Search This Blog

Wednesday, 30 May 2012

Bayu Beach Resort Part 2

         Hari kedua di BBR,dimulakan dengan bersarapan. Sarapan kat sini ok. Sambil makan,boleh tgk budak2 mandi manda di kolam. Sarapan sambil ditiup angin sepoi2 bahasa dari pantai yang bersebelahan je dgn coffe house. Tenang je.

Dah ready nak g jalan2....

         Lepas sarapan, hajat dihati nak g santai2 kat teluk kemang.Sebelum tu, g survey jalan nak ke Grand Lexis.Mana le tau,kalau ada rezeki lebih, boleh le honeymoon kat sini nanti. Sambil survey jalan,kitorang cari farmasi. Nak beli ubat demam utk Ilman. Lastly, jumpa gak farmasi.
Ni le Farmasinye.....
           Lepas jumpa Glory Beach Resort & Grand Lexis, kitorang patah balik ke Teluk Kemang pulak. disebabkan hujan ,hajat nak jalan2 kat Teluk Kemang pun dibatalkan. Terus je survey jalan cari Tiara Beach Resort & PNB Ilham pulak. Jauh gak. Kat hujung dunia rupanya Tiara Beach Resort ni. Bila dah jumpa tempat2 tu, singgah jugak le kat Teluk Kemang. Tp x boleh turun pun sbb hujan & anak2 pun tido.  On the way balik ke BBR, lalu le depan gerai Nasi Kukus Ayam Bakar. Macam sedap je kan. So, lunch kitorang ari tu, makan nasi kukus ayam bakar je.

Irfan menikmati nasi kukus ayam bakar yang sgt sedap

            Lepas lunch & solat Zuhur, kitorang rehat2 dulu. Ilman & En. Hubby tido. Aku & Irfan tgk TV. Pukul 5, baru le siap2  nak turun mandi kolam. Lepas mandi kolam, sambung mandi laut pulak. Kat sini, Ilman memang suka sgt main air laut berbanding main air kolam. Agaknye dia suka main ombak kot. Irfan mcm biasa le. Dgn dunia dia sendiri. Main pasir & kadang2 dia masuk jugak main air laut.















        Malam,lepas maghrib, kami keluar lagi cari makan. Kali ni makan kat restoran semalam jugak.Menu malam ni, nasi paprik,nasi pattaya, telur dadar & sotong goreng tepung. Tiba2 Irfan x nak makan. Dia kata dia sakit perut. Lepas makan, En. Hubby bawak Irfan g klinik. Doktor ckp perut dia masuk angin. Dr. bagi ubat buang angin. Tu le....Irfan ni, memang susah nak makan. Time makan dia tak sama dgn time mkn kita. Sbb tu le masuk angin. Irfan....Irfan.....alahai.....




Tuesday, 29 May 2012

Bayu Beach Resort Part 1

               Cuti sekolah pertengahan tahun dah pun bermula.Seperti biasa,dah penat2 keje 1/2 tahun,aku amik peluang cuti ni,pergi merehatkan diri. Destinasi pilihan aku dan En. Hubby kali ni di Bayu Beach Resort Port Dickson. Kitorang amik apartment 2 bilik.Not bad le Bayu Beach Resort ni. Selesa le utk family aku berempat.    Aku bertolak dari JB pada 29/5. Lepas bawak anak2 jumpa my MIL&FIL,aku pun terus menuju ke PD.Sebenarnye,aku x penah pegi PD.Masa kecik2 dulu penah le pegi.So, kali ni, kitorang gamble lagi ke PD pulak.Kalau sebelum ni kitorg gamble je masa nak Gambang dulu.
               On the way ke PD, aku berhenti makan kat OBR Air Keroh.Lunch kat A&W sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke PD. Akhirnye , sampai jugak kami ke Bayu Beach Resort.Lepas check in,terus naik ke bilik. Dapat bilik mengadap laut. Apartment yg kami sewa selama 3H2M ni, ada 2 bilik.Bilik pertama ada satu double bed,bilik kedua ada 2 single bed.Ada meja makan,pantry,dan ruang menonton tv.Cuma yang tak bestnye,kat sini xde astro. Nasib baik line celcom broadband kat sini ok.
                Bila nampak laut je,rasa x sabar2 nak main pasir&mandi laut. So,lepas solat asar,aku&family terus g bersantai dan bercanda di tepi pantai. Pantainye cantik dan bersih. Seronok sangat walaupun x mandi laut(just main-main ombak kecil di gigi pantai), tapi rasa seronok sgt.Balik dari pantai,Irfan&Ilman sambung main air dalam bath tub pulak sampai gigil2 Ilman. Lepas mandi,Irfan cakap dia lapo.So,terpaksa le dia makan megi dulu.Ilman pulak makan bubur nasi segera.Tp last,kitorang yg abiskan.huhuhu.....
                Malamnye,ikut En. Hubby keluar cari makanan. Mula2 ingat nak beli makanan kat R&R Sri Bayu yg terletak berdepan je dgn BBR ni,tapi bila jalan2 sepanjang Jalan Pantai Port DIckson ni, nampak pulak gerai2 jual pelampung, souvenir & t-shirt. Terus singgah & beli souvenir kat situ. Sebenarnye sambil nak cari makan malam, aku nak cari farmasi . Nak beli ubat demam utk Ilman. Tapi x jumpa pulak.Dinner kami mlm ni,tapau nasi goreng USA&milo panas kat sebuah Restoran Tom Yam  di Jalan Pantai ni.(x ingat pulak nama kedai tu).Lepas makan,Ilman dah ngantuk. So,bwk dia tido kat bilik depan. Irfan & Ilman tido berdua.Aku & En. Hubby.......honeymoon le.....