan air panas dari water heater.Memang menyegarkan bila mandi guna uncang mandian herba ni.
Itu ajelah amalan berpantang aku kali ni. Dah anak yang ketiga kan, so dah boleh jaga diri sendiri. Dah pandai nak uruskan baby, so takde masalah untuk berpantang sendiri kat rumah.Ok le,semoga entry ni boleh menjadi panduan untuk semua ibu-ibu yang akan bersalin dan berpantang tak lama lagi. Sekian.
No comments:
Post a Comment