Search This Blog

Thursday, 30 October 2014

Pilihan Diapers Untuk Si Manja

    Assalamualaikum dear....

    Hai mum-to-be semua. Dah buat pilihan nak beli diapers yang mana satu untuk si manja anda? Kat sini aku nak ceritakan pengalaman aku memilih diapers yang sesuai untuk ketiga-tiga orang hero aku ni.

    Masa anak sulung dulu, Irfan Najmi, aku beli Mamypoko newborn. Masa tu, hanya Mamypoko je ada jual yang newborn. Guna yang newborn ni bagus sebab dia ada ruang untuk tali pusat baby.Lagi satu,masa tu hanya Mamypoko je yang guna refastenable tape.


    Bila Irfan dah 6 bulan, aku tukar pakai Huggies Dry Comfort sebab masa ni huggies pun dah guna refastenable tape.Lagipun, huggies ni tahan lama. Kering je walaupun dah kencing banyak.Dan juga, lebih murah dari Mamypoko.


Kadang-kadang aku beli huggies Ultra untuk Irfan. Masa tu, Huggies Ultra warna purple.

    Bila Ilman lahir, aku masih lagi setia pada jenama Mamypoko & Huggies Dry Comfort. Sampai le satu tahap tu, Huggies tukar packaging. Huggies Dry Comfort tukar jadi Huggies Total Protection. Masa tu, kualiti Huggies Total Protection sangat mengecewakan. Kalau dulu pakai Huggies Dry Comfort aku sangat-sangat puas hati,tapi bila tukar jadi total protection,kualiti dia sama macam Huggies Dry je. Baru sekali kencing dah tembus. Tu masa dia baru-baru tukar le. Katanya sekarang ni dah ok.


    Bila dah tawar hati plus kecewa dengan Huggies, aku pun tukar pakai Drypers. Masa tu, Drypers baru je guna refastenable tape. Ok, puas hati guna Drypers ni.Harga pun mampu milik(macam nak beli rumah pulak).


    Untuk baby Imtiyaz ni, sebelum dia lahir, aku dah siap2 beli Mamypoko Newborn&Drypers Newborn.Nasib baik , bila dia lahir, Imtiyaz sesuai pakai kedua2 diapers ni. Sekarang ni, Imtiyaz dah pakai saiz S. Mamypoko pakai malam.Drypers pakai siang.Rasanya, tak lama lagi dah kena tukar saiz M untuk Drypers sebab Drypers ni kecik sikit saiz dia. Kalau Mamypoko, saiz S dia lebar.Mungkin lepas ni, nak cuba Huggies Total Protection pulak. Tengok review kat blog2 lain, diorang cakap Huggies Total Protection ok. Masa Ilman dulu, tak ok.Mungkin sebab ramai orang komplen, dia pun upgrade le kot.Takpe, nanti aku try test dulu.hehehe...So far, bagi aku,Mamypoko le yang terbaik.Mungkin bagi pengguna Cloth Diapers, mereka akan cakap CD lagi bagus. Aku memang tabik spring le pada ibu-ibu yang guna CD ni sebab diorang rajin.Aku tak rajin plus busy memanjang.So, terpaksa le guna lampin pakai buang je. Ok, sampai sini ajelah perkongsian pengalaman aku tentang diapers yang digunakan oleh ketiga2 hero aku ni. Yang no.4 nanti tak tau le pakai diapers apa pulak.Eh....no.4?no...no...no...tunggu Imtiyaz puas manja2 dulu le.

Ok,bye!