Search This Blog

Tuesday, 9 September 2014

Anugerah Syawal

    Assalamualaikum dear...

    Dah lama tak update blog. Ada sebab kenapa blog ni kadang2 berupdate,kadang2 tak. Kesihatan kurang memuaskan 10 bulan kebelakangan ini. Almaklumlah...berbadan dua.Beberapa bulan selepas keguguran,aku pregnant lagi. Kali ni mengalami alahan yang agak teruk berbanding Irfan &Ilman dulu.Di samping kerja2 di sekolah yang melambak.Sebab tu le tak update blog.

    Baby yang ketiga ni, dijangka bersalin pada 25 Julai. Aku harap2 baby ni keluar masa birthday Irfan,boleh celebrate sama2 nanti. Tapi, sampai minggu ke 40, baby masih belum nak keluar lagi.Rupa-rupanya, baby nak keluar pagi Syawal.Tak sangka betul, dapat baby pagi raya. Inilah anugerah syawal bagi kami sekeluarga.

    27 Julai 2014, pukul 4 pagi, aku kena admit kat hospital sebab dah keluar tanda darah dan jalan dah buka 3cm.Malam raya tahun ni, aku kat hospital. Anak2 bermalam kat rumah mertua aku dan dijaga oleh biras aku.
  
    28 Julai 2014, aku masuk labor room pukul 8.30 pagi.Aku call En.Hubby yang tengah bersiap nak pegi sembahyang raya. 10 minit je En.Hubby dah sampai.Ye le, rumah mertua aku dekat je dengan hospital.  Dengan ditemani En.Hubby, aku menahan kesakitan untuk melahirkan zuriat kami yang ketiga ni.Alhamdulillah,tepat pukul 10.10, aku selamat melahirkan seorang lagi baby boy seberat 3kg secara normal.Kami namakan baby ni Imtiyaz Fitri.Semoga Imtiyaz menjadi anak yang soleh,yang bijak, hormat orang tua dan berjaya di dunia dan akhirat.Amin!

Welcome to our family Imtiyaz Fitri Bin Nur Firdaus



No comments:

Post a Comment