Search This Blog

Saturday, 3 August 2013

Peti Ais Aku Rosak Lagi!!!!!!

    Assalamualaikum.....

    Selamat pagi Sabtu. Lagi 4 hari nak raya. Dugaan aku dalam bulan Ramadhan yang mulia tahun ni ialah, peti ais aku rosak. Ni dah kali kedua peti ais aku rosak. Peti ais jenama Samseng Samsung aku ni, mak aku hadiahkan kat aku bulan Ogos 2009 kalau aku tak silap. Tahun 2011, aku pindah rumah sendiri. Lepas pindah tu, peti ais aku rosak. Tak sejuk.Mungkin proses mengangkat peti ais tu dari rumah lama ke rumah baru menyebabkan peti ais aku rosak kot. Sekarang ni, 2 tahun selepas itu, peti ais aku rosak lagi. Masalah yang sama jugak. Tak sejuk. Dah jadi peti panas dah. Banyak stok pulak tu dalam peti ais aku.

    Untuk menyelesaikan masalah, barang2 frozen, aku bagi kat makcik aku.Yang mana barang2 kering, aku simpan. Barang2 yang dah rosak & tak boleh simpan, aku buang. Sob....sob...sob....Ingat nak beli baru je. Tapi tak cukup bajet. Nak raya ooiii!!!

    En. Hubby call tukang repair peti ais. So semalam, peti ais aku telah selamat masuk ward. Tak tahu le berapa lama.Emm....boleh le cuti masak ekk. Eh....mcm takde kena mengena je. Aku dah start berangan nak beli peti ais baru dah. Tapi sebenarnya, kalau aku nak beli peti ais baru, aku nak beli yang warna hitam macam ni



Memang minat yang macam ni tapi rasanya, besar sangat pulak. Kalau letak kat ruang peti ais sedia ada ni, nanti termasuk sikit kat ruang makan pulak. Mesti tak cantik. So, kalau dapt yang macam ni pun ok.


    Tak kira le jenama apa, yang penting warna hitam sebab biar sama dengan kabinet wet kitchen & dry kitchen . Emm....tapi, kalau beli peti ais warna merah macam ni pun ok gak kan. Naik seri sikit dapur aku .



    Kalau boleh, cari yang boleh kunci. Senang sikit, Ilman tak boleh bukak peti ais selalu. Emm....ok le. Aku memang kuat berangan tapi selalunya apa yang aku angankan akan dapat walaupun lambat. Kbai!

3 comments:

  1. Tuan rumah...peti ais kite pun rosak juga la..jenama samsung ni jga.
    Konon2nya ok sangat...ni lcd dia yg ada alarm tu yg rosak. Peti ais ni besar juga.
    Dah call samsung, tp staf dia yg bertugas tu tak berapa ada manner la bercakap dgn pelanggan. Dah la tu, staf bertugas yg nak dtg cek pula asyik call tak tentu masa.
    Ni yg buat sy kurang minat dgn samsung ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peti ais saya rosak lagi.kalau repair kena lagi rm300.so, saya beli baru je.jenama hitachi.malas dah nak simpan yang lama.

      Delete
  2. Peti ais samsung sy pun rosak

    ReplyDelete