Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku menggunakan maternity pad semasa berpantang. Masa berpantangkan Irfan, aku guna Pureen maternity pad.Masa tu , pad ni baru je diperkenalkan.Nasib baik ada pureen maternity pad ni kalau tak,kena guna Kotex Maternity Loop yang pakai tali tu.
Bila berpantangkan Ilman, aku guna sebungkus je Pureen Maternity(10 pcs) pad tu. Aku tanya akak aku, dia pakai pad apa kalau bersalin sebab pureen maternity pad ni cepat tembus kalau heavy flow.Akak aku suruh aku supaya gunakan pad Whispers. So, aku pun guna whisper heavy flow & overnight-wing. Pakai ni baru best. Rasa kering je.
Bila berpantangkan Imtiyaz ni, aku memang dah tak beli dah Pureen Maternity Pad tu. Terus je pakai whisper. Bila dah tak heavy flow, aku pakai pad biasa jenama Intimate & Libresse. Selain pad Whisper, aku guna pad Laurier Super Guard.
Pad ni pun bagus sebab permukaan dia macam cotton.Selesa je rasa walaupun heavy flow. Yang penting, ianya panjang dan boleh menghalang dari tembus.
Baru-baru ni, masa aku pergi shopping barang dapur kat Tesco, aku terpandang le Intimate Maternity Pad.Tak tau le elok ke tak sebab aku tak pernah guna. Dah habis pantang baru jumpa. Bagi ibu-ibu yang baru nak merasa pengalaman berpantang, aku rasa tak payah le beli Pureen Maternity Pad. Ada satu jenis pad jenama Librese, dia extra long, yang ni pun bagus
.Ok,bye!
No comments:
Post a Comment