Dah sebulan lebih dah rupanya aku keguguran. kalau orang bersalin, dah abis pantang dah. Ada orang kata, kalau keguguran pun kena berpantang . Dalam 2 minggu ke. Kena berbengkung,pakai stoking, berpilis,berparam bagai.
Emmm.....aku berpantang jugak le.Tapi sikit-sikit je.Aku ada cara aku sendiri berpantang selepas keguguran ni. Aku takde le sampai berbengkung,pakai stokin & bercuti sampai 2 minggu. Memang aku tak pakai bengkung , berparam,berpilis tu sbb aku pregnant pun baru 6 minggu je. Lepas keguguran, disebabkan aku tak kena DnC, aku pergi kerja mcm biasa.
Cara aku berpantang, aku mandi air panas, aku tak makan makanan yang sejuk & berangin, aku tak minum ais, aku pakai Losyen pati Halia Xtra Hot Mustajab untuk buang angin dalam badan dan aku makan Jamu Mak Dara gold untuk kecutkan rahim.
Jamu Mak Dara Gold |
Losyen Pati Halia Mustajab Xtra Hot |
Lepas 2 minggu, aku berurut dengan sorang makcik tukang urut ni. Dia datang rumah aku. Makcik ni urut memang sedap. Sejam dia urut memang puas hati le. Dia betulkan peranak aku sebab aku cakap nak dapat baby lagi lepas ni. Kalau ada rezeki le. Lepas berurut tu, esoknya aku amalkan mandi dengan Mandian Herba Aura selama tiga hari.
Tu je le cara aku berpantang. sekarang ni, aku teruskan makan asid folic mcm yang doktor nasihatkan. Aku harap, lepas ni ada le lagi rezeki aku untuk mengandung lagi. Amin!
Jamu mak dara gold tu ble amik berap hari selepas keguguran cikgu julie
ReplyDeleteSalam Ms. Julie, sy pon miscarriage jugak mcm awk ms 6weeks kndungan sy..jumaat lps, br 2ari kgugurn..thanks a lot cuz sy pon br kli ne nk amek berat psl pantang lps kgugurn ne..ur info really help..if u hv any suggestion on what n how to..plz do email me at syidadeviante@gmail.com
ReplyDeleteThanks; Syida
Assalam.....
ReplyDeleteThanks Syida sebab sudi singgah blog saya. Semoga kita lebih tabah menghadapi dugaan dari Allah.Semua yang berlaku ada hikmahnya.
salam juga Ms Julie, just nak share cerita hari ni sya pun disahkan mengalami keguguran , kandungan 5 minggu..so dpt cuti seminggu dr mengajar...actually anak yg ketiga ..n dah ada dua anak bujang juga 6 n 4 tahun...nak tambah lagi sorang coz dah dua kali ceaser.. tula nak tanya juga hari keberapa lps keguguran boleh makan jamu mak dara erk...sbb saya pun mkn jamu mak dara gold n dpt preagnant ni pun setelah mkn hanya sebotol setgh jamu mak dara gold dgn izin Allah..
ReplyDeleteingat nak pantang sebulan jer..then dlm tempoh 3 bulan lps tu try nak mengandung semula ...
SHAHFIZA
Assalam sya!
DeleteSaya makan jamu mak dara gold tu lps kering darah.Saya makan 2 botol je.Lepas tu saya stop sbb planning nak pregnant semula.
TQ!
Salam sis,
ReplyDeleteNk tnye sis urut lepas 2 minggu keguguran ke? Berparam
dan berpilis harus ke? Saya baru saja 2 hari keguguran dah takde darah lagi yg keluar. Kata org2 tua keluar darah bagus. Betol ke?
W'salam.
DeletePasal darah yg keluar tu, tak tau le pulak. Akak berurut selepas sebulan keguguran.Orang kata,agak lambat le tapi xde masa sbnrnya.....
TQ!
thanks sbb sudi share experience thru your blog. niza pun br sahaja keguguran 12weeks smlm. so..now masih dlm wad. sambil2 tu google pasal keguguran, and found this blog.
ReplyDeletennt nk apply la cara berpantang mcm u buat.. hehe.
www.mamadarwisy.blogspot.com
Thanks niza sbb singgah blog saya & takziah sebab keguguran . 12 weeks tu dah besar tu. Takpe le....ada hikmah disebaliknya.
DeleteMna nak cari jamu mak dara n mandian herba yg akak guna tu??
ReplyDeleteSy pon keguguran msa 6weeks pregnant..hrini dh 2mggu berpantang.lpas ni nk rncang utk pregnant lg..tp kna tggu 3bulan sblum pregnant blik kan..?
ReplyDeleteIna..
berapa lama kah pendarahan berlaku selepas kguguran?adakah saya mengalami pendarahan biasa atau bleeding kerana sy rasa macam period ja.cuma saya risau mengapa masih seminggu lebih pendarahan berlaku.Sy melakukan d&c,5 bulan lebih kandungan...terpaksa dilakukan..termasuk minggu ini,satu minggu lebih pendarahan berlaku.
ReplyDeleteSalam....sy dah keguguran seminggu,usia kandungan hampir 3 bln.Bila bleh start mkn jamu mak dara gold tu n apa lgi yg perlu di buat masa dlm pantang ni?
ReplyDeletenice info. terima kasih ye.
ReplyDeleteSalam....saya br aje keguguran 2 mggu yg lepas dn tak kena D&C sbb dia kuar abis....usia kandungan 11 mggu....dr info yg d berikan byk memberikan saya cara berpantang selepas keguguran...terima kasih byk...
ReplyDeleteNice sharing.Thank you
ReplyDeleteDear saya baru sahaja keguguran, skrang baru 3 hari berpantang..thanks entry puan sgt2 membantu..boleh share nom fon cik bidan yang boleh dtg ke rumah?lokasi sy di cheras, kl.syukran dear.
ReplyDeletesy kgugur dlm usia kndungan 2 minggu dan kena d&c dan brpantang selama 2 minggu.dlm masa 2minggu tu sy mgmbil ubat hormon yg diberikn doktor untuk stabilkn hormon dan period...selepas 2 minggu habiskn pil hormon sy start mkn jamu mak dara 2 hari mkn saja sy lawas buang air besar tiap pagi akan tetapi masuk hri ketiga makan jamu ada pendarahan sedikit..sy cnfius itu darah period atau darah mengandung...sebab sebelum ni sy selalu tak mengetahui yg sy mengandung kerana bila sy check upt negatif...adakah sy boleh teruskan ambil jamu?
ReplyDelete