Search This Blog

Sunday, 12 October 2014

Puding Jagung

    Assalamualaikum dear...

    Bulan puasa yang lepas,tiba-tiba dapat whatsapp dari BFF masa kat universiti dulu. Nak mintak resepi puding jagung. Tiba-tiba tekak aku rasa nak makan puding jagung pulak masa tu. Dah lama dah tak buat puding ni sebenarnya.Dah hampir 4 tahun.Nasib baik ada simpan lagi resepi tu.Memang rezeki Kak Yaya le dapat  resepi ni.Aku pulak, terus suruh En.Hubby beli bahan-bahan nak buat puding.Alhamdulillah, resepi aku masih menjadi.Berbuka hari tu, makan puding jagung. Dapat jugak le kongsi dengan jiran-jiran.

Buku resepi zaman sekolah



RESEPI PUDING JAGUNG

1 cawan tepung kastard
1 cawan gula
5 cawan santan
1/2 tin jagung tin(jenis krim)

Cara-cara Membuatnya:
1. Satukan kesemua bahan
2. Blender sampai sebati
3. Masakkan atas api yang sederhana
4. Kacau sampai puding masak & berkilat
5. Masukkan dalam acuan.
6. Sejukkan.

**Kalau suka rasa jagung sebijik2, jagung tak payah blender.Gaulkan sahaja dengan adunan puding.
**1 adunan ni dapat dalam 20 biji puding
**Aku guna cawan sukatan yang banyak jual di pasaran.


    Lepas buat puding ni masa bulan puasa,aku buat lagi untuk jamu kawan-kawan yang datang beraya & nak tengok baby Imtiyaz.Dalam pantang lagi masa tu.Huhu...nanti aku nak cerita le macam mana aku berpantang kali ni dalam entry yang lain.Kali ni, masukkan dalam bekas caserol je.Nak makan, potong kecik-kecik. Ok, selamat mencuba resepi mudah ni. 15 minit dah siap.

No comments:

Post a Comment