Search This Blog

Thursday 11 September 2014

Bercuti di A Famosa Resort

   Assalamualaikum dear...

   Hari ni nak update cerita tentang percutian ke A Famosa Resort tahun lepas. Cerita dah lama.Baru nak update sebab mabuk2. Pregnant kali ni mabuk agak teruk. Asalnya memang malas nak pergi bercuti sebab tak sihat. Tapi kesian pulak kat anak-anak.

    Sebenarnya kami dah booking nak bercuti ke Fishing Bay Resort Mersing.Kami nak celebrate anniversary yang ke-10.Tapi ,mersing banjir pulak.terpaksa le tangguhkan percutian ke sana. So, planning last minit.Try call Bayou Lagoon Melaka,tapi penuh. Call pulak Gold Coast Morib,pun penuh.Yang kosong kat Grand Lexis.Tapi,bila last minute confirm le mahal. Akhirnye call A Famosa Resort. Ada kosong.Aku book bilik jenis Resort Hotel.Bilik standard room je.Cukup le untuk kami 4 beranak.Tapi lepas ni, kalau bercuti dah kena book bilik besar sebab family members dah bertambah. Info tentang A Famosa Resort boleh tengok kat SINI

   11 Disember 2013,kami pun check in di A Famosa Resort. Kami dapat bilik menghadap Cowboy Town. Selama 3 hari 2 malam tu, tiap-tiap malam,pukul 10 kami akan tunggu pertunjukkan bunga api dari balkoni bilik.Bestkan,tak payah le susah2 nak ke cowboy town tu.Aku pun tak larat.Suka anak-anak. Hari kedua baru pegi mandi-manda kat theme park dia.Tak ambik gambar pun sebab aku mabuk.Takpe le,yang penting anak-anak happy.Percutian ni pun kiranya untuk celebrate anniversary kitorang yang ke-10.Kejap je kan dah 10 tahun kahwin. Semoga jodoh kami kuat dan kekal bahagia hingga ke syurga. Amin.









Pemandangan dari koridor bilik kami

Pokok-pokok Krismas












    Best pergi sini. Insyaallah akan datang lagi.Tapi tunggu baby besar sikit le kot.Next entry,aku akan cerita pasal percutian ke Fishing Bay Resort pulak.

    OK.Bye!


2 comments:

  1. Selamat bercuti :)

    Kunjungilah vila 827, A Famosa Resort Melaka (5* villa) lain kali .

    www.villafamosaresort.com

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Kalau ada yang berminat nak sewa Villa D Faro di A Famosa REsort sila whatsapp saya di 011 21007380 boleh lihat gambar villa di Facebook dan Instagram NIRZAB2001 atau baca review di blog Mumto5.

    ReplyDelete