Search This Blog

Friday, 17 May 2013

Trip To USS - Part 4

    Assalamualaikum dear…..

    Sambung lagi entry pasal trip ke USS.Belum habis lagi cerita pasal USS ni.Maklum le,seharian dalam USS tu.Banyak le nak diceritakan. Dekat USS ni ada disediakan surau tapi kecik je suraunya. Surau ni terletak antara Restoran Oasis dgn Cylon & Human Roller Coaster,sebelah locker.Memang tersorok sikit tempatnya. Dalam surau ni ada bilik solat untuk lelaki dan perempuan.Setiap bilik boleh muat dalam 4 orang jemaah je.Setiap bilik jugak ada ruang kecil utk ambil wudhuk.Kalau nak sembahyang,kena cepat2 le sbb ramai lagi org nak guna.X boleh le berwirid panjang kat sini.


    Dekat Ancient Egypt ni, kami tak main satu pun game kat sini sebab dah penat. Kat sini ada Revenge Of The Mummy. Masa menunggunya tak lama. 15 minit je tapi sebenarnya indoor roller coaster. Kalau dah namanya roller coaster, memang le aku tak nak naik. Games kedua ialah Treasure Hunters. Kat sini kita naik Jeep untuk meneroka kawasan Egypt le konon2nya.Kat sini jugak ada Oasis Spice Cafe. Ingat nak makan ringan2 je kat sini tapi menu dia tak menarik pulak. Takde snack2 pun.





Human & Cylon Roller Coaster


Sewa locker. 60 minit pertama free.

    Lepas solat,kami cadang nak pergi beli souvenir kat USS Store sbb kalau ada duit lebih nanti,boleh le makan snack kat Goldilock.OTW ke USS Store, kami singgah main roller coster junior Enchanted Airways kat Far Far Away.Takut gak nasib baik kejap je.Aku memang takut main roller coster sbb tu aku tak naik Human&Cylon dengan Revenge Of The Mummy tu. Lepas main junior roller coster,kami terus menuju ke USS Store di Hollywood.Sekali ternampaklah le  jadual show Monster Rock pukul 4.30.Kebetulan masa tu dah pukul 4.25.Kami pun lari terus masuk studio tu utk tengok show rock&roll ala-ala broadway.Ada persembahan dari hantu-hantu mat salleh mcm Werewolf, Frankeinstein,Dracula&Mummy.Irfan enjoy tgk show tu.Habis show,terus pegi USS Store.



Lepas shopping,duit ada lebih,so kitorang patah balik ke Goldilock.Baru nak masuk Goldilock,ternampak PerarakanHollywood Dreams Parade.Tapi orang dah ramai so kitorang tgk dari jauh je.Dah habis perarakan,baru le masuk Goldilock.Tu pun sbb Irfan dah bising nak makan aiskrim.
Dalam Goldilock ni, aku order kids meal.Kids meal ni dpt free lunch box.Lps tu aku beli air sprite dalam botol air USS ni. Irfan pulak beli aiskrim coklat. 1 scope je dah $5.50 Lepas makan, Nampak Pinocchio pulak,so beratur le nak amik gambar dengan pinochio ni.Lepas bergambar,terus cari toilet sbb pukul 6.30 mesti dah kena berkumpul kat globe.Sempat lagi le singgah USS Store nak beli t-shirt aku pulak.Tu pun sebab ada duit lebih.Hehehe......

Depan rumah Shrek


Kalau ketuk pintu ni,nanti dengar suara Shrek marah marah.....



Goldilock Restaurant

Irfan & Pinocchio

Pukul 6.30, kami pun berkumpul depan globe. Sempat jugak le aku jalan2 amik gambar kat Candylicious & Hard Rock Cafe .










ada pulak couple dari negara India interframe kat sblh En. Hubby ni....

Irfan sibuk bercerita pasal USS dengan Danial.....anak member aku.....

    Dalam pukul 7,kami bergerak naik bas.Selepas selesai semua urusan di imigresen Singapore &Malaysia, kami pun sampai JB dalam pukul 8.30 malam. Selesai le percutian sehari kami yang sangat memenatkan tapi seronok.Kalau ada rezeki,nak pergi lagi sebab bagi aku ,USS ni lagi best dari Legoland.Walaupun cuaca panas,tapi banyak tempat untuk berteduh.Ok,habis le cerita pasal USS.Entry akan datang ,aku nak cerita pasal perbelanjaan aku ke USS pulak.


No comments:

Post a Comment