Assalamualaikum dear...
Entry yang lepas, aku dah janji nak cerita pasal percutian aku ke Fishing Bay Resort. Dah lama dah booking.Siap tangguh lagi sebab banjir. So, cuti raya cina tahun ni, kami pun bercuti le ke sini. Suka sangat Fishing Bay Resort ni sebab cantik dan mendamaikan.
Ada kolam.Anak-anak suka!
Pantai dia tenang je.Ombak tak besar.mungkin sebab kat teluk kot.(agaknye le.Aku tak pandai Geografi)
Kami dinner kat restoran dalam Fishing Bay Resort tu jugak.Ok le, not bad. Nak keluar cari makanan, jauh & gelap.
Kebetulan ada 2-3 family Cina yang bercuti di sini sempena Tahun Baru Cina, so diorang main bunga api & tanglung.
Kalau nak lagi mencabar,nak main ombak besar, boleh le ke Pantai Air Papan. dekat je . Dalam 500m je dari Fishing Bay Resort ni.Ok, next time nak datang lagi.Mungkin nak bawak mak&abah pulak.
Ok,Bye!
No comments:
Post a Comment