Search This Blog

Wednesday, 22 October 2014

Cake Diapers - D.I.Y

    Assalamualaikum dear...


    Hari ni nak tunjukkan cara buat cake diapers. Aku buat cake diapers ni untuk dihadiahkan kepada pakcik aku sempena kelahiran putera sulung dia, Muhammad Rayyan Bin Shahrulnajat. Aku buat yang simple2 aje.Jom kita tengok,macam mana aku buat cake diapers step by step.


Sediakan alas kek

Gulung 8 keping pampers.Aku guna huggies saiz S.

Sediakan rompers, bib , blanket, stoking, sapu tangan & mitten.

Rompers letak atas pampers. Sediakan kad manila dan bungkuskan dengan blanket.
Sarungkan kad manila yang dibaluti blanket pada diapers tadi.

Letakkan bibs
Susunkan sapu tangan & mitten.Stoking aku letak atas sapu tangan.

Ok, dah siap!

    Untuk buat cake diapers ni kena banyak guna jarum peniti. Boleh jugak letak ribbon.Dah siap boleh masuk dalam kotak. Kalau tak muat, bungkuskan je dengan kain net atau organza.Senangkan nak buat. Tak payah tempah pun. Terpulang pada kita nak letak apa pada cake diapers ni.

Buat macam ni pun cantik. Yang ni guna 3D stoking.

    Ok, selamat mencuba ye kawan-kawan. Bye!


Tuesday, 21 October 2014

Maternity Pad Pilihan Saya

    Assalamualaikum dear...

    Hari ni aku  nak kongsi pengalaman aku menggunakan maternity pad semasa berpantang. Masa berpantangkan Irfan, aku guna  Pureen maternity pad.Masa tu , pad ni baru je diperkenalkan.Nasib baik ada pureen maternity pad ni kalau tak,kena guna Kotex Maternity Loop yang pakai tali tu.



    Bila berpantangkan Ilman, aku guna sebungkus je Pureen Maternity(10 pcs) pad tu. Aku tanya akak aku, dia pakai pad apa kalau bersalin sebab pureen maternity pad ni cepat tembus kalau heavy flow.Akak aku suruh aku supaya gunakan pad Whispers. So, aku pun guna whisper heavy flow & overnight-wing. Pakai ni baru best. Rasa kering je.

    Bila berpantangkan Imtiyaz ni, aku memang dah tak beli dah Pureen Maternity Pad tu. Terus je pakai whisper. Bila dah tak heavy flow, aku pakai pad biasa jenama Intimate & Libresse. Selain pad Whisper, aku guna pad Laurier Super Guard.


    Pad ni pun bagus sebab permukaan dia macam cotton.Selesa je rasa walaupun heavy flow. Yang penting, ianya panjang dan boleh menghalang dari tembus.

     Baru-baru ni, masa aku pergi shopping barang dapur kat Tesco, aku terpandang le Intimate Maternity Pad.Tak tau le elok ke tak sebab aku tak pernah guna. Dah habis pantang baru jumpa. Bagi ibu-ibu yang baru nak merasa pengalaman berpantang, aku rasa tak payah le beli Pureen Maternity Pad. Ada satu jenis pad jenama Librese, dia extra long, yang ni pun bagus

.Ok,bye!