Search This Blog

Friday, 30 November 2012

Nasi Lemak Hijau

     Assalam.......
     Selamat pagi Jumaat.Dah lama tak update blog.Kalau sblm ni busy sbb kerja.Tapi sekarang dah cuti sekolah kan,tapi blog tak update jugak.Bukan apa,kena jaga SPM pulak & musim hujan.Line broadband pun x ok.Satu lagi sebab pergi bercuti je le....tu yg xde masa.
    Tentang holiday,nanti aku update kat next entry ye.Pagi ni aku breakfast nasi lemak & sambal udang.So,disebabkan semalam,ada member kat fb upload gambar nasi lemak hijau & aku pun terliur tgk nasi lemak dia,so ari ni aku buat pulak nasi lemak hijau.Thank you ye kak aya sbb bagi resepi. Cara nak buat nasi lemak hijau ni sama je dengan nasi lemak biasa cuma,kali ni daun pandan tu diblender dan dicampurkan dalam nasi.Kalau sblm ni,kita simpulkan saje daun pandan tu & campak je dalam nasi kan.....

Nasi Lemak Hijau
 Ok,jom kita semak resepi......

RESEPI NASI LEMAK HIJAU

3 cawan beras (aku campur beras umbrella dgn moghul basmathi)
4 1/2 cawan santan
sedikit halba
secubit garam
sebatang serai(aku x pakaipun sbb xde)
7 helai daun pandan (diblend dan diambil airnye)
sebiji bawang kecil dihiris
sedikit inci hijau(optional)

Cara Membuatnya:
1. Basuh beras
2.Masukkan santan & air pandan & inci
3.Taburkan garam dan halba
4.Masukkan serai dan bawang kecil
5.Masak dalam rice cooker
6.Kacau nasi bila dah nak hampir kering.

RESEPI SAMBAL UDANG

10 ekor udang harimau
5 sudu cili boh
Sebiji bawang besar-diblend
6 ulas bawang putih-diblend
Sedikit air asam jawa
Sebiji bawang besar di hiris bulat

Cara Membuatnya:
1.Blend bawang besar,bawang putih & cili boh
2. Tumiskan dalam kuali
3. Masukkan udang harimau yang telah dibersihkan.
4. Letak garam & gula secukupnya
5. Masukkan air asam jawa
6.Setelah hampir kering,masukkan bawang besar yang dipotong bulat
7.Biarkan kering dan siap dimasak.

Ok,simple je kan resepi aku. Cuba le try.Insyaallah sedap.....


Thursday, 29 November 2012

Jalan-jalan ke legoland - Part 2

      Sambung entry yg lepas......dah malas nak cerita....
      layan gambar je le.....

      Ni antara bangunan2 mini yg ada kat Miniland






Ada surau.....








ni le brg paling murah dlm kedai ni....





Lunch di Briyani Restaurant-Medini Mall


Assalam…..

Ni nak sambung cerita pasal pegi legoland hari tu. Lepas jalan2 dalam legoland tu,kami makan tengahari kat Briyani Restaurant kat Medini Mall.Kat luar Legoland je tu. Mula2 ingat nak makan fast food tapi Irfan lapar nasi pulak.So,kitorang decide makan nasi beriyani je le….

kelaparan.....tunggu order sampai....makan snek dulu.....

jus tembikai ni,aku punye.....

Beriani Chicken Masala

Beriani Grilled Chicken



Mi Rojak.....Sedap!!!











Jalan-jalan ke Legoland-Part 1

     Assalam......
     Dah pergi Legoland? Semua orang tengah sibuk cakap pasal Legoland.Ye lah....baru bukak kan....kat Malaysia pulak tu.Dan yg paling penting.....kat Johor Bahru tu......
Mula2 tak excited sgt pun sbb anak2 aku kecik lagi.Tapi,bila dah semua org cakap pasal Legoland,hati ni pun menggedik le nak pergi jugak.So,aku pun google le pasal Legoland ni.Segala info pasal Legoland ni,boleh le klik kat SINI

      Aku & family pergi legoland ni 24 Nov yg lepas. Masa tu dah nak cuti raya haji dah. Pergi berempat je.Dari rumah aku ke Legoland ambil masa 15 minit je. Tiket dah beli awal dah dgn member.Sebelum ni,member aku ada buat rombongan ke Legoland utk budak2 sekolah aku.So,dpt le beli tiket dewasa RM100,kanak2 RM75.Ilman free sbb baru 2 tahun lebih. Sampai2 je,orang dah ramai.Tu kitorang keluar awal tu.Ingatkan pergi time hari kerja ni tak ramai,rupanye ramai gak.Macam2 orang ada.Orang Indon ada,Filipino ada,orang Thai ada,org putih ada & yg paling ramai.....org S'pore ler.....
Disebabkan kitorang dah ada tiket,so,x payah beratur.Terus je masuk.

     Seronok jalan2 dlm Legoland ni.Tapi byk permainan yg aku tak main sbb susah le bawak si kecik Ilman ni. Dia x nak jalan,asyik nak berdukung je.Pulak tu,tak nak ayah dia yang dukung. Nak mama jugak. Mak oii.....pengsan le mama.Sewa stoller pun,dia x nak naik.Rugi tu sewa,sampai RM20 sebijik.Last2,Irfan yg naik.Untung le Irfan.....mama le yang penat......