Search This Blog

Sunday, 5 May 2013

Trip Ke USS - Part 1

    Assalamualaikum Dear…..

    Alhamdulillah…..sampai jugak aku ke USS. Dah lama plan nak pergi USS. Tahun lepas,Irfan selalu tanya,bila nak pergi USS. Masa tu,Irfan belum pandai membaca. Dua suku kata pun dia susah nak sebut.So,aku beritahu dia,kalau nak pergi USS,dah pandai baca nanti aku bawak dia pergi USS.
Aku main2  je sebenarnye. Tak sangka,Irfan jadikan kata2 aku tu sebagai pendorong untuk dia belajar membaca. Aku memang ada hantar Irfan belajar membaca guna teknik Cahaya ku kat BBU.Teknik tu sepatutnye kanak2 boleh kuasai dalam masa 3 bulan je.Tapi Irfan, dah dekat setahun pun dia masih tergagap2 lagi membaca. Tak sangka pulak,bila dia dah masuk Tahun 1,dia semakin lancar membaca.Signboard jalan pun dia dah boleh baca. Kalau aku sebut perkataaan yang senang2 pun dia dah boleh eja dan tulis.
Satu hari,Irfan Tanya aku….. “mama, bila nak bawak saya pergi USS?Saya dah pandai baca ni.”
Oppss…..Irfan ingat lagi janji aku pada dia. Kebetulan, kat tempat aku kerja,ada buat rombongan ke USS.So,aku pun beritahu En.Hubby tentang janji dengan Irfan tu.En. Hubby pun setuju sebab dia pun happy Irfan dah pandai baca.Kiranya,pergi USS ni,hadiah untuk Irfan le.Kami pergi bertiga je. Ilman aku tinggalkan dengan mak aku kat Kluang. Kalau bawak dia susah pulak.Banyak games dia tak boleh naik sebab dia kecik lagi. Takpe  le Ilman,nanti dah besar,mama bawak Ilman pulak ye.
Trip ke USS ni,kami bayar RM220 untuk dewasa dan RM190 untuk kanak2.Ni harga termasuk tiket masuk ke USS, voucher untuk lunch & snack,dapat $5 voucher untuk beli merchandise kat mana2 kedai & voucher parking(yg ni kami tak guna pun sbb naik bas).Pagi2 dalam bas,wakil agent pelancongan bagi kami air kotak&sandwich telur untuk alas perut. Kiranya, untuk makan tengahari,kami dapat makan free.Kami bawak 140 dolar je masuk Singapore untuk beli merchandise & makan2.




Kami bertolak ke Singapore pada 4 Mei.Pagi2 lagi Irfan dah bangun & excited nak pergi USS. Selepas berkumpul kat sekolah,kami naik bas yang disediakan oleh agen.Perjalanan kami bermula seawal pukul 8.00 pagi. Dari sekolah ke CIQ amik masa 15 minit je. Sampai kat CIQ JB, kami turun dari bas dan buat pemeriksaan imigresen.Lps tu naik bas semula. Sampai kat imigresen Singapore,kena turun bas lagi untuk pemeriksaan passport.Lepas tu kena buat pemeriksaan kastam pulak.Pastu baru naik bas semula. Perjalanan diteruskan. Kira2 pukul 10.00, kami dah sampai USS. Sampai USS, disebabkan kami dah ada tiket, terus je scan tiket dan bermula le ‘pengembaraan’ kami dalam USS.Ok, sambung next entry ye…..

Isi borang purih dulu sblm masuk Singapore



    Tempat wajib bergambar bila dah sampai USS. Tapi, datang2 tu, x payah le sibuk nak bergambar kat sini, lebih baik pergi berebut beratur naik tramsformers ke, Canopy Flyer ke.Nak balik, boleh bergambar lagi kat sini.Tak lari globe tu.




p/s:masuk je USS,jangan lupa amik map sbb map ni sangat membantu kita untuk cari Restoran Halal,Restroom,Surau , smoking zone (bagi yang merokok,nasib baik En. Hubby tak merokok) & etc…..



No comments:

Post a Comment