Search This Blog

Saturday, 20 April 2013

Yeah....internet dah laju

    Assalam dear......

    Hari ni nak update pasal UNIFI. Ya.....rumah aku dah pasang UNIFI. Sebelum ni aku pakai broadband celcom tapi line kat area rumah aku ni macam siput. Kalau bukak internet kat ruang tamu tingkat bawah,terus takde line.Kesian broadband celcom aku tu.Selalu kena sumpah dengan aku. kalau kat tempat kerja,laju pulak celcom tu.
    Ada sekali tu, kakak ipar aku datang dari P.Klang. Dia bawak sekali bb P1Wimax dia. lagi haru,kat tingkat atas pun xde line.Nasib baik x pasang P1Wimax.Last2,jiran sebelah cakap dia pakai UNIFI & internet laju.So, aku buat keputusan , nak terminate broadband celcom aku & pasang UNIFI.
    Aku amik pakej yg paling murah. Sebulan RM145. Dapat Dect Phone, WIFI & HyppTV.Ok le tu.Internet memang laju. Kalau update blog,upload gambar sekejap je.HyppTV dia aku x layan sgt sbb astro channel aku pun berlambak x terlayan. Kalau hujan je layan sbb kalau hujan,rancangan HyppTV tak tergendala mcm astro.Lagi satu yg paling aku suka, line telefon dia free je kalau aku telefon mana2 telefon rumah.So,tiap2 hari bergayut dengan mak kat Kluang.Kadang2 dengan akak aku kat BP. Dulu kalau tipon diorang kejap je sbb takut prepaid abis.hehehe......Seronoknye sekarang ni sbb dah boleh berinternet dengan mudah&laju.




Saturday, 23 March 2013

My MIL Birthday Treat @Malay Village Restaurant

    Assalamualaikum dear......

    Sabtu lepas, sempena besday my MIL, kami belanja mak & ayah pegi makan2 kat Malay Village Restaurant Jalan Kolam Air. Besday mak 16 Mac. Dah lama tak pergi makan kat sini, so kali ni, ajak diorang dinner kat sini. Lagipun, tak jauh dari rumah. 5 minit je kalau jalan kaki.


Fun Fries untuk Ilman

Siakap Mango

Telur dadar

Sotong goreng tepung

kailan Ikan Masin


Birthday girl makan tak toleh kiri kanan ......




   Makan2 kat Malay Village kali ni, memang puas hati. Pesanan cepat sampai sebab kami dah tempah makanan siap2 petang tu. Bila datang, dia tinggal hidang je.So, tak payah tunggu lama. Makanan yang kami order malam ni, semuanya sedap2 kecuali tom yam dia je aku tak berapa suka sebab pekat sangat. Aku suka tomyam yang tak berapa pekat. Apa2 pun, dinner kali ni, memang menggembirakan hati mak & ayah.Aku & En.Hubby pun rasa seronok gak.

Saturday, 16 March 2013

Homemade Chocolate

    Assalam dear.....
 
    Baru nak update pasal projek buat homemade coklat kat sini.Buat coklat ni cuti sekolah raya cina yang lps. Raya cina hari tu kan x pegi mana2.Just pergi Little big Club je.So, Irfan pun boring.Mama pun ajak le Irfan buat coklat.Suka betul dia.Lepas siap coklat tu, terus dia ngap.Dia sorang je yg ngadap coklat tu.

    Ok, kita layan resepi ye......

Homemade Coklat:

1.1 bar coklat compound (milk chocolate) dipotong dadu.
2.Cairkan guna kaedah double boiler
3. Masukkan dalam acuan dan hentak2 kan.(Pastikan acuan betul2 kering)
4. Sejukkan dalam peti sejuk.
5. Bila dah keras,keluarkan dari acuan dan masukkan dalam paper cup.(gunakan sarung tangan plastik
    ketika masukkan coklat dalam paper cup)
6. Selamat Mencuba!

Proses memasukkan coklat cair dalam acuan (chef cilik mama siap pakai apron)

Dah siap tapi comot.Lepas ni masukkan dalam peti sejuk.

Teknik membersihkan periuk mama.hehehe......senang nak basuh.

Dah siap..... Irfan sorang je yang makan coklat ni sbb dia memang suka makan coklat.

Coklat  compound jenama Collata



Monday, 25 February 2013

Apam Coklat Feveret Irfan

    Assalam dear.....

    Monday blues hari ni. Rasa mcm malas je nak g kerja, tapi tanggungjawab mesti ditunaikan.
Hari ni nak bagi resepi apam coklat feveret Irfan. Kalau dah lama tak buat kuih ni, dia mesti request. Suka benar dia dengan kuih apam ni. Rasanya memang sedap. Nasib baik le nak buatnya senang.

    Ok, malas nak celoteh panjang. Jom kita tengok resepinya. Resepi ni, akak aku yang bagi.




RESEPI APAM COKLAT

Bahan-bahan

2 biji telur
1 cwn gula pasir
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn serbuk koko
1 sdt soda bikarbonat
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak/jagung/canola
1 cwn air panas
1 sdt esen vanila

Cara Membuatnya:
1. Ayak tepung,koko dan soda bikarbonat.Ketepikan.
2. Pukul telur dan gula sampai kembang.
3. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Gaul rata.
4. Masukkan minyak masak dan pukul hingga sebati.
5. Masukkan campuran tepung,koko & bikarbonat.Gaul hingga sebati.
6. Akhir sekali, masukkan air panas dan gaul rata.
7. Sediakan acuan,sapukan acuan lompang dengan minyak.
8. Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang.Tuang separuh acuan sahaja.
9. Kukus selama 10 minit.
10. Dah siap.

Selamat Mencuba!


Sunday, 24 February 2013

Besday Ilman 3 Years

    Assalamualaikum......

    Besday Ilman tahun ni, kami sambut di Kluang. Kami sambut awal sikit. Besday Ilman sebenarnya 25 Febuari. Sambil-sambil tu, sambut sekali besday anak2 sedare aku & akak aku. Aku belanja kek Secret Recipe je. Abang aku belanja KFC sempena besday 2 org anak dia. Abang uda aku tpo-up belanja sate. memang best sebab dapat celebrate ramai2.Semua adik beradik aku ada. Mak&abah pun happy.......










Friday, 15 February 2013

Salam Hari Jumaat

   Assalam dear......

   Sekarang ni dah ada kat Kluang.

   Sepanjang perjalanan dari JB ke Kluang semalam,hujan je. kejap lebat,kejap renyai2. Sampai Kluang,terus check rumah mak&abah.Takde apa2.Semua ok.Lepas tu start enjin kereta abah. Sapu sampah kat dalam rumah.Lepas tu masak untuk lunch. Lepas lunch,rehat2 sekejap.

    Lepas Asar,kami keluar  kejap. Konon2 nye nak jalan2 kat Kluang Mall. Ingatkan hari bekerja,tak ramai orang le kat Kluang Mall.Rupanye kami silap.Ramainya orang kat sini. Nak parking pun susah. Orang Cina le yang paling ramai.Ye le, mereka masih lagi bercuti sempena tahun baru cina kan. Lepas ronda2,kami pun keluar dari Kluang Mall. Terus pergi cari makan. Singgah di kedai makan Bumbung Hijau.Tapau makanan untuk makan malam.Lepas tu,terus balik rumah.

   Pagi ni, masih lagi hujan.Sejuk je.Sedap je tari selimut pagi tadi.Dah tengah hari baru cerah. Bersiap2 nak balik JB pulak lepas solat Jumaat nanti. Emm....boring kan bila balik Kluang , mak & abah takde......




Wednesday, 13 February 2013

The Little Big Club,Puteri Harbour, Nusajaya


Assalam dear…..

    Happy Chinese New Year…..

    Cuti panjang kali ni. Seminggu. Tapi tak g bercuti jauh-jauh pun sebab En.Hubby tak suka g jalan2 time cuti raya cina ni.Highway jem katanye.R&R pun penuh. Nak makan kena rebut2  tempat duduk. Kalau berhenti kat OBR pulak, nak makan KFC pun kena beratur panjang, Nak balik Kluang pun x best sbb mak&abah g umrah. Kalau ada pun,nak balik masa 14/2 nanti sbb nak jenguk2 rumah mak & nak kemas rumah.

    So,disebabkan tak g bercuti jauh2,hari ni kami decide nak bawak Irfan & Ilman jalan2 pegi The littleBig Club kat Puteri Harbour je. Dah alang2 kat Johor ni ada Indoor Family Theme Park kan,bawak je le bebudak 2 orang ni  g sini.Best jugak le Little Big Club tapi sikit sangat permainan dia.Pusing2 tingkat 2 dan 3,dah habis main.Kejap je.Tapi berbaloi jugak le sbb kat sini semua Ilman boleh main kecuali main kereta yg langgar2 tu ntah apa ntah nama dia,lupa pulak.

    Kat sini jugak ada Sanrio Hello Kitty Town tapi aku tak pegi pun sbb rasanye sesuai untuk gegirl je.Teringin gak nak masuk tapi takut Irfan malu pulak masuk Hello Kitty Town ni.Takpe le,nanti tunggu anak sedare kecik aku Amanda datang JB.Kot2 dia ada nak pegi sini,boleh le aku follow.Ok le….jom layan gambo …..



gambar ni....amik dari En. Google



Thomas & Friends

Pingu




fridge magnet Lat,Pingu & DVD Pingu.......semua sekali RM 50++