Search This Blog

Monday, 25 February 2013

Apam Coklat Feveret Irfan

    Assalam dear.....

    Monday blues hari ni. Rasa mcm malas je nak g kerja, tapi tanggungjawab mesti ditunaikan.
Hari ni nak bagi resepi apam coklat feveret Irfan. Kalau dah lama tak buat kuih ni, dia mesti request. Suka benar dia dengan kuih apam ni. Rasanya memang sedap. Nasib baik le nak buatnya senang.

    Ok, malas nak celoteh panjang. Jom kita tengok resepinya. Resepi ni, akak aku yang bagi.




RESEPI APAM COKLAT

Bahan-bahan

2 biji telur
1 cwn gula pasir
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn serbuk koko
1 sdt soda bikarbonat
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak/jagung/canola
1 cwn air panas
1 sdt esen vanila

Cara Membuatnya:
1. Ayak tepung,koko dan soda bikarbonat.Ketepikan.
2. Pukul telur dan gula sampai kembang.
3. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Gaul rata.
4. Masukkan minyak masak dan pukul hingga sebati.
5. Masukkan campuran tepung,koko & bikarbonat.Gaul hingga sebati.
6. Akhir sekali, masukkan air panas dan gaul rata.
7. Sediakan acuan,sapukan acuan lompang dengan minyak.
8. Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang.Tuang separuh acuan sahaja.
9. Kukus selama 10 minit.
10. Dah siap.

Selamat Mencuba!


Sunday, 24 February 2013

Besday Ilman 3 Years

    Assalamualaikum......

    Besday Ilman tahun ni, kami sambut di Kluang. Kami sambut awal sikit. Besday Ilman sebenarnya 25 Febuari. Sambil-sambil tu, sambut sekali besday anak2 sedare aku & akak aku. Aku belanja kek Secret Recipe je. Abang aku belanja KFC sempena besday 2 org anak dia. Abang uda aku tpo-up belanja sate. memang best sebab dapat celebrate ramai2.Semua adik beradik aku ada. Mak&abah pun happy.......










Friday, 15 February 2013

Salam Hari Jumaat

   Assalam dear......

   Sekarang ni dah ada kat Kluang.

   Sepanjang perjalanan dari JB ke Kluang semalam,hujan je. kejap lebat,kejap renyai2. Sampai Kluang,terus check rumah mak&abah.Takde apa2.Semua ok.Lepas tu start enjin kereta abah. Sapu sampah kat dalam rumah.Lepas tu masak untuk lunch. Lepas lunch,rehat2 sekejap.

    Lepas Asar,kami keluar  kejap. Konon2 nye nak jalan2 kat Kluang Mall. Ingatkan hari bekerja,tak ramai orang le kat Kluang Mall.Rupanye kami silap.Ramainya orang kat sini. Nak parking pun susah. Orang Cina le yang paling ramai.Ye le, mereka masih lagi bercuti sempena tahun baru cina kan. Lepas ronda2,kami pun keluar dari Kluang Mall. Terus pergi cari makan. Singgah di kedai makan Bumbung Hijau.Tapau makanan untuk makan malam.Lepas tu,terus balik rumah.

   Pagi ni, masih lagi hujan.Sejuk je.Sedap je tari selimut pagi tadi.Dah tengah hari baru cerah. Bersiap2 nak balik JB pulak lepas solat Jumaat nanti. Emm....boring kan bila balik Kluang , mak & abah takde......




Wednesday, 13 February 2013

The Little Big Club,Puteri Harbour, Nusajaya


Assalam dear…..

    Happy Chinese New Year…..

    Cuti panjang kali ni. Seminggu. Tapi tak g bercuti jauh-jauh pun sebab En.Hubby tak suka g jalan2 time cuti raya cina ni.Highway jem katanye.R&R pun penuh. Nak makan kena rebut2  tempat duduk. Kalau berhenti kat OBR pulak, nak makan KFC pun kena beratur panjang, Nak balik Kluang pun x best sbb mak&abah g umrah. Kalau ada pun,nak balik masa 14/2 nanti sbb nak jenguk2 rumah mak & nak kemas rumah.

    So,disebabkan tak g bercuti jauh2,hari ni kami decide nak bawak Irfan & Ilman jalan2 pegi The littleBig Club kat Puteri Harbour je. Dah alang2 kat Johor ni ada Indoor Family Theme Park kan,bawak je le bebudak 2 orang ni  g sini.Best jugak le Little Big Club tapi sikit sangat permainan dia.Pusing2 tingkat 2 dan 3,dah habis main.Kejap je.Tapi berbaloi jugak le sbb kat sini semua Ilman boleh main kecuali main kereta yg langgar2 tu ntah apa ntah nama dia,lupa pulak.

    Kat sini jugak ada Sanrio Hello Kitty Town tapi aku tak pegi pun sbb rasanye sesuai untuk gegirl je.Teringin gak nak masuk tapi takut Irfan malu pulak masuk Hello Kitty Town ni.Takpe le,nanti tunggu anak sedare kecik aku Amanda datang JB.Kot2 dia ada nak pegi sini,boleh le aku follow.Ok le….jom layan gambo …..



gambar ni....amik dari En. Google



Thomas & Friends

Pingu




fridge magnet Lat,Pingu & DVD Pingu.......semua sekali RM 50++


Thursday, 7 February 2013

Jemputan Umrah

    Assalam dear....

    Hari ni aku cuti rehat sebab nak hantar mak pergi umrah.Alhamdulillah......dapat jugak mak&abah pergi mekah lagi.Last diorang g Mekah tahun 2004. Masa tu diorang g tunaikan haji. Kali ni,Abang Uda ikut sekali. Mak ajak Abang Uda sebab nak mintak tolong jaga abah. Abah tak berapa sihat sangat. Semoga perjalanan ibadah umrah mak,abah & uda berjalan lancar dan selamat pergi & balik. Amin!









My Abang Uda


Wednesday, 2 January 2013

Hari Pertama Irfan di SK Nong Chik

    Assalam dear....
   
     Hari ni, hari pertama sesi persekolah tahun 2013.Maknanye,hari ni juga aku akan bertemu senula dengan anak2 murid aku. Tapi, hari ni jugak hari penting untuk Irfan.Hari ni,hari pertama Irfan mulakan Tahun 1 di SK Nong Chik JB.
      Pagi-pagi lagi dah kejut Irfan. Mandikan dia dan siap2kan untuk ke sekolah.Dalam masa yang sama,kami suami isteri pun kena bersiap untuk ke tempat kerja. Kenapa kau tak ambil cuti? Ye le.....orang lain anak masuk sekolah,semua ambil cuti.Aku mana boleh ambil cuti. Aku kan cikgu.Hari ni juga hari pertama sesi persekolahan kat sekolah aku so aku ada tanggungjawab lain iaitumemastikan sesi pertama persekolahan sekolah aku berjalan lancar.
       Kesian Irfan,mama & ayah tak dapat tunggu Irfan. Nasib baik ada my FIL. Dia le yang temankan Irfan. Tapi bila Irfan dah masuk kelas,my FIL pun balik rumah. Masa rehat, Irfan berdikari sendiri. Takde orang temankan dia pun.Nasib baik dia dah biasa masa sekolah kat Prasekolah STAR 2 dulu. Walaupun tak dapat temankan Irfan,tapi aku bangga sbb Irfan boleh berdikari sendiri.Mungkin dia pun nak aku temankan dia mcm budak2 lain yg mak&ayah temankan masa rehat,tapi nak buat mcm mana......mama Irfan ni cikgu.Mana boleh tinggalkan sekolah ikut suka hati je. Nanti tak belajar pulak budak2 sekolah mama.
       Anyway,belajar rajin2 ye sayang.....

sempat posing sebelum pegi sekolah....


si kecik ni pun sibuk.mcm dia pulak nak sekolah.....

breakfast dulu.....

     Irfan balik sekolah pukul 12.10. So, Tok Ayah dia ambil & kat rumah, mak tok sediakan makan tengah hari Irfan & siap2kan Irfan untuk ke sekolah agama pulak. Balik sekolah agama,En.Hubby amik Irfan.Nasib baik le,aku ada FIL&MIL.kalau tak,tak tau le mcm mana nak uruskan Irfan.TQ mak & ayah!!!

ready nak g sekolah agama pulak ....

   


Saturday, 29 December 2012

Boboiboy & Angkasawan Negara

    Assalam Dear......

    Balik dari pendaftaran sekolah Irfan, kami singgah ke Fiesta Get 2 Gather kat Dataran Bandaraya JB. Mcm biasa le,kalau karnival ni,mesti ada jual2. Aku jalan2 cari makan le. Sempat le bergambo dengan Boboiboy & Angkasawan Negara. Teruja En.Hubby dapat jumpa Sheikh Muzaffar.....