Search This Blog

Saturday, 7 December 2013

10th Anniversary

    Assalamualaikum dear...

    Hari ni 7 Disember 2013. Happy 10th Anniversary to me and my hubby!



    Tak celebrate kat mana-mana pun tahun ni. Sepatutnya celebrate di Fishing Bay Resort Mersing,tapi musim hujan pulak dan jalan menghala ke Mersing banjir.So, tak nak ambik risiko jumpa banjir, kitorang balik Kluang je le. Beli slice kek di SR and celebrate sama2 dengan mak abah.Sweet kan...

    Semoga ikatan perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke syurga...




Sunday, 24 November 2013

Cousin's E-day

    Assalamualaikum

    Semalam balik Muar. E-day my cousin.



Sawah padi...rumah Pak ngah aku kat tengah sawah. Ni pemandangan dari belakang rumah.


    Tahniah Azalia.Semoga ke jinjang pelamin.Amin.


Sunday, 27 October 2013

Angry Birds Activity Park , Galleria @Kotaraya

    Assalamualaikum dear...

    Selamat berhujung minggu. Hari ni, lepas je sarapan homemade nasi impit & kuah lodeh, aku  ajak En.Hubby bawak anak2 pergi jalan2 ke Galleria @Kotaraya JB. Tujuan ke sana semata2 nak bawak dua orang hero aku ni main-main kat Angry Birds Activity Park yang baru dibukak kat Galleria ni. Angry Birds Activity Park ni terletak di Foyer Ground Floor. Tempatnya di luar Galleria tu sebenarnya tapi redup & tak panas sebab ada bumbung. Nak masuk free je. Tak payah bayar.



    Angry Birds Activity Park ni sebenarnya playground je. Ada gelongsor.Buaian takde. Sebenarnya, tak lama lagi, kat JB ni akan ada Angry Birds Theme Park yang akan dibuka di bangunan KOMTAR. Konsepnya indoor. KOMTAR ni bersebelahan dengan City Square JB. Katanya, Angry Birds Theme Parks ni dijangka akan dibuka tahun hadapan. Maknanya, makin bertambah le theme park kat JB ni. Sebelum ni kat JB dah ada Legoland, Little Big Club dan yang terbaru Legoland Water Theme Parks.

    So far, best jugak le Angry Birds Activity Parks ni sebab Irfan & Ilman enjoy main2 kat sini.Kalau haus ke, sebelah Agry Birds Activity Parks ni ada kiosk Cool Blog.Beli je le minuman kat situ tapi aku tak beli le sebab Irfan batuk,tak boleh minum ais.Ok, jom layan gambar...

















    Lepas seronok & penat bermain kat Angry Birds Activity Parks ni, kami pun terus ke KFC untuk makan tengah hari. kebetulan En. Hubby dapat voucher KFC ni.So, jimat le sikit.



    Lepas ni, kalau pergi window shopping ke atau shopping ke kat Galleria @Kotaraya ni, boleh le bawak anak2 main-main kat Angry Birds Activity Parks ni. Bye!

Resepi Kuah Lodeh

    Assalamualaikum dear...

    Selamat hari minggu. Minggu ni, dapat rileks2 kat rumah. Minggu lepas sibuk dengan bercamping di SK Sikijang. Macam biasa le, kalau hujung minggu mesti beli sarapan kat pasar tani BBU. Tapi hari ni, mood baik pulak nak masak. Sebenarnya, ada lebihan 6 biji nasi impit kat dalam peti ais. Daripada terbuang mcm tu aje, aku rasa elok le kalau aku buat  kuah lodeh. Boleh makan dengan nasi impit tu. Kebetulan pulak, sambal tumis ikan bilis yang aku buat untuk nasi lemak semalam banyak lagi lebih. So, pagi2 lagi dapur aku dah berasap semata2 nak buat kuah lodeh ni.

    Jom layan resepi ringkas kuah lodeh aku.



RESEPI KUAH LODEH ( 4 0rang makan)

2 biji cili merah
1 sudu besar udang kering
1 bji bawang besar
4 ulas bawang putih
Kobis
Carrot
Sengkuang
Kacang panjang
Suhun
Tahu kering
Tahu lembut
Kentang
Tempe
Santan (sebiji kelapa)
Garam
Serbuk kunyit

Cara Membuatnya

1.  Hiris kobis,carrot,sengkuang,  kacang panjang &  potong dadu kentang
2. Tempe & tahu lembut dipotong memanjang &digoreng
3. Suhun & tahu kering direndam sampai lembut.
4. Blender lada, bawang besar, bawang putih & udang kering
5. Masukkan bahan yang diblender dalam periuk.
6. Masukkan santan cair dan hidupkan api.
7. Masukkan kentang dan masak sampai kentang sedikit empuk.
8. Setelah kentang masak, masukkan kobis, carrot, sengkuang , kacang panjang, suhun dan tahu kering.
9. Tambahkan santan pekat. Perasakan dengan garam.Gaul sebati dan jaga santan jangan sampai beku.
10. Masukkan kunyit secukupnya & masukkan tempe serta tahu lembut yang telah digoreng.
11. Bila dah mendidih, tutup api.Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 24 October 2013

Restoran Remaja Classic

    Assalamualaikum dear....

    Dah lama tak pergi jalan-jalan cari makan. Sejak kebelakangan ni, suka sangat masak sendiri. Macam biasa le, hari kerja, aku akan masak lauk lunch untuk Irfan.Kalau weekend, aku cuti memasak. Tapi, sekarang ni, aku lebih suka masak masa weekend. Masak simple2 je pun. Ntah le, aku rasa macam tak sedap je kalau beli kat luar.
   
    Dua minggu lepas, En. Hubby ajak aku makan malam kat luar. Aku pun ok je sebab dah lama tak makan kat luar kan. Aku cakap dengan En. Hubby, aku nak try makan kat Restoran Remaja Classic. Restoran ni terletak di Jalan Tampoi. Berdekatan dengan Plaza Angsana dan berdepan dengan Menara Hasil. Ok jugak makan kat sini. Servicenya cepat. Disebabkan aku datang awal, so order kitorang dapat cepat. Aku & En. Hubby order Nasi Goreng Remaja Classic , Irfan nak makan nasi goreng cina plus telur mata, Ilman aku orderkan kentang goreng je sebab dia memang susah nak makan.
   
    Makanannya boleh tahan sedap. Yang best, suasana restoran ni pun tenang dan selesa sangat. Ada dua pilihan. Boleh makan di dalam restoran yang ada air cond atau makan kat luar. Kat luar ada kolam air pancut & gazebo. Boleh makan bersila kat gazebo ni tapi masa aku pergi, dia tutup gazebo ni. Aku pilih makan kat dalam sebab kalau aku makan kat luar, kompom Ilman nak main air kat kolam air pancut tu. Ok, macam biasa le, jom layan gambar.









Main tab mama sementara tunggu makanan sampai.

Nasi goreng cina + telur

Nasi Goreng Remaja Classic. (nasi goreng + sayur  campur + isi ikan + telur)

Irfan order Milo tabur.Selera besar dia ni...

Cara untuk diamkan Ilman supaya tak main lari2 dalam restoran...



    Ok, aku puas hati makan kat sini. Insyaallah lepas ni nak makan kat sini lagi. Boleh cuba western food ke, makan nasi putih dengan tomyam &  ikan siakap ke .Ada satu menu yang aku nak try kat sini. Kue tiaw Singapore. Macam bihun singapore le jugak tapi guna kue tiaw.Tak tau le sedap ke tak. Insyaallah, bulan depan nak datang lagi Restoran Remaja Classic ni. En. Hubby sempat tanya kat abang cashier restoran ni,yang restoran Remaja Classic ni dengan Restoran Remaja kat BBU tu sama ke?Abang tu cakap sama cuma tukang masak dia je le yang lain. Restoran Remaja Classic ni cawangan dia. Kisahnya.....

Sunday, 13 October 2013

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers & Sos Lada Hitam

    Assalamualaikum dear...

    Hari ni aku sediakan masakan istimewa untuk mak ,abah & abang uda aku sekeluarga. Pagi2 lagi mak tanya, nak masak apa untuk lunch? Aku terus bagi idea nak masak ayam panggang ala2 kenny rogers ni sebab dah jemu makan kari, masak lemak, masak kurma & asam pedas. Mak aku pun ok je.

    So, dengan dibantu akak ipar aku, aku pun sediakan le ayam panggang ala kenny rogers ni. Resepinya senang & rasanya sangat sedap.



RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

1 ekor ayam - dipotong 8
1 labu bawang putih
3 inci halia
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
2 sudu serbuk kasar lada hitam
garam secukupnya
1 sudu besar minyak zaitun

Cara Membuatnya :
1. tumbuk halia & bawang putih.
2. lumurkan atas ayam
3. masukkan gula perang, madu, sos tiram,  lada hitam , garam & minyak zaitun.
4. gaul kesemua bahan bersama2 ayam.
5. perap selama beberapa jam.Lagi lama perap, lagi sedap.kalau tak sempat perap pun takpe.
6. Panggang ayam dalam pemanggang ajaib sampai masak.

* Ni gambar masa aku masak ayam panggang ni kat rumah aku.Guna pemanggang ajaib vantage.Gambar masak kat rumah mak tak sempat nak snap.Kat rumah mak guna pemanggang ajaib HIG. Kecik sikit & ringan.*


RESEPI SOS LADA HITAM

4 ulas bawang putih
3 sudu besar butter
4 sudu tepung gandum
air secukupnya
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar kicap manis (untuk menggelapkan sos)
2 sudu besar serbuk kasar lada hitam
cendawan shitake secukupnya - dihiris nipis
garam secukupnya

Cara membuatnya:
1. cairkan butter
2. tumis bawang putih
3. masukkan tepung gandum & gaul rata
4. masukkan air & kiub ayam.kacau sebati.kalau adunan pekat, tambah air lagi.
5. masukkan cendawan.
6. masukkan sos tiram, sos lada hitam, serbuk lada hitam & kicap manis.kacau sampai sebati dengan api
    sederhana.
7. biarkan mendidih dan cendawan masak.
8. masukkan garam secukupnya.Siap untuk dihidangkan.

Kalau nak hidangkan macam gambar yang kat atas sekali tu, kentang potong wedges & baby carrot belah 2. Lepas tu rebus. Dah empuk, toskan. Lepas tu, taburkan dengan sedikit garam & serbuk black pepper aji shio. Baby tomato pulak, boleh hidangkan mentah atau goreng sekejap dengan minyak zaitun. Hiaskan dengan daun selasih/basil.

* sebenarnya aku masak ni, main campak2 je. Tak ikut sangat pun sukatan kat atas. Agak2 je le & ubahsuai le jika perlu.Bak kata Hanis Zalikha dalam blognya, "ayam saya tak sama dengan ayam kat rumah orang lain.So, sukatannya pun tentulah tak sama ."

SELAMAT MENCUBA!


Wednesday, 9 October 2013

Resepi Sambal Hijau

    Assalamualaikum dear...

    Dah lama tak kongsi resepi kan. Hari ni balik kerja cepat sbb aku jaga PMR. Paper habis pukul 10.40. Balik rumah dulu, kemas rumah, lipat kain baju. Pukul 12 pegi ambik Ilman kat taska.Terus bawak dia gunting rambut. Sampai rumah, terus masak. masak simple je sebab En.Hubby aku suka makan yang simple2 je. Dia kalau ada ikan bakar cicah sambal belacan ke, air asam ke, memang dia berselera.Ulam timun je pun dah ok.

    So, hari ni aku goreng ikan onga je.Feveret En.Hubby. Timun ada lagi dalam peti ais boleh buat ulam. Ingatkan nak buat sambal belacan, tapi takde cili merah. Limau sambal pun takde. Yang ada cili hijau je. So, aku pun google resepi sambal hijau. Jumpa le resepi kat blog AmyHilmirda . Terus buat sebab semua bahan ada dalam peti ais. Hasilnya.....ya allah....sedapnya. Makan dengan nasi panas.Perrgghh....terangkat. kalau makan dengan bubur nasi pun sedap. Lunch kitorang hari tu nasi panas, ikan onga ,timun & sambal hijau. Memang sedap. Jom....kita tengok resepi ni.


RESEPI SAMBAL HIJAU (2 org makan)

 4 biji Cili Hijau - hiris besar2
Cili padi hijau - kalau suka pedas letak banyak.Kalau tak 2 - 3 biji cukup le.
Bawang besar sebelah atau 3 biji bawang merah.
2 biji bawang putih
Segenggam ikan bilis.

Cara Membuat:

1. Goreng cili hijau, cili padi hijau, bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Goreng ikan bilis sampai garing.
3. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng.
4. Masukkan secubit garam.
5. Siap untuk dimakan.

Selamat Mencuba!

Tuesday, 8 October 2013

Beli Peti Ais Baru......bye bye peti ais lama....

    Assalamualaikum dear....

    Dah lama tak update blog. Busy katanye. 2 minggu lepas, peti ais samseng aku rosak lagi.Baru je sebelum raya hari tu rosak & repair kena RM300++. La...ni...rosak lagi. Sabo je le. Aku dah tawar hati dah dengan peti ais ni. En.Hubby pun bengang je. Aku cakap dengan dia, aku dah tak nak lagi peti ais ni.Asyik rosak je.Kalau selang 2 tahun tu aku boleh terima lagi. Ni selang sebulan je.Ciss....sabo je le!

    So, aku & En. Hubby ditemani hero aku yang 2 orang tu pegi le kedai elektrik kat Jusco Bukit Indah & survey peti ais. Survey punya survey , berkenan terus kat peti ais Hitachi warna hitam yang besar almari ni. Memang aku nak yang warna hitam .Biar sedondon dengan kitchen cabinet aku. En.Hubby pun berkenan,So, kitorang pun beli le peti ais ni.









    Puas hati. Beli besar terus. Ada water dispenser. Boleh lock supaya Ilman tak main air & tekan2 water dispenser tu.

    Jarang guna pun sebenarnya water dispenser ni sebab jarang minum air sejuk. Peti ais ni ada ice maker. Letak je air dalam bekas yang disediakan kat dalam peti ais ni, nanti dia buat sendiri ais. Tapi yang paling aku suka & kenapa aku pilih peti ais ni , bukan pilih yang side by side....sebab....peti ais ni luas.Boleh simpan banyak barang. Kalau side by side, ada divider kat tengah2. Senang kalau aku buat puding masuk dalam acuan kecik2 tu, aku terus je letak dalam dulang besar & masukkan dulang2 tu sekali dalam peti ais ni. kalau aku beli side by side, dulang tak boleh masuk daa.....

    Peti ais lama aku hantar repair . Apek tukang repair tu cakap kena lagi RM300. Emm....takpe le apek.Saya jual je le kat apek. Boleh gitu?Hahaha....

    Ok, harap2 jangka hayat peti ais ni lama le hendaknya. Amin!