Assalam dear......
Sekarang ni dah ada kat Kluang.
Sepanjang perjalanan dari JB ke Kluang semalam,hujan je. kejap lebat,kejap renyai2. Sampai Kluang,terus check rumah mak&abah.Takde apa2.Semua ok.Lepas tu start enjin kereta abah. Sapu sampah kat dalam rumah.Lepas tu masak untuk lunch. Lepas lunch,rehat2 sekejap.
Lepas Asar,kami keluar kejap. Konon2 nye nak jalan2 kat Kluang Mall. Ingatkan hari bekerja,tak ramai orang le kat Kluang Mall.Rupanye kami silap.Ramainya orang kat sini. Nak parking pun susah. Orang Cina le yang paling ramai.Ye le, mereka masih lagi bercuti sempena tahun baru cina kan. Lepas ronda2,kami pun keluar dari Kluang Mall. Terus pergi cari makan. Singgah di kedai makan Bumbung Hijau.Tapau makanan untuk makan malam.Lepas tu,terus balik rumah.
Pagi ni, masih lagi hujan.Sejuk je.Sedap je tari selimut pagi tadi.Dah tengah hari baru cerah. Bersiap2 nak balik JB pulak lepas solat Jumaat nanti. Emm....boring kan bila balik Kluang , mak & abah takde......
Search This Blog
Friday, 15 February 2013
Wednesday, 13 February 2013
The Little Big Club,Puteri Harbour, Nusajaya
Assalam dear…..
Happy Chinese New
Year…..
Cuti panjang kali
ni. Seminggu. Tapi tak g bercuti jauh-jauh pun sebab En.Hubby tak suka g jalan2
time cuti raya cina ni.Highway jem katanye.R&R pun penuh. Nak makan kena
rebut2 tempat duduk. Kalau berhenti kat
OBR pulak, nak makan KFC pun kena beratur panjang, Nak balik Kluang pun x best
sbb mak&abah g umrah. Kalau ada pun,nak balik masa 14/2 nanti sbb nak
jenguk2 rumah mak & nak kemas rumah.
So,disebabkan tak
g bercuti jauh2,hari ni kami decide nak bawak Irfan & Ilman jalan2 pegi The littleBig Club kat Puteri Harbour je. Dah alang2 kat Johor ni ada Indoor Family Theme
Park kan,bawak je le bebudak 2 orang ni g
sini.Best jugak le Little Big Club tapi sikit sangat permainan dia.Pusing2
tingkat 2 dan 3,dah habis main.Kejap je.Tapi berbaloi jugak le sbb kat sini
semua Ilman boleh main kecuali main kereta yg langgar2 tu ntah apa ntah nama
dia,lupa pulak.
Kat sini jugak ada
Sanrio Hello Kitty Town tapi aku tak pegi pun sbb rasanye sesuai untuk gegirl
je.Teringin gak nak masuk tapi takut Irfan malu pulak masuk Hello Kitty Town
ni.Takpe le,nanti tunggu anak sedare kecik aku Amanda datang JB.Kot2 dia ada
nak pegi sini,boleh le aku follow.Ok le….jom layan gambo …..
gambar ni....amik dari En. Google |
Thomas & Friends |
Pingu |
fridge magnet Lat,Pingu & DVD Pingu.......semua sekali RM 50++ |
Subscribe to:
Posts (Atom)