Search This Blog

Saturday 18 May 2013

Berpantang Selepas Keguguran

Assalamualaikum dear.....



    Pagi ni,bangun dengan keadaan agak fresh.Baru lepas keguguran semalam. Masih ada lagi bisa2 kat dalam perut ni. Keguguran kali ni memang agak lain. Kalau dulu, aku tak kisah pasal berpantang selepas keguguran.Tapi kali ni, aku sangat ambil berat pasal berpantang ni.Mungkin faktor usia kot & keinginan untuk pregnant lagi.So, aku pun minta tolong dengan En. Google untuk cari maklumat berpantang selepas keguguran. Inilah hasilnya.....

BLOG BENGKUNG MODEN

"Dari segi pemakanan juga peru dijaga. Elakkan makanan yang sejuk seperti ais dan minuman bergas dan juga sayuran menjalar seperti kangkung. Seeloknya minum air suam dan makan makanan berkhasiat seperti sup panas, susu panas, quacker oats, buah kurma dan kismis, sayur sawi dan ikan selar.Namun begitu dari segi perubatan, doktor biasanya tidak menghadkan pengambilan makananan. Tapi apa salahnya jika cuba elakkan pengambilan makanan diatas dalam tempoh beberapa minggu. Bukannya lama pun."

BLOG BIDAN BERSALIN 

BLOG CIK WAWA


Keguguran Ensiklopedia Perbidanan Melayu”, Oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang “angin gugur atau dikenali sebagai ‘angin jahat’. ‘Angin gugur’ yang menjadi pembawa ‘bisa keguguran’ akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh.

Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna. Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan jika rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Kalau dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan baadan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran. Tambahan pula, bagi yang tidak berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal perawatannya.
Ilmu penjagaan tentang keguguran sekain ditelan zaman. Sesungguhnya ilmu tentang penjagaan keguguran dapat mempercepat proses pemulihan “penyakit melanuih keguguran” seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.

Penyakit melanuih ini juga menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut, pinggang, demam tidak kebah. 
SOALAN: Bagaimana pula yang dikatakan keguguran berlaku tanpa  mengakibatkan pendarahan?

JAWAPAN: Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing.
Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung.
Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan.
Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur.
Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.

SOALAN: Apakah tanda-tanda tertentu yang boleh  menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran?

JAWAPAN:  Sebenarnya menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.

SOALAN: Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada keguguran?

JAWAPAN: Sebenarnya kalau mengikut kajian, sebahagian besar wanita menganduang mengalami keguguran mungkin bakanya, iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.
Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan, tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan. Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.
Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom mereka abnormal. Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.
Pasangan sedemikian tiada jalan lain selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam.

Faktor kedua:
Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis  (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah  mencecah antara 4 hingga 5 bulan.

Faktor ketiga:
Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung.
Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran.
Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti  kesan beberapa jenis  virus  CMG, herpes simpleks dan rubela.
Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada  pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu  bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-bati.
Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.

SOALAN: Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari keguguran berulangkali ini?

JAWAPAN: Selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian mengesan virus  dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, dan multi- vitamin E.
Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat  awal lagi, amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan vitamin yang disebutkan  sehingga kandungan berusia tiga bulan.
Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung diberi rehat tiga bulan, dari bekerja. Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stress dari segi fizikal dan mental. Ada baiknya jika wanita ini berehat sehingga tiga bulan.
Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Di samping itu, jauhkan persetubuhan kerana adakalanya  persetubuhan pada peringkat mengandung boleh menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.

SOALAN: Apakah ada kaedah lain untuk mengatasi masalah ataupun kaedah yang boleh dilakukan bersama rawatan yang diberikan secara moden bagi mengatasi keguguran secara berulangkali ini?

JAWAPAN: Ada setengah cara rawatan  pesakit  dimasukkan ke hospital, rawatan secara gantian darah protein untuk memperkukuhkan darahnya. Ada juga yang percaya bahawa peranan makhluk halus menjadi penyebab kepada keguguran dan kecacatan. Bagi wanita yang sedang haid memang tidak boleh melakukan solat dan membaca quran, ketika itu gangguan boleh berlaku, khususnya jin.  Oleh itu ada baiknya wanita yang sedang haid digalakkan membanyakkan membaca selawat ke atas nabi.
Bagi wanita mengandung dan mudah gugur, sewajarnya memperkuatkan  rohani dengan mengamalkan bacaan ayat Kursyi sambil memegang rahim hingga tertidur.
Untuk tempoh pantang keguguran

- Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari

- Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari
- Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari
- Untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.

Pantang Larang Keguguran 


- Jika wanita yang keguguran lalu atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala.
- Jika terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau tengah malam, akan mudah dihinggapi demam panas atau demam mengiggil. 
- Tidak boleh melintas di bawah pohon cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetuskan bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil.
-Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.
- Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu.
- Turut ditegah mengambil ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Kesan sekiranya melanggar pantang

- alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih.
- Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

OK, itu je le pasal berpantang . Semoga maklumat di atas berguna untuk kesihatan diri aku.



60 comments:

  1. assalamualaikum, saya baru lepas melakukan proses pengguran semalam.. benda ini berlaku bukan kehendak saya tapi kehendak pihak lelaki dan keluarganya..saya terpaksa akur.. adakah cara saya berpantang harus sama macam mereka yang keguguran biasa?

    ReplyDelete
  2. Subahanallah sy amat tidak setuju dgn keputusan yg awk dan pihak lelaki sepatutnya kamu semua bersukur dgn ape yg di beri bukannya menolak ape ug dia beri.... cuba bayangkan org yg nak anak x dapat pasti hampa....dia bg pasti ade rezeki untuk anak yg di lahirkan klu bkn sekarang masa akan datang tq......

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas maklumat yang amat membantu. esok sy ada temujanji dnc. kandungan berusia 11 minggu. kembar tapi x menjadi. tiada denyutan jantung dan kantung kosong. saya terima ketentuan Ilahi. tetapi saya amat berharap supaya ada peluang lagi selepas ini dengan izin Nya.

    ReplyDelete
  4. kita sama kes tanpa nama.. saya baru selesai membuat dnc pd 10.12.13 n sekarang tengah berpantang. pada mulanya darah turun sedikit..saya pergi ke hospital n terpaksa dimasukkan ke wad. selepas itu doctor pakar check n mengesahkan saya mengandung kembar tetapi tiada denyutan nadi, doc bg masa saya seminggu utk melihat potensi bayi tersebut, keesokkannya sebelum dapat dischrge, darah turun dgn byknya n bayi dh pn gugur sewaktu buat scan. sy disuruh berpuasa utk menunggu d&c pd ptg itu,, alhamdulillah..sy selamat n sedang berpantang sekarang 11.12.13 officially bukan preggy dh....

    ReplyDelete
  5. Thanks ats information..sy br keguguran 3 bln..maklumat tu amat brguna buat sy.tq

    ReplyDelete
  6. info bagus. sy juga sdg mengalami keguguran. pd usia kandungan 10wks+ bila scan hanya nmpak jantung, tiada denyutan... dan skang bleedg sikit2/ kdg byk berterusan, saya redha, ini kali kedua sy keguguran.. sedih sgt, tp sy redha dgn ketentuanNya

    dulu tak berpantang sbb bleedg mcm period. Rupa2nya lps 2bulan, sy mengalami pendarahn teruk, ada lg tak keluar habis dari rahim.

    ReplyDelete
  7. Sye pon bru kggurn mggu lpas 8weeks++...sblom 2 bleeding ckit2 je...pas pd 2 skit prut pegi scan smua ok lg...dlm 2 3 ari mse buang air besa tgok2 die kua sndri...pg scan tgok dh kosng....doc ckp xpyh cuci sbb dh kua hbs....nie frst tme kggran ank no 2...mgkin xde rzki lg....now tgh brpntang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brapa lama sis bleeding and sakit after gugur?

      Delete
  8. Saya baru sahaja selesai melakukan dnc thari semalam..info sgt berguna..saya mengalami keguguran tanpa ada sbrg tanda pd usia kandungan 14wks ++..bila pg check dr tuk buka buku merah dr scan xde denyitann jantung..luruh hati saya..saya redha dengan ketentuannya..kantung mmg dh x bulat seperti biasa...saya akan berpantang sehabis baik..

    ReplyDelete
  9. Salam. Saya baru keguguran pada 29/1/14. Pengalaman yg mengerikan. Pada pg 29/1 saya ke hosp kerana bleeding tapi xbyk. Doktor scan kata jantung baby dah xda. Msk wad sekejap ptg kluar sbb nak tggu gugur sendiri. Mlm tu juga bleeding dgn byk smpai pengsan. Dihosp baru janin kluar. Mlm tu jgk buat d&c sbb drh kluar non stop smpai rasa mcm nak habis nyawa. Saya hilang 2.5 liter drh anggaran doc maybe lebih sbb kat rmh lebih lg. Masa cuci dua paket drh dimasukkn dan slps tu 9 paket kompenan drh dimasukkn. Nak ceta pun xtau la. Hb turun ke 6. 5 hari di hosp baru bleh kluar. Doktor kata saya dah 5 anak rahim lmbt kecut itu yg drh byk turun. Masa di blk operation doktor pakar ada skli sbb kes kritikal.

    ReplyDelete
  10. salam..sy baru je lepas proses pengguran..sy sbenarnya seorang pramugari dan sy xsdar yg sy pregnant..sy cuma dpt tau bila 3 minggu xperiod..sy masih lg dlm kontrak company di mana sy x boleh mngandung dlm tempoh kontrak tersebut..so,sy dan suami decide utk gugurkan saja pregnancy ni wlaupun berat hati.then sy amek lgkah mudah dgn gunak pil cytotic.hari kdua gunakan pil tersebut,sy alami pendarahan yg byk snd sadly,sy dpt tgk dgn mata sy sendiri janin keluar..dan masa tu sy pengsan sbb terkejut sgt memandangkan its the first time in my life..masuk hari kesembilan,darah masih lg keluar..sy mohon pendapat akak memndangkan sy dan husband di besarkan kat rumah anak yatim,kami xde sape2 utk tnye kan masalh mcm ni dan kami jgk masih lg muda,no experience about this and really2 hope for an explanation maybe :') thanks

    ReplyDelete
  11. salam. ibu berpantang keguguran perlukan lebih penjagaan. Jemput baca blog saya www.vitamincerdik.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. TENKIU UNTUK INFO2 yg AKAK sedia kan.....it helpss....sy dh 3 kali gugur..tp sy xpena berpantang n xtaw mcm mn nk berpantang..n now sy baru discharge dr hosp...gugur kandungan 8 bln......blog akak bnyak membantu,,, tenkiu kak,,,

    ReplyDelete
  13. Salam cikgu julie.sy ct..sy bru lps kguguran ahad lps..sy xtawu mcm na nk bpantang.blh cikgu julie tlg sy..dan sy nk tawu mkanan spt ayam daging dan telur,blh ka sy mkn...

    ReplyDelete
  14. As salam..saya keguguran 4 mggu lepas..sy tiada pengalaman pun mengenai hal ini., tp sy telah berjimak pd hr ke 20 sy keguguran..sy tak lah berpantang spt selepas bersalin..so apakh kesan yg mgkn sy akan hadapi..

    ReplyDelete
  15. Sy bru je kguguran 18.2.14 mase 14.2 sy bleeding ckit2 then pgi jmpe dr n dr ckp its normal. Then 16.2 sy pgi scan dkt klinik lain n dr tu ckp dnyutan n pergerakan bby xde. Mse tu sdh sgt sbb first baby.sy mngis xhenti2 sush nk terime takdir ilahi. 17.2 sy kne pgi hsptal utk bt dnc. Tp xjd bt sbb pntu rhim tertutup. So kne tgu ggur sndri. 18.2 sy sesorg kt umh. Tetibe bleeding byk sgt drh beku.. sy xthu mne stu janin sbb byk sgt. Kalau iktkn sy da preggy 12mgu. Tp scan bby da xde mse 8mggu. Mse tu xskit pom. Tp lps kuar smue sy skit blkg n prt. Skit yg amat trus cll suami sy n cpt2 pgi hospital. Mse kt wad kecemasan hye tuhan sj yg thu btape skitnye.lemah sgt bdn. Skung da 12hri pantang. Alhamdulillah da sihat sepenuhnye. Mudah2an diberi rezeki anak yg lbh sihat sempurna.. amin.. .

    ReplyDelete
  16. salam..terima kasih atas info ini..saya br mengalami keguguran pada 28 feb 2014,kandungan yang berusia 4 bulan lebih.sebelum berlaku keguguran,dah ada bron spot ckit2..and saya rasa ada contraction..p jumpa doktor kat swasta,xde apa@..bayi normal..jantung pun ok..tapi keesokan hari rasa xpuas hati..dalam kul 10 pagi p hospital besar..doktor pun ckp benda yg sama..doktor cakap sakit perut mgkn disebabkan keputihan..tapi jam 2pagi..perut sakit sgt..contraction makin kuat rasa mcm nk bersalin...air ketuban pecah...masa tu kaki bb dah kuar..husband bw p hospital..bb xdapat diselamatkan lagi..sedih sgt...cz bb dah sempurna dah cukup sifat dan dah tau jantina..terkilan sgt sbb sebelum tu g check doktor kata xde apa2.Apapun kami redhaa dgn ketentuanNya. Sekarang saya tgh berpantang..Semoga kami ada rezeki lagi selepas ini.

    ReplyDelete
  17. Sya baru je dnc smlm...kandungan dah nk msk 3bulan....dan sye mmg xtau cmne nk bpantang,sbb first time...xtau nk mkn ape...thnks for the info

    ReplyDelete
  18. Sy pun bru keguguran mgu lps 12/3/2014..baby 4bulan 1hari..sempurna dah sifatnya..kami suami isteri redha,Allah nk bg kami aset akhirat..sekrg tgh berpntg..harap ade rezeki mengandung lgi..doakn ye..amin..mudah-mudahan Allah makbulkan..

    ReplyDelete
  19. Saya baru ja buat dnc 3/4/2014... doktor kata baby mmg dh takde jantung... so dgn berat hati terpaksa buat dnc.. mmg sedih sbb ni ank pertama. Suami la org paling sedih smpai mnangis2... suami mmg suka budak2. Sbb tu dia sedih sgt. Pngalaman yg pling susah sy nk lupa time doktor seluk tangan dlm rahim utk cuba buang baby. Sakit nya hanya Allah yg tahu. Tp usaha tu gagal. Last2 buat dnc juga. Smpai sekarang fobia tengok muka doktor tu.

    ReplyDelete
  20. Saya baru keguguran 20.3 lepas pada usia bayi 5bln@22minggu... sedih yg teramat kerana kami menunggu selama 4 thn. Selamaa 4 thn tak pernah lekat.. bila disahkan mengandung hanya tuhan yg tahu bagaimana gembiranya kami suami isteri.. sy ditatang bagai minyak yg penuh oleh suami. Kerana sy bekerja sendiri jd suami syorkan supaya sy rehat 3bln dirumah hanya utk menjaga kandungan di awal usia. Sy jenis yg lasak yg x bole dok diam. Maklum lah bekas peg tentera kan.. tp disebabkan kandungan ni sy duk dirumah hanya masak sj utk mkn sendiri. Basuh pinggan, sidai kain, buang sampah, basuh kain semua suami yg buat. Basuh sangkar kucing pun dia lah.. ya Allah syukurnya dikurniakan suami yg begitu bertanggungjawab dan memahami. Kucing tu asalnya dia paling x suka bela dlm rumah sbb alah dengan bulu. Tp disebabkan sy nak juga bela tp bersyarat kena letak luar dlm sangkar.. hihi..bayangkan dr suami seorang yg alah kucing, bila sy mengandung dia bole kaut buang taik2 kucing, bersih kandang bg mkn n minum kucing2 tu... hihi.. I love u pa.. love u even more.. berbalik pada cerita awal mengandung tu bila dah masuk 4 bln dan ke atas barulah sy mula keluar kerja. Kerja sy ni byk berkaitan dgn kapal.. turun naik kapal pergi ke engine room kapal..turun naik tangga ofis.. sy suka kerja sy.. jd disebabkan badan dan sihat dan dah xde alah sy kerja mcm biasa.. turun naik kl perak cari brg.. 15.3 sy turun darah tak banyak dan tak sakit tp pergi juga hosp. Terus kena admit sbb dah ada bukaan.. 20.5 jam 1.25pagi sakit seperti contraction sy bersalin normal baby boy cukup sifatnya dan masih bernyawa.. sy pangku baby dia talde dlm pangkuan sy.. ya Allah mana dtg kekuatan masa tu.. tiada tangisan semasa baby dlm pangkuan. Lama sy pangku dia lebih kurang sejam juga la sampai nurse masuk balik dlm labour room dan bwk sy keluar.. masa tu siap tertidur ayam disebabkan kesan ubat tahan sakit sblm bersalin tu.. kini dah 30 sy pantang.. mengurut bertunku mandi herba dan jaga mkn dlm pantang seperti biasa.. semoga ada rezeki buat kami lagi nanti..

    ReplyDelete
  21. Assalam,Sy mengalami keguguran pada 25/04/2014(kanduggan mggu ke 7). seperti cerita puan2 seperti di atas, sy juga megalami pendarahah pd 18/4/2014(kanduggan minggu ke 6) mulainya darah merah kuar seperti period yg hari kedua , kemudian darah berhenti tpi sy pergi (pagi) ke klink doc megesankan kandunag selamat dan pd petang sehingga 3hari ade masih ade tompokkan darah (dark brown) kuar sy pun pergi ke klinik doc meyatakan pekara tersebut normal, tpi doc pesan jika darah merah kuar cepat2 pi klinik tuk ibu magandung. Jadi sy think positif dah buat mcm biasa sbb tiada rasa skit. sampailah 25hb selepas lunch time di office darah dark brown bertukar jdi merah(fresh blood) trus call husband ckp nk pi klinik ade darah kuar kebetulan pd ptg tu mmg ade appoitment gan doc tuk scan malangnya doc megesahkkan kantung kosong..dh turun spai ke pintu rahim..lallu doc kkuarkan surat tuk rujuk ke hospital.. sy dan husband pi ke hspital Sg Buloh. sebelum menuggung giliran tuk di panggil sy ke toilet tuk mebuang air kecil lalu nampak Fetus terjatuh dlm toilet bowl..mmg sedih.maklum la baru kawin 10/01/2014 hasrat tuk mendptkan cahaya mata xkesampaian.t Pabila tiba giliran sy doc scan mmg kantung dah sampai rahim..trus doc mecuci dibhgian berkenaan katung keluar dgn sempurna..sy di tahan di wad tuk semlm suntikkan tuk megecutkan Rahim di beri supaya sisa dlm rahim akan kaur dgn sdri..alhamdulliah ke esokkan pgi setelah doc scan lgi Rahim telah megecut dan sy di benarkan pulang..skg dlm berpatang tuk kesihatan

    ReplyDelete
  22. alah...mcm malas je nak pantang...tp terpaksalah demi kebaikan diri sendiri....hahahahhaha tq ats maklumat diberikan

    ReplyDelete
  23. Sy br keguguran ahad lepas (18 may 2014) n sekarang tgh gia berpantang....info diatas amat berguna kerana sy berpantang seorang diri bertemankan ank yg sulung..(4 tahun)...terima kasih..

    ReplyDelete
  24. Good info sis..sometimes kne ready pd keadaan xdjangka ni..tq

    ReplyDelete
  25. Saya keguguran ketika usia kandungan nk msuk 7mggu.5 julai 2014 g check kat hospital.doc kata jantung baby dh xder.walaupun terima dgn hati trbuka tpi jauh disudut hati sedih sgt..walaupun dh ada 2 anak..mgkin blm rezekinya lg kami menambah cahayamata..thn lps pun gugur..so 2 kali gugur..agak frust tpi redha..persoalan sy adakah kena pantang slma 20 hr.sdgkan saya bekerja guru swasta..doc kat hospital gov bg ke cuti lama2..

    ReplyDelete
  26. Allah sj yg tau btapa sakitnya time gugur..tgh brpntang mcm org lps brsalin since 11/7/14. time org buka puasa.suami pecut bwk keta mcm formula 1 ke hospital. Redha rezeki ank kedua blm ada. Msh fobia mgenang sakit yg tramat sgt huhu..

    ReplyDelete
  27. Saya keguguran pada 11 julai 2014 yang lepas. Kandungan saya pada masa tu sepatutnya dah 11 minggu tapi bila scan janin still 6 minggu. Tak buat DnC sbb kandungan gugur sdri...doktor ckap x perlu proses tue..sedih sgt pregnant anak kdua tak menjadi. So, saya mcm yang lain x tau bpantang. Masa bpantang bleh ke sy mkn telur, ayam n daging? Mohon pencerahan..terima kasih.

    ReplyDelete
  28. Hari ini 18/7/14 hari ke13 saya keguguran..Pada waktu itu usia kndungn saya 8 weeks 3 days...Saya mmg gemar memasak..10 hari saya rehat masak tp hari ke 10 hati meronta2 nk wat kuih raya..saya wat kuih samperit..biskut coklat...hari ke3 ..saya wat samperit lg utk mertua...diakhir2 terasa tegang urat pinggang smsa picit adunn..terus saya berhenti n rehat...apa prlu saya buat..terasa sengal2 urat di pinggng kiri...Bentan uratkh saya?Bahaya tak?Tolong beri nasihat..t.kasih..

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum. Saya baru sahaja menjalani D&C di Hospital Pusrawi semalam selepas kandungan melewati 12 minggu. Sejak pertama kali scan, doktor mengatakan tiada bunyi denyutan jantung bayi dan saiz janin kecil tidak seperti saiz sepatutnya. Dan pada 13 Julai yang lalu, terdapat pendarahan dan doktor mengatakan terdapat potensi besar untuk kehilangan bayi oleh kerana saiz bayi makin mengecil. Pendarahan semakin kerap berlaku dan saya berjumpa dengan doktor pakar O&G Hospital Al-Islam dan doktor mengatakan terdapat kerosakan pada kromosom saya dan D&C perlu dilakukan bagi mengelakkan kemudaratan kepada saya. Walaubagaimana pun, doktor memberi ubat hormon kepada saya untuk mengekalkan kandungan tetapi ketentuan Allah itu sudah ditetapkan. Sebelum melakukan D&C, ujian scan dibuat dan hanya tinggal kantung sahaja. Saya kuatkan semangat dan jalani prosedur ini. Terima kasih saya ucapkan kepada suami kerana menemani saya dan memberi semangat. Tak lupa kepada keluarga dan rakan2. Terima kasih untuk info ini dan saya berasa lebih kuat selepas diberi ujian seperti ini.

    ReplyDelete
  30. Terima kasih sgt membntu utk dri sy.sgguh perit utk ditelan lagi2 bby sulung sy tgh bpntang sprti org brsalin.tekak tringn nk mkn yg sdp2 tp kne than.syg rahimku..terima ksih pd suami sb phm bg kekuatn pd dri ni..trima ksih pd emak abh ajr cra bpntng..sy xkn putus asa hidup hrus dtruskn..moga2 sy diberikn rezeki lg thun dpn aminn...

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum... Saya bru je kguguran 26/8/2014. Masa tu kandungan 6 wks dan saya alami batuk2 yg truk semasa hamil..Mula-mula bleeding sdkit... Bila g cheak doktor kate beby
    ok..cuma ade luka dkt rhim sdkit akibt batuk.. Slang 2 hari...pndrhan saya mkin truk..last2 janin kluar sndiri..bila g scan doktor kate baby dh xde..n dah kuar semua..jadi xperlu cuci... Mmg sedih...tp saya redha... Dan skrg ni saya tgh berpntg...cuma yg jadi saya risau... Blding saya masih kluar n sakit bhgian bwh perut masih trasa lagi... Saya berpantang sndiri sj..sb family saya n mertua brada jauh hnya talian jelah dpt dihbungi... Trma kasih atas perkgsian diatas.. Sekurg2nya ade ilmu dpt sy pljari di sini... Sb ini kali pertama sy hamil n kguguran...

    ReplyDelete
  32. Salam .. akak.. saya keguguran 3 hari lepas .. kandungan saya baru masuk 3 bulan dan sudah lakukan pembersihan rahum..saya berpantang makan.. tetapi dalam 3 hari ni juga saya demam dan menggigil .. sekejap sahaja reda kemudian panas semula .. ini biasa atau perlu rawatan susulan ?

    ReplyDelete
  33. Saya baru selesai S n C minngu yg lalu kerana molar pregnancy..bius separuh bdn... sedihnya alllah je yg tahu....ini kali ke dua kandungan saya x menjadi...sekrg dlm tempoh berpntg...tiap2 minggu kene gi spital amik darah.....doktor x bg mengandung dlm tempoh 2 tahun.....uwaaaaaa... semoga allah kurniakan kami rezeki ank lg selepas ini buat temankan abgnya yg dh umur 7 tahun..

    ReplyDelete
  34. Jalan-jalan cari info pasal berpantang keguguran. Ni kali kedua melalui proses DnC. Masa 1st pregnancy dulu pantanglah jugak. Ni kali ke-2 blurr pulak nak pantang.lagi2 tak boleh makan herba. Just jaga makan n makan supplement shaklee je.

    ReplyDelete
  35. salam perkenalan.
    Terima kasih utk perkgsian tips dan info yg berguna dgn pembaca.

    ReplyDelete
  36. Salam.. Sy bru keguguran 7 hari lpas dan bt d&c... Sedih 2 mmg sedih sbb ni 1st pregy.. Tp nk bt cmne.. Lom ad rzki lg... Skg ni tngah bpantang sendiri sbb keluarga jauh.. Alhamdulillah badan makin sihat... Da b'urut 3 hari bturut2...tp masalh ny bila nk buang air besar masi rasa bisa2 kt bahagian ari2... Adkah itu normal... Kdg2 nk buang angin pn sakit... Mudah2an lepas ni d berikan kesihatan yg lebih baik... Semog lepas ni Allah kurniakan zuriat yg sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam puan...sy nak tau keadaan puan skrg mcm mana? Sbb sy pun mgalami hal yg sama. Tiga minggu lepas sy keguguran. Usia kandungan masa tu 2 bln. Skrg sy masih terasa bdenyut di ari-ari & nak buang air besar pun rasa seksa sgt. Adakah itu normal?

      Delete
  37. tips dan ilmu yang best ni untuk dikongsi bersama. Terima kasih sebab berkongsi.

    ReplyDelete
  38. Thanks atas perkongsian di atas..

    ReplyDelete
  39. Info yg sgt berguna.terima kasih. Mohon share ye.

    ReplyDelete
  40. Info yg sgt berguna.. saya bru lepas keguguran smlm.. keguguran sya berusia 7 minggu,janin keluaq dgn sndri sewaktu sya menunggu giliran utk b'jmpa dgn dktor... sayu ja hati bila time check janin dah keluaq semuanya.. jd,sya perlu pntang slama 2 minggu ker?

    ReplyDelete
  41. Salam..sy keguguran pada 21/12 tahun lpas tapi sy pantang mcm tidak pantang..skrg ini rambut mulu gugur..perut kembung.
    Soalan ke dua,biasa lau kita pantang darah priod takkan keluar ke pada bulan satu ini???

    ReplyDelete
  42. Salam..sy keguguran pada 21/12 tahun lpas tapi sy pantang mcm tidak pantang..skrg ini rambut mulu gugur..perut kembung.
    Soalan ke dua,biasa lau kita pantang darah priod takkan keluar ke pada bulan satu ini???

    ReplyDelete
  43. Salam, saya baru keguguran 1minggu lps.2 bulan usia kandungan.utk berpantang makanan berapa lam saya kena pantang tak boleh makan telur Dan makanan laut.

    ReplyDelete
  44. bismillah,bc dr komen nsib kte serupa tp keadaan je berbeza..kndungan da 12week tp bla scn heart beat da xde..Allah je tau ape yg kte rasa bla janin yg kte kndung da xbnyawa lg..isnin ni kne buat proses D&C n sblm proses tu doc bg ubt phytotec utk bukaan rahim..takut gak sbb xpnh alami..harap2 sume berjalan lncr

    ReplyDelete
  45. Saya baru lps keguguran kndgn 13minggu..dlm 3 bln.. Skrg brpntg masuk 14hari.. Tp darah still ade... Xbyk.. Sikit2... Sy pntg sendiri... Just mkn ubt n bengkung... Xberurut n bertungku sbb sibuk bekerja...Suami jauh. Kami pjj... Dn disebabkn jauh n duk asing skali skala blik dia nk bersama... Xbg xbg... Tp akhirnya bg dia "mkn" juga. Ada ape2 berlaku x kt sy sbb dh berjimak dgn suami? Tlg sbb 1st time pregy n gugur...

    ReplyDelete
  46. Saya baru keguguran kandungan 5minggu ,
    SKG dah masuk 5 hari berpantang itu pun berpantang sendiri keluarga jauh ,
    saya hanya berpantang jaga pemakanan saja dan
    minum yg boleh saja ...
    darah masih juga keluar tapi sikit2 saja mungkin itu normal kan sampai la 20 hari berpantang,
    tapi apa2 pun thanks info ini boleh membantu saya

    ReplyDelete
  47. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.

    ReplyDelete
  48. As Salam
    Isteri saya baru lepas keguguran 7 minggu. Tapi doktor klinik kata tak usah pergi cuci. Lepas hari tu 14.10.2015 darah still tidak habis. Saya nak tahu sebab kenapa jadi macam tu?

    ReplyDelete
  49. Asslm..sy keguguran pd usia kandungan 9 mnggu..13 okt yg lalu..complete miscarriage,xply cuci sbb janin n sarungny keluar sendiri pg 13 okt tu..sblm tu tgh mlm 10 hb okt dh ada pndarahan..g emergency doc kate dh xde denyutan nadi..dic bg pilihan nk dnc trs or tunggu keluar sndiri..sy plh tnggu dulu.darah keluar smpai 9 hari br kering..mcm period..mc 2 mgu..ni pngalaman prtama sy miscarriage..

    ReplyDelete
  50. As salam. Saya baru keguguran usia kandungan 6 minggu. Sedih sgt. Sehari sebelum saya buat medical check up lepas 2 minggu miss period. Alhamdulillah dr sahkan saya pregnant 6 minggu. Esok nya balik kerja tiba2 saya sakit perut rasa menyucuk yg sgt ngilu. Semalaman tak boleh tidur smpai berpeluh tahan sakit. Seawal 2am saya start bleeding. Pg saya jumpa pakar buat scan tgk kantung dh kosong. Dr kata xperlu buat dnc sbb dh habis keluar. Yg pelik masa scan dr dapati saya ada fibroid agak besar juga. Yg pelik nya fibroid ni xnmpak semasa saya scan kali pertama masa saya dlm percubaan utk pregnant. Bagaimana fibroid ini boleh membesar dgn cepat. Apa yg perlu saya lakukan. Anyway terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  51. Askum,sy nk tny,klu bby dh meninggal dlm usia 5bln,tp dh msk ubt 4 kali,tp msh jgk x sakit,xde ape2 risiko ke jika bby dh lama dlm perut..xde kena jangkitan kuman ke???ke nk kena tggu smp 9 bln br blh bw kuar bby 2??blh sape2 bgth x??trm ksh

    ReplyDelete
  52. Bismillahirahmanirrahim.
    Pengalaman mengandung merupakan pengalaman yg plg indah buat wanita.
    Saya menantikan saat ini setelah 8thn menunggu. Gugur kali pertama setelah 5thn kwin kemudian disahkn hamil sekali lg pada 2016. Risau perkara y sama berulang sya btl2 menjaga perkerjaan n pergerakkan sehinggalh kandunganmencecah 21mgu. Tnda yg x disangka spt air ketuban mengalir sedikit2 sya terus ke unit kecemasan sbb tlalu risau kenapa air ketuban boleh keluar adgkn blum smpi waktu. Pemeriksaan doc mengesahkan pintu rahim dah terbuka dan bole melahirkan bila2 masa. Hanya Allah tmpt sya mengadu..rasa terlalu sedih dan berhrap agr anak dlm kandungan ni bertahan hingga 28mgu baru bole diselamatkn. Sesungguhnya perancangan Allah lbh hebat...anak syurga sya dilahirkan pada usia memjejak 22 mgu sempurna sifat..anak lelaki y mmg sya harapkan..masih bernafas ketika dilahirkan...sehingga ank sya menghembuskan nafas terakhir...sya lihat ank y diletakkn di dada selepas dilahirkan...sesekali bila teringatkan ank..sya akn menangis mengenangkn hrpn sya dan suami terhadap ank syurga ini...tp Allah lbh tau apa y terbaik buat kami...sya msih lg berpantang dan masih berdoa pd Allah akn rezeki zuriat buat kami akam datang...InsyaAllah.

    ReplyDelete
  53. Assalam..pglmn sy dh 3thn kwin.tp blm dpt zriat.lastly sy wt checkup dgn pkr.ddpti ada fbroid.so dipendekkn crta,sy trs jlni operation di hsptl swsta wlpn size fbroid 3.4cm.mnrt pkr lbh baik oprate awl.klu hsptl krjaan mgk xkn dibedah slagi xkrtikl.alhmdllh slmt jlni pmbdhn.aftr 3bln,sy disahkn hmil.sykur sgt akhrnya dpt jgk hmil.nmun ia xkkl lm.3bln prgnant,sy kgguran.skrg tgh brpntang.ape p hrp slps ni dpt zriat yg lbh sht n slmt.amiin.moga kalian yg snasib dgn sy p dpt rhmat n yg lbh baik slps diuji sbgini.sglanya pasti ada hkmah n pahala utk kta smua.sbr n redha ats ujian ini.insyaallah akan trbit chya pelangi slpsnya hjn..

    ReplyDelete
  54. Bersyukur sebb diri ini terpilih untk mghdapi ujian driNya..stiap yg brlaku pasti ada hikmahnya dan akan ada rezeki lain utk kita..InsyaAllah..apa2 pun info yg baik untk kaun hawa yg tengah berpantang sperti sy..thank u admin ats info yg dikongsi..

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum tq puan atas sharing dan ilmu yg sgt bermanfaat. Sy baru lepas keguguran pada 27.8.2017. Pada mulanya 26.8 keluar darah coklat pada waktu sbuh semasa bgn dari tidur. Dan pd tgh hari masih lagi keluar darah. Dan tgh hari trus ke hospital utk cek, sbb risaunya masa tu allah je yg tau. Bila doktor scan katanya kandungan masih baru 6 minggu. Kantung dan baby ada tetpi masih tiada denyutan. Dan dok bgtau mungkin awal kehamilan atau tanda tanda keguguran. Malam nya tiada darah lagi. Pada esk hari 27.8 dalam tgh hari keluar darah sprt period, dan masa tu dah byk darah yg kluar dan perut terasa sakit seperti sengugut. Sakit sgt. Masa berlalu hingga ptg, tetapi masih sakir perut. Dan pd waktu magrib, sy hanya minum air suam. Dan tiba2 terasa ada ketulan keluar. Dan bila pergi ke toilet terus rasa ketulan dan perut trus lega. Saya bawak ke hospital dan seblum jmpe doktor sy ke toilet semula kerana hndak buang air kecil dan terasa ada lagi ketulan keluar tp tak sempat tahan. Dan bila dah bejmpa dgn doktor dia bgtau mmg baby dah keluar habes. Alhamdulillah tak perlu dnc. Skarang baru 4 hari berpantang. Doakan sy ada rezeki lebih baik lg lepas ni.

    ReplyDelete
  56. Saya baru lepas keguguran kandungan 20wks..sy check 2 klinik, swasta dan kerajaan..time check up kt swasta doc suruh refer hospital besar sbb baby ada msalah kromosom..awal2 doc swasta dah bgtau baby terpaksa di gugurkn atau gugur sendiri..esk hari nya sy pegi hospital besar di jb, bila dah scan doc pkar o&g pun ckp benda yg sama baby x dpt survive di sbb kn mslh kromosom dan air ketuban sy kering..dan esk hari nya sy warded 4 kali masuk ubat..sgt2 sakit..smpikn sy x tahan rasa nk terberak doc n nurse suruh sabar sbb labour room full..smpikn tgn ank dah kelur sendiri..doc check jln baru 3cm..seluk2..skali tgn baby dah keluar..kelam kabut semuanya..tiba kt labour room sy teran sekali keluarlah ank lelaki..wildan syurga sy..muka persis abg nya...alfatihah..skang sy masih berpantang, jaga mkn dan minum..tp perut sakit seperti senggugut.ini di sbbkn rahim nk mengecut..moga sy kembali sihat sepenuhnya selepas ini.

    ReplyDelete
  57. Pengalaman sy mengandung ank kedua..
    Tp Allah swt lebih sygkn zuriat sy..
    Sy mengadung 20wks tp terpksa di gugurkn di sbbkn masalah kromosom..4 kali masuk ubat..warded di hospital selama 2 minggu..x dpt di lupakan..sedih sgt2. Menahan sakit yg amat sgt..sbb masuk ubat paksa keluarkn baby..contraction nye sakit rasa nk hilang nyawa, Allah je yg tahu betapa sakit2 sgt time tu..pulak tu labour room penuh..doc seluk dah 3cm, smpikn tgn baby keluar sy menahan dari mlm smpikn ptg..tibe di labour room nurse suruh teran skali je keluar lah baby boy..mukanya persis muka abgnya..now sy tgh berpantang hari ke 16..moga lepasni sy di kurniakan ank2 yg ramai lg..sakit tolak tepi hehehe..

    ReplyDelete