Search This Blog

Wednesday, 30 May 2012

Bayu Beach Resort Part 2

         Hari kedua di BBR,dimulakan dengan bersarapan. Sarapan kat sini ok. Sambil makan,boleh tgk budak2 mandi manda di kolam. Sarapan sambil ditiup angin sepoi2 bahasa dari pantai yang bersebelahan je dgn coffe house. Tenang je.

Dah ready nak g jalan2....

         Lepas sarapan, hajat dihati nak g santai2 kat teluk kemang.Sebelum tu, g survey jalan nak ke Grand Lexis.Mana le tau,kalau ada rezeki lebih, boleh le honeymoon kat sini nanti. Sambil survey jalan,kitorang cari farmasi. Nak beli ubat demam utk Ilman. Lastly, jumpa gak farmasi.
Ni le Farmasinye.....
           Lepas jumpa Glory Beach Resort & Grand Lexis, kitorang patah balik ke Teluk Kemang pulak. disebabkan hujan ,hajat nak jalan2 kat Teluk Kemang pun dibatalkan. Terus je survey jalan cari Tiara Beach Resort & PNB Ilham pulak. Jauh gak. Kat hujung dunia rupanya Tiara Beach Resort ni. Bila dah jumpa tempat2 tu, singgah jugak le kat Teluk Kemang. Tp x boleh turun pun sbb hujan & anak2 pun tido.  On the way balik ke BBR, lalu le depan gerai Nasi Kukus Ayam Bakar. Macam sedap je kan. So, lunch kitorang ari tu, makan nasi kukus ayam bakar je.

Irfan menikmati nasi kukus ayam bakar yang sgt sedap

            Lepas lunch & solat Zuhur, kitorang rehat2 dulu. Ilman & En. Hubby tido. Aku & Irfan tgk TV. Pukul 5, baru le siap2  nak turun mandi kolam. Lepas mandi kolam, sambung mandi laut pulak. Kat sini, Ilman memang suka sgt main air laut berbanding main air kolam. Agaknye dia suka main ombak kot. Irfan mcm biasa le. Dgn dunia dia sendiri. Main pasir & kadang2 dia masuk jugak main air laut.















        Malam,lepas maghrib, kami keluar lagi cari makan. Kali ni makan kat restoran semalam jugak.Menu malam ni, nasi paprik,nasi pattaya, telur dadar & sotong goreng tepung. Tiba2 Irfan x nak makan. Dia kata dia sakit perut. Lepas makan, En. Hubby bawak Irfan g klinik. Doktor ckp perut dia masuk angin. Dr. bagi ubat buang angin. Tu le....Irfan ni, memang susah nak makan. Time makan dia tak sama dgn time mkn kita. Sbb tu le masuk angin. Irfan....Irfan.....alahai.....