Hari ni, 8 Oktober 2014,bersamaam 14 Dzulhijjah 1435, dijangka akan berlaku gerhana bulan.
Pejabat Agama Johor dah keluarkan pekeliling tentang solat sunat gerhana bulan.
Antara perkara yang sunat dilakukan semasa gerhana bulan ialah:
AMALAN SUNAT KETIKA GERHANA
Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:
1. Solat dan berdoa
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.
2. Berzikir dan beristighfar
Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu."
3. Berlindung daripada azab kubur
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”
4. Bersedekah
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”
5. Memerdekakan hamba
Asma’ r.a. berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. “Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan.”
Inilah di antara sunnah Baginda SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari. Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi Muhammad SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Info di atas ambil dari SINI
Sekian,selamat beramal.
No comments:
Post a Comment