Search This Blog

Wednesday, 8 October 2014

Amalan Sunat Semasa Gerhana Bulan

    Assalamualaikum dear....


    Hari ni, 8 Oktober 2014,bersamaam 14 Dzulhijjah 1435, dijangka akan berlaku gerhana bulan.



    Pejabat Agama Johor dah keluarkan pekeliling tentang solat sunat gerhana bulan.

    Antara perkara yang sunat dilakukan semasa gerhana bulan ialah:

AMALAN SUNAT KETIKA GERHANA

Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:

1. Solat dan berdoa

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.




2. Berzikir dan beristighfar

Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu."

3. Berlindung daripada azab kubur

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”

4. Bersedekah

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”

5. Memerdekakan hamba

Asma’ r.a. berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. “Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan.”

Inilah di antara sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari. Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Info di atas ambil dari SINI 

Sekian,selamat beramal.

Monday, 6 October 2014

Laundry Corner

    Assalamualaikum dear...

    Hari ni tetiba je ada mood nak update blog.Imtiyaz pulak hari ni tak banyak ragam,so boleh le mama update blog.

    Hari ni nak cerita pasal laundry corner kat rumah aku. Aku memang tak suka nak sidai kain baju kat depan rumah sebab bagi aku hanya mencacatkan pandangan je. Dah le rumah aku tak lawa mcm rumah2 jiran aku kan, sebab tu le aku tak nak mencacatkan pemandangan ruang car porch aku.

    So, kat mana pulak aku nak sidai kain?Haa....aku basuh baju & sidai kain kat belakang rumah. Ruang belakang rumah aku kosong. Kalau jiran2 lain, diorang extend ke belakang buat dapur.Ruangnya tak besar sangat le.Ada le dalam 3 kaki. Disebabkan aku&En.Hubby ni bekerja, so kitorang decide jadikan bahagian belakang tu sebagai laundry corner.Kami grill sampai atas & letak mesin basuh kat belakang tu. Kami letak juga le almari aluminium untuk letak detergent,alas2 kaki,kain2 buruk&peralatan berkebun aku. Besi ampaian stainless steel tu, aku suruh pakcik aku skrukan kat grill.


Ampaian stainless steel

Besi ampaian kat dinding ni dapat free sebab buat grill satu rumah.Aku just letakkan kayu je.

Mesin basuh.Lama dah pakai dari awal tahun 2005. Jenama Pensonic je.7kg.(dulu baru kawin, tak mampu beli yang mahal)

Ruang kecik belakang menghala ke pintu grill belakang. Belakang rumah aku tu, aku tanam pokok kari, pandan,kunyit,halia, serai&limau dalam pasu.

Anak kari & cekur



    Kalau ada duit lebih, mungkin aku nak letak custom made cabinet kot kat belakang ni.Insyaallah kalau ada rezeki lebih.Aamiin!

Sunday, 28 September 2014

Checklist Barang Baby

    Assalamualaikum dear....

    Hari ini, baby Imtiyaz genap 2 bulan umurnya. So, minggu depan ada appoinment kat Kempas Medical Centre untuk injection 6in1, pneumococcal & rotavirus. Hari ni jugak, mama ada mood nak update pasal persediaan menyambut baby Imtiyaz beberapa bulan lepas.

   Disebabkan ini dah anak yang ketiga, rasa dah banyak experience le perlu beli apa atau apa yang tak perlu beli. Walaupun baby Imtiyaz ni anak yang ketiga, tapi semua barang-barang kelengkapan dia seperti baju2,tilam,stroller & etc...semuanya kena beli baru. Bukan apa, masa Ilman dulu, semua barang Irfan turun kat Ilman. So, bila sampai kat Imtiyaz, barang-barang tu semua dah buruk&dah lusuh.Dah buang pun. Ada jugak yang dah bagi pada orang.So, bajet beli barang-barang Imtiyaz sama macam beli barang-barang menyambut anak sulung.hehe...

 Ni checklist barang-barang Imtiyaz:

•  Pampers Newborn Drypers 
•  Pampers size S Drypers & Mamypoko (pakai malam)
•  Tikar Getah Jenama Kiko
•  Clothes -Seluar panjang+baju lengan panjang - 2 set (newborn),6 set (size 14)
•  Clothes -Seluar panjang= baju lengan pendek -1 set (newborn),4 set (size 14)
•  Clothes - Seluar pendek=baju lengan pendek - 2 set
•  Rompers - 4 helai
•  Jumpers -2 helai
•  Mitten&booties,stoking
•  Barut putih 6 helai pelbagai size - beli di IG HOUSEOFBABY



•  Minyak Telon


Memang guna minyak telon ni sejak dari Irfan lagi...

•  Tuam Baby
•  Towel - 2 helai
•  Hooded Towel - 1 helai
•  Baby Wipes
•  Toiletries Buds

•  Baby Detergent Pureen 
•  Swaddle x1
•  Lampin Anakku
•  Cotton Buds (beli yang khas untuk baby sebab lebih kecil)
•  Sikat baby
•  Botol susu Tommee Tippee 
•   Bedung Carters(Receiving blanket) -2 helai
•  Sapu Tangan  Kecil 
•  Topi 
•   Baby Bip
•   Diapers Bag
•   Tilam Bayi 
•   Bantal Bayi
•   Selimut /selimut bertopi
•  Vicks



    Ni antara barang-barang yang dibeli.untuk menyambut kelahiran Imtiyaz. Bila dia dah keluar,aku pun dah habis pantang, beli lagi baju-baju, stroller,baby carrier dan apa yang perlu le.Ok, next entry aku akan ceritakan apa yang perlu untuk mama baby pulak & apa yang perlu dibawa ke hospital.

    Ok,Bye!

Saturday, 27 September 2014

Moms & Baby Expo Persada Johor 2014

    Assalamualaikum dear...


    Semalam bermulanye Mom&Baby Expo 2014 di Persada Johor. Mula-mula ingat tak nak pergi sebab macam leceh je nak bawak baby Imtiyaz & Ilman. Ilman ni, memang tak boleh nak bawak berjalan le. Banyak songeh. Nak dukung le,menjerit le,macam2 le.Sekali tu, kebetulan mak aku telefon, dia cakap nak datang. Aku apa lagi, seronok le sebab ada orang boleh jaga anak2 aku sementara aku pegi shopping.Yiehaa!!!

    So, pagi2 lagi aku dah gerak ke Persada Johor. Lambat sikit sebenarnya. Kol 10 baru gerak. Sampai2 je, parking dah penuh. Last2 dapat parking atas bumbung. Bila masuk je dalam Persada Johor tu, nak beratur amik goodies bag,tengok orang dah beratur panjang. Emm...tak payah le.buang masa je.Terus je masuk & ronda2 sambil survey harga.

    Moms & Baby Expo kali ni memang best berbanding bulan Mac yang lepas. Masa tu buat kat Danga City Mall.Dekat Persada ni, booth jenama2 terkenal banyak dibuka. Seperti biasa, booth fiffy,pureen,tollyjoy,huggies, drypers&mamypoko le yang menjadi tumpuan. Nak bayar pun beratur panjang. Silap aku, bila dan beli pampers & detergen pureen, baru aku nak pergi tollyjoy semula.tapi dah tak larat sebab barang dah penuh tangan & berat. Tak dapat le shopping kat Tollyjoy.

    Ni antara barang-barang yang sempat aku beli...

Mamypoko & Drypers  untuk Imtiyaz. Mandian tu untuk Irfan & Ilman. Dapat free t-shirt kuning tu kat Drypers.

Barangan pureen.  Baju sepasang RM15. Kualiti kain sangat best.Item yang comel2 tu free gift.

Botol susu tommee tippe untuk Ilman. Special Edition - 2 botol  RM 50. Milk dispenser Basilic untuk Baby Imtiyaz ke taska.

Barangan fiffy. Baju sepasang RM10. 

Yang ni, 1 item RM5. 

    Ok, tu je le yang aku beli. Nak cari baby carrier pun dah malas sebab tangan dah penuh. Ni nasib baik tak bawak anak2. Kalau bawak, confirm tak beli apa2. Dengan orang yang ramai. Ada yang bawak baby.Ada yang bawak mak, ayah , nenek pun ada. Ada yang beli Drypers sampai 4 beg( 1 beg 2 Drypers). kalau beli Drypers 4 peket besar , RM100 je okay.Murah sangat. Ada satu family ni, mak dia je pegang 10 batang belon . Agaknye semua booth dia ambik belon. Bila keluar, ingat nak beratur ambik goodies bag,emm...dah malas sebab dah penat. Terus balik je.Tapi, memang puas hati le menghabiskan duit kat sini. Kalau ada buat lagi tahun depan, kalau mak aku tak datang rumah aku, kena le tinggalkan anak-anak kat Taska pulak.huhu....baru le mama & ayah dia boleh shopping dengan tenang.

Ok,bye!


Sunday, 14 September 2014

Fishing Bay Resort

    Assalamualaikum dear...

    Entry yang lepas, aku dah janji nak cerita pasal percutian aku ke Fishing Bay Resort. Dah lama dah booking.Siap tangguh lagi sebab banjir. So, cuti raya cina tahun ni, kami pun bercuti le ke sini. Suka sangat Fishing Bay Resort ni sebab cantik dan mendamaikan.

   


    Ada kolam.Anak-anak suka!







Pantai dia tenang je.Ombak tak besar.mungkin sebab kat teluk kot.(agaknye le.Aku tak pandai Geografi)



    Kami dinner kat restoran dalam Fishing Bay Resort tu jugak.Ok le, not bad. Nak keluar cari makanan, jauh & gelap.





    Kebetulan ada 2-3 family Cina yang bercuti di sini sempena Tahun Baru Cina, so diorang main bunga api & tanglung.








    Kalau nak lagi mencabar,nak main ombak besar, boleh le ke Pantai Air Papan. dekat je . Dalam 500m je dari Fishing Bay Resort ni.Ok, next time nak datang lagi.Mungkin nak bawak mak&abah pulak.

    Ok,Bye!

Thursday, 11 September 2014

Bercuti di A Famosa Resort

   Assalamualaikum dear...

   Hari ni nak update cerita tentang percutian ke A Famosa Resort tahun lepas. Cerita dah lama.Baru nak update sebab mabuk2. Pregnant kali ni mabuk agak teruk. Asalnya memang malas nak pergi bercuti sebab tak sihat. Tapi kesian pulak kat anak-anak.

    Sebenarnya kami dah booking nak bercuti ke Fishing Bay Resort Mersing.Kami nak celebrate anniversary yang ke-10.Tapi ,mersing banjir pulak.terpaksa le tangguhkan percutian ke sana. So, planning last minit.Try call Bayou Lagoon Melaka,tapi penuh. Call pulak Gold Coast Morib,pun penuh.Yang kosong kat Grand Lexis.Tapi,bila last minute confirm le mahal. Akhirnye call A Famosa Resort. Ada kosong.Aku book bilik jenis Resort Hotel.Bilik standard room je.Cukup le untuk kami 4 beranak.Tapi lepas ni, kalau bercuti dah kena book bilik besar sebab family members dah bertambah. Info tentang A Famosa Resort boleh tengok kat SINI

   11 Disember 2013,kami pun check in di A Famosa Resort. Kami dapat bilik menghadap Cowboy Town. Selama 3 hari 2 malam tu, tiap-tiap malam,pukul 10 kami akan tunggu pertunjukkan bunga api dari balkoni bilik.Bestkan,tak payah le susah2 nak ke cowboy town tu.Aku pun tak larat.Suka anak-anak. Hari kedua baru pegi mandi-manda kat theme park dia.Tak ambik gambar pun sebab aku mabuk.Takpe le,yang penting anak-anak happy.Percutian ni pun kiranya untuk celebrate anniversary kitorang yang ke-10.Kejap je kan dah 10 tahun kahwin. Semoga jodoh kami kuat dan kekal bahagia hingga ke syurga. Amin.









Pemandangan dari koridor bilik kami

Pokok-pokok Krismas












    Best pergi sini. Insyaallah akan datang lagi.Tapi tunggu baby besar sikit le kot.Next entry,aku akan cerita pasal percutian ke Fishing Bay Resort pulak.

    OK.Bye!