Blogku masih bersawang lagi. Busy sangat.Biasale awal tahun untuk seorang guru ditambah dengan tahap kemalasan yang tinggi. Tapi...hari ni, gigihkan le juga jari jemari ni untuk menaip entry special sempena birthday Ilman.
25 Februari yang lepas, genap 4 tahun putera keduaku Ilman Najwan Bin Nur Firdaus. Tak sempat nak celebrate pun hari tu. Just belanja mak&abah yang kebetulan ada di rumah dengan makan malam special. Tu pun tapau je lauk dari restoran.
Sebenarnya,seminggu sebelum tu,aku dah tempah kek untuk Ilman.Aku tempah dari kak Siti Hazleena pemilik blog LoyangKuih . Senang berurusan dengan Kak Leen. Kak Leen ni memang kreatif. Keknya cantik2 dan sedap. Insyaallah, birthday Irfan nanti aku nak tempah dengan Kak Leen lagi. Orangnya pun baik dan peramah walaupun baru pertama kali aku berurusan dengan beliau.
Kek Coklat Lego + Pocoyo Theme |
Ni le kek Ilman. Suka sangat dia .So, 28 Februari, aku ada le buat majlis kecil. Jemput tak ramai pun. Saje suka2 je.Ilman tak sabar-sabar nak potong kek dia. Memang puas hati sebab dapat celebrate birthday Ilman. jom le layan gambar2 yang sempat ambil...
Birthday boy dengan kek dia |
Sekian...
No comments:
Post a Comment