Dah lama tak update blog ni. Busy kerja & malas sebenarnya. Hari ni baru ada mood nak update blog walaupun kerja menimbun. Kerja kat rumah menimbun tambah dengan kerja-kerja sekolah pun yang menimbun.
Kali ni nak cerita pasal cuti sekolah bulan Mac yang lepas. Seawal bulan Februari lagi, aku & En. Hubby dah planning percutian kitorang. Nak bawak anak2 jalan2. Kebetulan sepupu aku kawin masa awal cuti sekolah tu nanti so kitorang dah book nak stay kat Hotel Seri Malaysia Melaka 22 Mac tu. Lepas kenduri kawin kat kampung, nak terus pergi ke Bukit Gambang Resort City.Percutian ke BGRC lagi le lama dah plan. Dari tahun lepas lagi sebab ni percutian family keluarga sebelah hubby.
Tapi....tu le...kita hanya merancang,tapi tuhan yang menentukan.Seminggu sebelum cuti sekolah tu,aku & Irfan kena sakit mata. Sakit mata kitorang ni teruk sampai bengkak-bengkak mata. Dah macam mata alien dah. Semua ni berpunca dari Ilman yang kena jangkitan sakit mata ni di Taska 2 minggu sebelum tu. Sakitnye, tuhan je le yang tahu. Dalam mata aku siap ada gelembung air dan bila kesat air mata yang keluar, siap berdarah lagi. Dekat 2 minggu baru baik sakit mata. Aku & Irfan MC seminggu. Campur dengan cuti sekolah seminggu,jadi le 2 minggu. En.Hubby pun kena jugak tapi sebelah mata je.Dia kena seminggu. So, cuti sekolah kali ni, semua rancangan percutian terpaksa dibatalkan. Sob...sob...sob...Kesian anak-anak.
Mata Irfan masa baru-baru kena sakit mata |
Seminggu selepas sakit mata, mata bertambah teruk |
Walaupun semua percutian dibatalkan, tapi sempat jugak le balik jenguk mak kat Kluang dengan pergi Legoland. Hehehe...dapat jugak le bawak Irfan& Ilman bercuti walaupun kat JB je. Next entry nanti nak cerita pasal pergi ke Legoland pulak. Ok, cau cincau...Bye!
No comments:
Post a Comment