Search This Blog

Sunday, 23 June 2013

Malam Nisfu Syaaban

    Assalamualaikum dear.....



    Malam ni, malam Nisfu Syaaban.Pejam celik pejam celik, dah tinggal beberapa minggu je nak masuk bulan Ramadhan.Cepat betul masa berlalu. Malam nisfu syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatat dibuku yang baru bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Esok, sunat berpuasa. Dengan keadaan kat Malaysia terutamanya Johor Bahru yang dilanda jerebu , satu cabaran yang besar untuk sesiapa yang berpuasa esok. Tapi, insyaallah, sebagai umat islam yang sudah biasa berpuasa, rasanya, jerebu bukan alasan untuk tidak menunaikan amalan sunat ini.

    Antara kelebihan malam nisfu syaaban ialah dengan menghidupkan malam nisfu syaaban seperti membaca Al Quran dan berqiamullail yang digalakkan oleh syarak.Terdapat byk hadis yg sohih mengenai perkara tersebut, antaranya : 


1- Nabi  s.a.w  bersabda : " Allah melihat kepada setiap makhluknya pada malam nisfu syaaban.lalu Dia mengampunkan sekelian dosa hambaNya melainkan musyrik dan lelaki yg berseteru". riwayat dari At tabrani dan ibnu Hibban dari Muaz bin Jabal r.a.

2- Drp Aisyah r.a. katanya " Aku pernah ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. pada suatu malam lalu aku keluar untuk mencarinya.Pada malam itu baginda sedang berada di Baqi' dalam keadaan kepalanya mendongak ke langit.Lalu baginda bertanya : "Wahai Aisyah adakah kamu takut sekiranya Allah memurkai kami dan juga RasulNya.Aku menjawab:"itulah yg aku tidak mahu tetapi aku sangka kamu pergi ke rumah isteri2 kamu yg lain".Lalu baginda bersabda"Sesungguhnya Allah turun (menurunkan rahmat) ke langit dunia pada malam nisfu syaaban lalu Dia.mengampunkan hamba2Nya lebih ramai daripada bilangan bulu2 kambing".Riwayat ibnu Majah.

Antara amalan yang dilakukan pada malam Nisfu Syaaban ialah : 

1- Ada amalan yang dikhususkan oleh nabi  maka kita tidak boleh menetapkan atau mereka-reka amalan tersebut seperti solat subuh 2 rakaat maka kita tidak boleh reka atau  tetapkan jadi 3 rakaat seumpamanya.

2- Ada amalan yg tidak dikhususkan seperti nabi menyuruh kita berzikir atau membaca al- Quran,maka kita boleh baca apa saja surah yang disukai atau waktu bila dan banyak mana kita nak berzikir atau membaca. terpulang mengikut kemampuan, bahkan ada sahabat dijamin syurga kerana sentiasa membaca surah Al- ikhlas dalam solatnya.

3- Sesuatu amalan sunat jangan kita katakan wajib atau kita tetapkan wajib contohnya baca yasin 3 kali. Kita tidak kata wajib baca yasin 3 kali ianya hanya sunnah sahaja.Yang wajib tetap wajib begitu juga sunat maka tidak boleh dituduh bidaah sebagaimana dakwaan setengah pihak.

4- Sesuatu amalan yg dilakukan oleh ulama yg soleh jangan kita pertikaikan kerana kita ini jahil dan tak soleh pula. Adakah salah kita mengikut amalan ulama2 org soleh yg terdahulu.

5- Tahukah kamu antara yg mengamalkan bacaan yasin sebanyak 3 kali di malam nisfu syaaban antaranya" Imam Syahrul Razi pengarang kitab Al Maarif dan ramai lagi.

6- Ulama yg berpendapat bidaah baca yasin 3 kali adalah jika dikatakan wajib baca surah yasin surah lain tidak boleh.Ini jelas barulah bidaah.

Kesimpulannya amalan bacaan yasin 3 kali seperti yg diamalkan adalah tidak bidaah. Mengatakan bidaah pd amalan yg diamalkan oleh ulama terdahulu adalah sesuatu perkara yg berat dan membahayakan yg perlu dielakkan.Akhirnya jauhkan diri daripada sibuk berbahas kemudian mengabaikan beramal yg akhirnya merugikan diri sendiri.Wallahu A'lam.

p/s : Petikan di atas aku ambil dari blog seorang ustaz.tak ingat pulak link dia.

No comments:

Post a Comment