Hari ni,malas sgt nak masak.Masih lagi dalam mood holiday kot.En.Hubby tanya,nak makan kat luar ke?Macam malas pulak nak keluar sbb masih penat lagi.Baru balik dari bercuti di Port Klang & Muar.
Emmmm....pikir punye pikir,rasanye nak masak telur bungkus & ikan goreng je le.
Telur bungkus & ikan unga goreng ku (tak cantik tapi sedap gak) |
Ok, ni resepi telur bungkus.Main campak2 je ni sebenarnye.Jadik le jugak.....
RESEPI TELUR BUNGKUS SIMPLE
2 biji telur
Isi ayam secukupnye(dipotong dadu)
Carrot(dipotong dadu)(boleh tambah kobis bunga,putik jagung&brokoli)
1 biji Cili merah dihiris(boleh guna lada benggala)
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Garam secukupnye
Separuh kiub ayam
Daun sup dihiris
Tepung jagung
Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih,bawang merah(dua2 ditumbuk halus) dgn cili hiris.
2. Masukkan air sedikit
3. Masukkan sos tiram dan sos cili
4. Masukkan kiub ayam & garam
5. Masukkan ayam dan carrot.Tunggu sampai ayam empuk.
6.Setelah ayam empuk,masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dgn sedikit air untuk
memekatkan kuah.
7. Taburkan daun sup dan ketepikan.
8. Dadarkan telur dalam kuali besar.(seeloknye guna kuali bertangkai untuk memudahkan terbalikkan telur
dalam pinggan nanti)
9. Masukkan kuah yang telah siap tadi di tengah2 telur.
10.Bungkuskan kuah dengan telur.
11.Letakkan pinggan pada permukaan kuali dan terbalikkan .Siap untuk dihidang.
Selamat Mencuba!