Assalam dear......
Sekarang ni dah ada kat Kluang.
Sepanjang perjalanan dari JB ke Kluang semalam,hujan je. kejap lebat,kejap renyai2. Sampai Kluang,terus check rumah mak&abah.Takde apa2.Semua ok.Lepas tu start enjin kereta abah. Sapu sampah kat dalam rumah.Lepas tu masak untuk lunch. Lepas lunch,rehat2 sekejap.
Lepas Asar,kami keluar kejap. Konon2 nye nak jalan2 kat Kluang Mall. Ingatkan hari bekerja,tak ramai orang le kat Kluang Mall.Rupanye kami silap.Ramainya orang kat sini. Nak parking pun susah. Orang Cina le yang paling ramai.Ye le, mereka masih lagi bercuti sempena tahun baru cina kan. Lepas ronda2,kami pun keluar dari Kluang Mall. Terus pergi cari makan. Singgah di kedai makan Bumbung Hijau.Tapau makanan untuk makan malam.Lepas tu,terus balik rumah.
Pagi ni, masih lagi hujan.Sejuk je.Sedap je tari selimut pagi tadi.Dah tengah hari baru cerah. Bersiap2 nak balik JB pulak lepas solat Jumaat nanti. Emm....boring kan bila balik Kluang , mak & abah takde......
No comments:
Post a Comment