Search This Blog

Thursday 3 December 2015

Resepi Roti Puri

    Assalamualaikum dear...

    Sekarang ni dah mula musim hujan. Bila cuti sekolah akhir tahun, ada le musim hujan.Bila musim hujan, ada le cuti sekolah akhir tahun. Eh...

    Musim cuti sekolah adalah musim perut anak-anak sentiasa lapar.Ditambah pulak dengan suhu sejuk musim hujan.Lapar memanjang je perut masing-masing. Mak-mak yang kat rumah pun ligat je otak berfikir nak masak apa. Termasuklah aku. Antara salah satu menu kudapan petang yang menjadi kegemaran anak-anak & En.Hubby ialah roti puri.Bila tanya diorang nak churos ke nak roti puri, diorang akan pilih roti puri.

    Buat roti puri ni sangat2 senang.Dah le sedap, senang pulak tu.Memang rajin le aku nak buat selalu.Nak pulak bila kita buat, cepat habis.Lagi le seronok nak membuatnya.Jom kita tengok resepi...

RESEPI ROTI PURI

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum*
1 sdt yis kering*
1 sdt gula*
3 sdb minyak masak*
1/2 sdt garam*
3/4 cawan air panas mendidih

Cara membuatnya:
1. Satukan semua bahan yang bertanda *
2. Gaul sampai berderai
3. Masukkan air panas dan uli selama 3-5 minit
4. Bulat-bulatkan sebesar bola ping pong


 5. Peram selama 30 minit dalam bekas bertutup
6. Panaskan minyak masak atas api sederhana perlahan
7. Gelekkan doh tadi hingga nipis dan goreng satu-satu dalam minyak panas
8.Siram2kan minyak atas roti puri hingga kembung


9. Dah siap, angkat dan toskan. 
10. Ulang doh yang lain pula

Roti puri yang dah siap. Sedap makan cicah dengan kari.Tapi anak-anak aku makan gitu je...


**goreng roti puri dalam minyak yang banyak. Kalau minyak sikit, susah nak siramkan minyak atas puri.Nanti puri tak mengelembung cantik.

Ok, Selamat Mencuba.

Wednesday 25 November 2015

MASAK LEMAK UDANG PUCUK PAKU

Assalamualaikum dear...

Hari ni nak bagi resepi lauk favourite aku. Suka sangat makan lauk ni. Tapi kadang-kadang je masak sebab malas nak pergi cari sayur pucuk paku ni. Biasanye kalau pergi pasar tani baru le dapat beli. Pucuk paku ni masak lemak campur dengan udang besar, lepas tu goreng ikan kembung. Perrgghh...sedapnye. Terliur dah ni.Jom le kita tengok resepinya.Resepi campak-campak je. Sukatan pandai-pandai le ye...

RESEPI MASAK LEMAK UDANG PUCUK PAKU

Bahan-bahannya:

Pucuk paku secukupnya
Udang besar secukupnya
Cili hijau
Cili padi(kalau nak pedas)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kunyit/serbuk kunyit
Santan secukupnya

Cara membuatnya:


    Tumbuk cili hijau, cili padi, bawang besar, bawang putih, kunyit dan halia sampai lumat


    Siang udang, buang tali hitam kat belakang badan udang


    Siang pucuk paku


    Masukkan bahan yang ditumbuk bersama-sama santan. Masak atas api sederhana. Bubuh garam         secukup rasa. Bila dah mendidih masukkan udang diikuti sayur pucuk paku. Kacau selalu supaya       tidak pecah santan. Agak-agak udang dah masak, tutup api.

    Dah Siap. Selamat mencuba!


Wednesday 18 November 2015

Apam Coklat

    Assalamualaikum dear...

    Sesi persekolahan 2015 dah sampai ke penghujungnya. Ada pelajar yang telah dicutikan awal kerana kelas-kelas mereka terlibat dengan peperiksaan SPM. Ada sekolah yang hari terakhir sekolah mereka akan buat jamuan kelas. Termasuklah sekolah Irfan.

    Esok, kelas Irfan akan buat jamuan akhir tahun. Mama pun dengan berbesar hati, mencemar duli buatkan le apam coklat kegemaran Irfan untuk dia share dengan kawan-kawan dia. Dah lama sebenarnye Irfan request nak apam coklat, baru hari ni le mama dapat buatkan.Hehe...kesian Irfan. Lama tunggu nak makan apam coklat. Bukan lama pun nak buat apam tu sebenarnya. 30 minit dah siap.

Kali ni guna alat pengukus elektrik ni. Lagi senang...


Cantik je kejadian apam ni bila pakai alat pengukus elektrik

    Ok, sesiapa yang nak resepi, boleh ambik resepi DI SINI

    Selamat Mencuba!

Tuesday 28 July 2015

Imtiyaz Turns 1

    Assalamualaikum...

    Hari ni secara officiallynya...Imtiyaz genap setahun. Kalau ikut tarikh islam, 1 syawal hari tu dah cukup setahun dah. Kejap je dah besar baby mama.So, mama tempah kek simple2 je dan celebrate dengan family je kat rumah. Mama jemput family Pak Long sekali dari Kulai untuk celebrate birthday Imtiyaz Fitri. Sepatutnya kek tema mickey mouse macam kek abang ngah tapi edible image mickey mouse dah habis pulak.Tinggal spongebob je. Spongebob pun boleh le...





Alamak...birthday boy nangis pulak.Ngantuk nak tido.

    Happy birthday sayang busyuk masyam mama. Semoga menjadi anak yang soleh, hormat orang tua dan berjaya dunia serta akhirat. Aamiin...


Friday 24 April 2015

Puding Triffle

    Assalamualaikum dear....

    Rasanya dah lama tak kongsi resepi kat sini. Baru-baru ni, ada akak satu tempat kerja bawak Puding Triffle. Serius...aku memang tak pernah makan Puding Triffle. Kesian kan.....usia dah nak masuk kategori MIDI pun aku tak pernah makan Puding Triffle. Sebelum ni asyik dengar orang cerita je pasal puding ni. Rupanye memang sedap!

   So, aku jalan-jalan le ke blog orang lain cari resepi. Jumpa resepi step by step dekat blog neenaanuar . Rupanye, senang je buat puding ni. Jom kita tengok resepi...



RESEPI PUDING TRIFFLE




















Bahan-bahannya:

Swiss Roll Kek
1 kotak Crystal Jelly
3 sudu tepung kastard
2 sudu gula
1 tin susu cair
1 tin air
1 tin fruits cocktail

Step 1




1. potong kek dan susun dalam bekas caserol/loyang/gelas(padat2kan kek supaya takde ruang antara kek)

Step 2





















1. Bancuh 3 sudu penuh kastard dengan 1 tin susu cair dan 1 tin air.Masukkan gula sekali.Kacau sampai sebati dan tak berketul2.
2. Masak atas api sederhana sampai pekat.
3. Tuangkan atas kek dan ratakan.
4. Taburkan buah-buahan campuran atau susun buah peach atas kastard

Step 3





















1. Campurkan 400ml air dengan sepeket serbuk Crystal Jelly.
2. Masak sampai serbuk hancur.
3. Tuang atas adunan kastard tadi.
4. Biarkan sejuk sekejap dan masukkan dalam peti ais.

Dah siap.Sedap di makan sejuk-sejuk.

SELAMAT MENCUBA !



Thursday 26 February 2015

Happy 5th Birthday Ilman Najwan!

    Assalamualaikum dear...

    Semalam, genap 5 tahun umur putera kedua aku.Ilman najwan Bin Nur Firdaus. Kalau tahun lepas, aku tempah kek Pocoyo  dengan Kak Leen Loyang Kuih. Tapi, tahun ni, aku tempah kek tema Mickey Mouse dengan kawan En. Hubby. Aku tempah sekali donut coklat untuk santapan kawan-kawan Ilman di Tadika Myzara.

    Tahun ni, Ilman celebrate besday dia kat sekolah. Suka sangat dia. Jom kita layan gambar-gambar happy Ilman.




Muka happy sangat!


    Cantik kek Ilman. Rainbow kek sebenarnya. Aku pun tak rasa kek tu tapi teacher Ilman cakap sedap.Kawan-kawan Ilman semua makan bertambah. Alhamdulillah...
Seronok tengok Ilman happy. Semoga Ilman jadi anak yang soleh, bijak,mendengar kata dan berjaya dunia akhirat.Aamiin!

    Seminggu sebelum besday Ilman, aku dah celebrate awal dah besday dia kat Kluang. Masa tu cuti tahun baru cina dan semua sepupu2 dia balik Kluang. Kiranya tahun ni Ilman celebrate  besday dia 2 kali. Untung le....







    Ilman Najwan bin Nur Firdaus, mama, ayah, along & baby saaaayaaaang Ilman !



Friday 30 January 2015

Lawatan Benchmarking Ke Melaka

    Assalamualaikum...

    Cikgu Julie pergi lawatan ke Melaka. Jom layan gambar

Kursus katanya

Menginap

Jalan-jalan di Jonker Walk


Makan cendol

Sambil makan cendol sambil cuci mata tengok kereta lalu lalang depan bangunan merah ni



    Sikit je gambar. Malas nak masukkan gambar lain.

   Sekian,terima kasih.

Sunday 25 January 2015

Resepi Aglio Olio

    Assalamualaikum dear...

    Dah lama tak update resepi.Dah lama dapur tak berasap sebenarnye.Masuk tahun baru ni, mood nak masak agak lembap nak datang. Semalam,tetiba je rasa nak makan Aglio Olio. En.Hubby tanya nak beli apa kat pasar malam? Terus jawab tak nak apa-apa.Just suruh dia beli bahan-bahan nak buat Aglio Olio je. So, makan malam kitorang semalam, Aglio Olio yang dimasak dengan penuh kasih sayang sebab mood memasak aku dah datang balik. Jom, kita belek-belek resepi.




RESEPI AGLIO OLIO

1 peket sphagetti
1 biji bawang holland-potong dadu
2 ulas bawang putih -potong dadu
1 biji capsicum merah, hijau & kuning
4 cendawan shitake
1 sudu besar serbuk lada hitam (kasar)
Olive oil untuk menumis
Udang - rebus dulu
Sotong -potong bulat
Parsley kering
Chili Flakes

Cara Membuatnya:

1. Rebus sphagetti bersama secubit garam.Bila dah masak, toskan dan gaulkan dgn sedikit olive oil
2. Panaskan olive oil,tumis bawang putih, bawang holland,& capsicum sampai layu.
3. Masukkan air rebusan udang.
4. Masukkan sotong dan cendawan
5. Masukkan garam & serbuk lada hitam
6. Masukkan udang
7. Masukkan sphagetti dan gaul rata
8. Tabur parsley kering dan chili flakes
9. Siap untuk dimakan.

Selamat Mencuba!