Search This Blog

Wednesday 12 December 2012

Eagle Ranch Resort,Port Dickson

     Assalam....
 Cantikkan tarikh hari ni.......12.12.12.....

     Hari ni,hari last En.Hubby jaga STPM.Esok,kitorang nak pegi berholiday ke Tiara Beach Resort PD.Ada family day belah En.Hubby sebenarnye.....

     Sebelum aku berholiday esok, ari ni aku nak update cerita pasal percutian kami ke Eagle Ranch Resort PD pada 21 Nov lepas.Lama kan baru nak update.Bukan apa,Irfan demam teruk lepas balik dari Eagle Ranch Resort ni hari tu.Lepas tu,ada masalah nak upload gambar pulak sbb Picasa Album penuh.Tapi masalah tu dah selesai.Kalau nak tahu mcm mana aku selesaikan,boleh klik SINI

     Ok,percutian kedua untuk cuti akhir tahun ni ialah percutian kami anak beranak je ke Eagle Ranch Resort. Percutian ni sbnrnye kami decide last minit. Masa kat Port Klang ari tu,disebabkan x jadi nak pergi i-City,kami berbincang suami isteri,nak pergi mana utk percutian family kami sahaja.Bincang punya bincang,kami buat keputusan nak pergi Eagle Ranch Resort sbb nak rasai pengalaman tinggal kat dalam Bandwagon le kononnyer.

     Satu lagi kenapa kami pilih PD ialah sbb,sblm ni kan kami pernah pergi Bayu Beach resort kan,so,kami dah jatuh cinta dgn PD.Kat PD banyak tempat makan so,senang le nak cari makan kalau g sana.

    Kami pergi Eagle Ranch Resort ni pada petang 21/11.Lepas aku jaga exam.Sebelum pergi tu,kami agak kelam kabut sikit le sbb masa tu le baru nak sibuk nak tukar bateri alarm rumah.(sblm ni x nak buat).So,kami bertolak agak lambat. Kol 6.30 baru sampai Eagle Ranch.Lepas check in,en.Hubby pun sibuk le angkut barang masuk bilik.....tetiba dia beritahu.....
    "yang,ada masalah besar ni"beritahu hubby.
    "apa dia?tanya ku cuak.
    "beg baju anak2 tak bawak....."
    "hah....biar betul.abis tu diorang nak pakai apa......?"kuang....kuang....kuang.....

  Last2,lepas maghrib,kami pun keluar ke pekan Teluk Kemang,pergi le beli baju tido anak2 sorang sepasang,baju angry bird utk irfan,batman utk ilman &yang paling penting,baju mandi diorang sbb tujuan kitorang pergi bercuti ni pun sbb nak bawak anak2 mandi kolam.Perrghh.....dari percutian bajet terus jadi x bajet. Tapi ada hikmahnye le.....budak2 ni dapat baju baru kan.....

Ok,jom enjoy tgk gambar....
pintu masuk

signboard tepi jalan

mandi-manda di swimming pool dgn swimming suit baru.....




dari swimming pool boleh nampak Rumah Kampung


Aktiviti kami....archery,horse riding & paintball.yg beach volley ball tu, org lain.aku snap picture je...

Aku stay kat bilik jenis bandwagon.Satu bandwagon ada 4 unit atas dan bawah.aku amik tgkat atas.Ada loteng tu....
bilik kami...BW36

Persekitaran Eagle Ranch Resort

Jenis2 bilik....ada bandwagon,log cabin, rumah kampung,tepee & etc....

swimming pool...ada kolam kanak2, kolam size olimpik & jacuzzy..

p/s: kalau pegi sini,jgn lupa bwk ubat nyamuk & mosquito repellant.Kalau bawak anak kecik,penting sapukan mosquito repellant ni sbb byk nyamuk kalau nak jalan2 sekitar Eagle Ranch Resort.So far,dalam bilik takde nyamuk pulak.

2 comments:

  1. Assalamualaikum... cam best je percutian di eagle... sesuai la ye yang berkeluarga ni... sis, saya nak tanya 1malam disana berapa ye???

    ReplyDelete
  2. Hai iza. Sorry ye...saya pun dah tak ingat berapa harga semalam.Kalau tak silap dalam RM230 kot semalam.Eagle Ranch ni seronok kalau pergi bersama dengan 2-3 keluarga sebab kawasannya terpencil.Bila ramai2 lagi best. Iza boleh jugak check rate harga kat sini
    http://www.eagleranch.com.my/reservation.php

    ReplyDelete