Search This Blog

Monday, 13 October 2014

Pengalaman Bersalin di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bahru

    Assalamualaikum dear....

    Hari ni nak berkongsi pengalaman bersalin di Hospital Sultanah Aminah. Ketiga-tiga orang anak aku dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah. Kebanyakan orang sekarang memilih untuk bersalin di hospital-hospital swasta. Ada yang berpendapat bersalin di hospital kerajaan akan mendapat layanan buruk dari doktor dan nurse-nurse. Ada yang memilih hospital swasta sebab nak doktor perempuan yang menyambut kelahiran babynye.

    Bagi aku, bersalin di mana-mana pun, sama sahaja. Tetap sakit.Ikut rezeki masing-masing.Kalau rezekinya mendapat layanan yang baik,alhamdulillah.Tiga kali bersalin di Hospital Sultanah Aminah, aku mendapat layanan yang baik dari nurse-nurse dan doktor-doktor. Bukan tak mampu nak bersalin di hospital swasta,tapi aku lebih suka gunakan duit yang sepatutnya digunakan untuk membayar bil hospital swasta untuk membeli barang kelengkapan baby & barang-barang lain.

    Bagi penjawat awam gred 41 ke atas, layak duduk di wad kelas 1. Setiap kali bersalin, aku tak perlu keluarkan satu sen pun. Semuanya percuma. Dapat duduk di kelas 1. 2 orang sebilik. Ada juga 4 orang sebilik. 1 bilik seorang pun ada.Bila nak bersalin pula, seorang pesakit, satu labor room.Tak kongsi dengan orang lain. Wad ada aircond.Labor room pun ada aircond.Alhamdulillah...rezeki anak-anak. Ok, mungkin ada orang kata, duduk kat wad kelas pertama memang le layanannye baik.Tapi aku pun pernah duduk kat wad kelas 3 sebab wad kelas pertama penuh masa bersalinkan Ilman. Memang layanannya kurang mesra macam kat wad kelas 1.Tapi aku berpendapat, nurse tak terlayan penghuni-penghuni di wad kelas 3 sebab terlalu ramai.Dan nurse pulak,tak ramai.Sebab tu le , macam tak layan je kan. So far, masa aku duduk wad 3 pun, aku dapat layanan yang baik dari nurse-nurse di situ.Aku ikut cakap mak aku....kalau kita layan orang baik,tak sombong, orang pun akan layan kita baik jugak.

    Bersalin kali ni, sempat le jugak aku snap beberapa keping gambar wad yang aku duduk selama 3 hari 2 malam di Wad Bersalin Kelas Satu,HSAJB.

Check in pukul 4.15 pagi 27 Julai 2014

Cantikkan baju pink tu...merangkap baju raya aku tahun ni...





Aku tak minum teh masa ni.Aku minum Milo 3 in 1 yang aku bawak sendiri. Yang hospital bagi tu, aku bawak balik le.

Sedap nasi minyak ni...

Kuah ayam tu sedap.Masak apa,aku pun tak tahu.Macam asam pedas.


     Antara makanan yang dihidangkan.Semua sedap.Sayur je tak sedap sebab aku tak suka sayur. Kalau sarapan, ada mihun goreng, mi goreng, roti.Minum petang pulak kadang2 kek marble,kadang2 roti.Nak mandi pun, ada disediakan water heater. Air panas & air suam untuk minum juga ada disediakan.

    Hospital Kerajaan memang menggalakkan penyusuan ibu secara eksklusif. Lepas bersalin, anak akan terus tidur dalam wad bersama-sama ibu supaya senang untuk ibu menyusukan baby.Masa nak bersalin, suami dibenarkan untuk temankan isteri bersalin.

Imtiyaz Fitri beberapa minit selepas dilahirkan .Lahir 28 Julai 2014,pukul 10.10 pagi secara normal.Berat 3kg,panjang 50cm.

En.Hubby azankan&iqamatkan Imtiyaz dalam labor room.
    Alhamdulillah,bersyukur sangat dengan kurniaan dari Allah di pagi syawal ni. Semoga Imtiyaz Fitri menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.





10 comments:

  1. Gred U29 pun layak duduk wad 1st class sis,actually bukan 41 keatas sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo...ye ke. thanks for the info nur izla!

      Delete
  2. Salam sy nk ty la, tp blh email pd sy nadz85_aries@yahoo.com sbb takut Xjumpa blk blog ni.huhu.. klu sy surirumahtangga dan suami keje swasta blh ke apply utk 1class ni. Sy bsalin awal ogos. Jd tgh tcari2 cara nk apply bsalin kt 1class.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.kalau tak silap saya, boleh Pn. AJ Aida sebab, masa saya bersalin hari tu, ramai yang bukan goverment servant tapi masuk 1st class.Cara nak apply saya tak tahu pulak mcm mana. Ada ibu berbangsa cina,satu bilik dengan saya.Suaminya kerja swasta. Dia pun dapat masuk 1st class.Ibu tu bersalin C-sect.Kalau tak silap, dia kena bayar dalam RM500++ je...

      Delete
  3. Salam..maaf nk btanya.. Mcmne nk gov servant nk apply first class utk bsalin dkt hsa ye? Kne booked dlu or terjah je nt time nk bsalin? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.tak payah booked.terjah je.yang penting bawak GL sekali.kalau ada kosong, dapat le masuk 1st class.kalau takde kosong, duduk 3rd class dulu,lps tu baru masuk 1st class. TQ.

      Delete
  4. Assalamualaikum..
    Nak tanya, u deliver dgn doctor sape ekk?

    ReplyDelete
  5. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete
  6. Tumpang iklan admin. Terima kasih.
    Urutan Tradisional Selepas Bersalin Di Rumah
    (Kawasan : Johor Bahru, Larkin, Tampoi, Pandan, Pasir Gudang)
    PERCUMA! BENGKUNG MODEN 3IN 1
    PAKEJ 3 HARI : RM400
    PAKEJ 5 HARI : RM650
    PAKEJ 7 HARI : RM900
    Pakej : Urutan, Param, Pilis, Tapel Perut, Tungku
    Urutan Tradisional Kesihatan juga.
    whatsapp: MELOR 016-7744127

    ReplyDelete