Search This Blog

Saturday, 27 September 2014

Moms & Baby Expo Persada Johor 2014

    Assalamualaikum dear...


    Semalam bermulanye Mom&Baby Expo 2014 di Persada Johor. Mula-mula ingat tak nak pergi sebab macam leceh je nak bawak baby Imtiyaz & Ilman. Ilman ni, memang tak boleh nak bawak berjalan le. Banyak songeh. Nak dukung le,menjerit le,macam2 le.Sekali tu, kebetulan mak aku telefon, dia cakap nak datang. Aku apa lagi, seronok le sebab ada orang boleh jaga anak2 aku sementara aku pegi shopping.Yiehaa!!!

    So, pagi2 lagi aku dah gerak ke Persada Johor. Lambat sikit sebenarnya. Kol 10 baru gerak. Sampai2 je, parking dah penuh. Last2 dapat parking atas bumbung. Bila masuk je dalam Persada Johor tu, nak beratur amik goodies bag,tengok orang dah beratur panjang. Emm...tak payah le.buang masa je.Terus je masuk & ronda2 sambil survey harga.

    Moms & Baby Expo kali ni memang best berbanding bulan Mac yang lepas. Masa tu buat kat Danga City Mall.Dekat Persada ni, booth jenama2 terkenal banyak dibuka. Seperti biasa, booth fiffy,pureen,tollyjoy,huggies, drypers&mamypoko le yang menjadi tumpuan. Nak bayar pun beratur panjang. Silap aku, bila dan beli pampers & detergen pureen, baru aku nak pergi tollyjoy semula.tapi dah tak larat sebab barang dah penuh tangan & berat. Tak dapat le shopping kat Tollyjoy.

    Ni antara barang-barang yang sempat aku beli...

Mamypoko & Drypers  untuk Imtiyaz. Mandian tu untuk Irfan & Ilman. Dapat free t-shirt kuning tu kat Drypers.

Barangan pureen.  Baju sepasang RM15. Kualiti kain sangat best.Item yang comel2 tu free gift.

Botol susu tommee tippe untuk Ilman. Special Edition - 2 botol  RM 50. Milk dispenser Basilic untuk Baby Imtiyaz ke taska.

Barangan fiffy. Baju sepasang RM10. 

Yang ni, 1 item RM5. 

    Ok, tu je le yang aku beli. Nak cari baby carrier pun dah malas sebab tangan dah penuh. Ni nasib baik tak bawak anak2. Kalau bawak, confirm tak beli apa2. Dengan orang yang ramai. Ada yang bawak baby.Ada yang bawak mak, ayah , nenek pun ada. Ada yang beli Drypers sampai 4 beg( 1 beg 2 Drypers). kalau beli Drypers 4 peket besar , RM100 je okay.Murah sangat. Ada satu family ni, mak dia je pegang 10 batang belon . Agaknye semua booth dia ambik belon. Bila keluar, ingat nak beratur ambik goodies bag,emm...dah malas sebab dah penat. Terus balik je.Tapi, memang puas hati le menghabiskan duit kat sini. Kalau ada buat lagi tahun depan, kalau mak aku tak datang rumah aku, kena le tinggalkan anak-anak kat Taska pulak.huhu....baru le mama & ayah dia boleh shopping dengan tenang.

Ok,bye!


No comments:

Post a Comment