Search This Blog

Saturday, 12 July 2014

Happy 8th Birthday Irfan Najmi

    Assalamualaikum dear...


Gambar 8 tahun lepas. Irfan Najmi dengan arwah my MIL(rindu mak!)
                     

    Semalam, 11 Julai 2014,besday anak sulungku Irfan Najmi Bin Nur Firdaus yang ke-8 tahun.Dah 2 tahun dah besday Irfan masa bulan puasa,so,xde le buat majlis makan2.Aku buatkan pulut kuning & rendang daging je.Lepas tu bagi jiran sebelah menyebelah untuk berbuka puasa.Dapat le merasa sorang sikit.

    Kebetulan pulak, adik2 ipar aku balik JB dengan keluarga masing-masing.So,aku beli kek kat Secret Resepi je.Takde le tempah kek special macam besday Ilman hari tu.Lepas berbuka dan solat maghrib, baru le kami potong kek. Ni first time Irfan celebrate besday dia dengan sepupu2 dia sebelah en.Hubby.Sebelum ni, dia celebrate dengan sepupu dia dari sebelah aku je sebab memang kebetulan kalau besday dia, adik2 ipar aku ni tak balik JB.Irfan seronok sangat sebab dapat celebrate besday dia dengan Iyad,Imran,Ilman dan Aisyah.Mama pun happy sebab pulut kuning & rendang daging mama habis licin(perasan sedap le tu).

    Ok,jom layan gambar2 Irfan celebrate besday dia.Tema...baju tidur.Hahaha.....










Pulut kuning & rendang mama yang mabeles!(perasan)





Saturday, 28 June 2014

Mencari Syurga...

    Assalamualaikum dear...

    Lama tak update blog.Busy tak habis2.Pergi bercuti pun tidak. Kalau cuti bulan 3 yang lepas kami sekeluarga diserang sakit mata, cuti sekolah hampir 3 minggu bulan Jun kali ini, dugaan kami lebih besar dan diakhiri dengan kedukaan.

    Macam masalah besar je bunyinya tetapi sebenarnya bukan masalah besar cuma kesedihan je. Cuti sekolah start 27 Mei 2014. Pada awalnya, kami ingat nak pegi bercuti ke Desaru je sbb kesian kat anak2 cuti sekolah yang lepas tak pergi mana2. Tapi, tu lah...kita hanya merancang, tuhan lebih mengetahuinya. Kami tak book pun mana2 hotel kat desaru sebab sibuk.Mungkin itulah hikmahnya bila kami tak book pergi bercuti.

    Pagi 28/5/2014, seperti biasa En.Hubby hantar Irfan pergi mengaji dengan ibu mertua aku.Lepas mengaji,kami balik rumah mcm biasa.Mak ada mengadu yg dia gelap mata .Pukul 3.00 ptg,ayah call.Dia beritahu mak tak sedarkan diri.En.hubby bergegas pergi ke rumah mertua.Sampai sana,dia terus call ambulans.Dalam 30 minit baru ambulans sampai.Walaupun jarak dari rumah nak ke hospital hanya 2km sahaja,En.Hubby terpaksa panggil ambulans sebab x larat nak angkat mak yg dah tak sedar.Ambulans pulak sampai lambat sebab alasan driver ambulans tak tau rumah kat mana.Emm...confirm driver ni org luar JB.Rumah mak sebelah je dgn hospital.

    Mak dihantar ke unit kecemasan.Doktor sahkan mak kena stroke.Sebelah kiri badan mak dah tak berfungsi.Mak antara sedar dgn tak sedar.En. Hubby bergilir2 dengan adik2 dia jaga mak kat hospital 24 jam.Adik bongsu sanggup amik cuti seminggu.Adik kedua tetap luangkan masa balik dari KL walaupun tengah final exam ijazah sarjananya.Terharu tengok adik beradik ini menjaga ibu mereka dengan penuh kasih sayang.Lapkan badan emak,salinkan pampers,cebukkan berak.Ya allah....semoga syurga tempatnya untuk suami dan adik2 iparku.

    11 hari di hospital dengan keadaan yg sekejap stabil,sekejap tidak,akhirnya mak dibenarkan pulang ke rumah.Di rumah,En.Hubby gilir2 menjaga emak dengan bantuan adik ipar bongsu yang menyambung cuti lagi seminggu.Cuti sekolah dah hampir tamat.En Hubby&adik2nya berpakat untuk mengupah nurse peribadi untuk menjaga mak sepanjang kami keluar bekerja.Semua urusan telah selesai.Tukang urut pun dah dapat.Tapi....

    14/06/2014...selepas maghrib,adik ipar telefon suamiku suruh datang ke rumah sebab mak mcm lain macam je.Rupanye masa tu mak tengah nazak.Sampai saje kat rumah,mak dah takde.Sambil menangis,En.Hubby telefon aku beritau yg mak dah takde.Rasa mcm tak percaya.Mak pergi terlalu cepat.Semuanya berlaku dengan cepat.Baru je rasa berbual dengan mak mengadu tentang kenakalan Ilman dan Irfan.Sempat beritahu mak yang bayi ketiga kami nanti adalah bayi lelaki lagi dan mak gelak besar sebab sama dengan dia.Tiga2 anak dia lelaki.Cepatnya mak pergi.Innalillah....

    Esoknya,aku amik CRK.Urusan pengebumian mak berjalan dengan lancar.Terima kasih pada semua yg menolong kami menguruskan jenazah mak.En. Hubby terkilan sebab tak dpt mengadap mak masa mak hembuskan nafasnye yang terakhir.Hanya adik ipar bongsu yg ada masa tu.Tapi,dia tetap puas hati sebab dapat jaga mak sampai ke nafas mak yg terakhir.

    Selepas upacara pengebumian selesai,Cik Yo,adik ayah bercerita kat aku masa mak boleh discaj dari hospital ari tu.Sampai saje mak kat rumah,Cik Yo bersihkan mak.Mak masih boleh bercakap masa tu.Dia beritahu Cik Yo,"Yo,Taman Syurga nanti utuk budak tiga orang ni "(merujuk kepada 3 org anak2nya).Sedihnya...dalam mak tak sedar,rupanye dia tahu yang anak2 dia jaga dan belai dia semasa sakit.Beruntungnya En.Hubby & adik2nya,mak pergi dengan jaminan syurga untuk mereka.Alhamdulillah....

    Walaupun mak pergi tanpa sempat tengok cucu ke-6 nya,mak tetap dalam ingatan kami.Alfatihah!

Saturday, 17 May 2014

Bercuti Ke Legoland Lagi...

    Assalamualaikum dear...

    Kami ke Legoland lagi.Kali ni hampir semua tempat kami masuk kecuali Miniland. tu pun sebab Miniland dah pergi dua tahun lepas masa Legoland baru bukak.

    Plan nak ke Legoland ni sebenarnya muncul bila adik ipar aku bagi 2 tiket untuk kanak2.Memandangkan plan bercuti kitorang ke Melaka & family day di Gambang tak kesampaian sebab kitorang kena sakit mata,so kami decide bawak anak2 pegi Legoland je le.Dekat dengan rumah.Sakit mata pun dah baik bila dah nak habis cuti so,dapat le Irfan&Ilman ke Legoland lagi.

    Jom,jamu mata tengok gambar-gambar.























    Puas hati pergi kali ni sebab hampir semua tempat kami pergi.Boating Class je tak pegi sebab ramai.Lagipun aku dah penat sbb pregnant kan.Tu pun bila balik rumah dah risau semacam sbb baby kurang gerak Bila bukak surah Maryam kat handphone & letak kat perut, baru baby aktif.Dia penat agaknye.Next time,nak pergi mandi-manda kat Legoland pulak.Tunggu bersalin le.Boleh pergi dengan baby baru.Ok,bye!



Friday, 16 May 2014

Hadiah Hari Guru Untuk Cikgu2 Irfan Najmi

    Assalamualaikum dear....

    Selamat Hari Guru! Teringat hari guru tahun lepas.Tak dapat sambut sebab kena bed rest.Tahun ni, alhamdulillah dapat sambut.Tahun ni jugak sambut Hari Guru dengan keadaan sarat mengandung 7 bulan.

    Setiap tahun, aku selalu sediakan hadiah-hadiah untuk cikgu-cikgu Irfan sebagai tanda penghargaan sebab dah ajar Irfan. Hadiah biasa je.Tak mampu nak beli mahal2 sebab Irfan nak bagi semua cikgu dia.

    Ni yang Irfan bagi. Pen 2 batang dan buku Malam Lailatul Qadar.Tak lama lagi nak puasa kan...
Untuk guru kelas Irfan, aku bagi spesel sikit. Pen,buku dan botol air Eco Tupperware yang 500ml.Ok le kan.Janji Irfan seronok sebab dapat bagi cikgu-cikgu dia hadiah walaupun tak seberapa.

    Ok,Bye!




Friday, 9 May 2014

14 Kemuliaan Wanita Hamil

    Assalamualaikum dear...

    Hari ni, terbaca tentang artikel 14 Kemuliaan Wanita Hamil di FB. Sangat tertarik dan penuh pengisian. So, kat sini aku kongsikan untuk tatapan rakan-rakan blogger yang lain...



14 KEMULIAAN WANITA HAMIL

1.Apabila seseorang perempuan mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan & menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.


3. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap setegukan daripada susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur & memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6. Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu ibu kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada tiap-tiap titis susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala 'ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadat pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat & puasa, serta setiap kesakitan pada 1 uratnya Allah mengurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2,5 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala 1 tahun solat & berpuasa.


Subhanallah!Besarnya ganjaran untuk wanita hamil. Semoga wanita-wanita hamil di luar sana, dapat menjaga kurniaan Allah ini dengan sempurna.Sekian!

Tuesday, 6 May 2014

Kita Hanya Merancang, Tuhan Yang Menentukan...

    Assalamualaikum dear...

    Dah lama tak update blog ni. Busy kerja & malas sebenarnya. Hari ni baru ada mood nak update blog walaupun kerja menimbun. Kerja kat rumah menimbun tambah dengan kerja-kerja sekolah pun yang menimbun.

    Kali ni nak cerita pasal cuti sekolah bulan Mac yang lepas. Seawal bulan Februari lagi, aku & En. Hubby dah planning percutian kitorang. Nak bawak anak2 jalan2. Kebetulan sepupu aku kawin masa awal cuti sekolah tu nanti so kitorang dah book nak stay kat Hotel Seri Malaysia Melaka 22 Mac tu. Lepas kenduri kawin kat kampung, nak terus pergi ke Bukit Gambang Resort City.Percutian ke BGRC lagi le lama dah plan. Dari tahun lepas lagi sebab ni percutian family keluarga sebelah hubby.

    Tapi....tu le...kita hanya merancang,tapi tuhan yang menentukan.Seminggu sebelum cuti sekolah tu,aku & Irfan kena sakit mata. Sakit mata kitorang ni teruk sampai bengkak-bengkak mata. Dah macam mata alien dah. Semua ni berpunca dari Ilman yang kena jangkitan sakit mata ni di Taska 2 minggu sebelum tu. Sakitnye, tuhan je le yang tahu. Dalam mata aku siap ada gelembung air dan bila kesat air mata yang keluar, siap berdarah lagi. Dekat 2 minggu baru baik sakit mata. Aku & Irfan MC seminggu. Campur dengan cuti sekolah seminggu,jadi le 2 minggu. En.Hubby pun kena jugak tapi sebelah mata je.Dia kena seminggu. So, cuti sekolah kali ni, semua rancangan percutian terpaksa dibatalkan. Sob...sob...sob...Kesian anak-anak.

Mata Irfan masa baru-baru kena sakit mata

Seminggu selepas sakit mata, mata bertambah teruk


    Walaupun semua percutian dibatalkan, tapi sempat jugak le balik jenguk mak kat Kluang dengan pergi Legoland. Hehehe...dapat jugak le bawak Irfan& Ilman bercuti walaupun kat JB je. Next entry nanti nak cerita pasal pergi ke Legoland pulak. Ok, cau cincau...Bye!

Saturday, 5 April 2014

Ilman masuk wad Kempas Medical Centre

    Assalamualaikum dear...

    Cerita 3 bulan lepas ni. Ilman masuk wad sebab kena jangkitan kuman kat paru-paru dia. Mulanya dia demam. Aku dah bagi makan ubat. Kebetulan cuti maulidur rasul. Pagi tu, dia batuk dan mengadu sakit kat perut. Muka pun dah pucat. Aku terus bawak pegi klinik. Poliklinik Murni tutup so terus je pergi Klinik Muru kat Kolam Air.

    Dr.Muru check Ilman dengan penuh teliti.Dia cakap mungkin ada jangkitan kuman dalam paru-paru Ilman dan dia nasihatkan kitorang bawa Ilman ke hospital.Baik sangat Dr.Muru ni.Dia tak caj satu sen pun khidmat dia. Siap tuliskan surat reference untuk di beri kepada doktor pakar.

    Mulanya kami pergi ke Puteri Specialist tapi doktor cuti. Wad pun penuh.So, kami terus ke Kempas Medical Centre. Medical card Ilman boleh guna kat sini. Jumpa doktor Khu Yi Soon. Doktor suruh Ilman admit wad. Bermalam le aku kat Kempas Medical Centre 3 hari 2 malam untuk rawatan Ilman. Kesian pulak tengok Ilman kena cucuk sana sini.


Masa ni baru masuk wad.Belum kena masuk drip lagi.

Kesian anak mama...

Bagi main tab.masa ni masih lemah.

Tidur...


Aku ambik bilik sorang. Katil sebelah tu, aku tido kat situ bila malam. 




Lunch aku...Ilman tak nak makan.

Dah sihat. dah boleh discaj.

    Alhamdulillah....Ilman dah sihat. Nasib baik En.Hubby ada buat insurans pendidikan & medical card untuk anak-anak. Kos masuk wad ni, insurans tanggung sepenuhnya. Alhamdulillah, demi anak-anak, kami sanggup berkorban apa saje.

    Ok,Bye!