Search This Blog

Wednesday 16 May 2012

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

        Selamat Hari Guru untuk semua cikgu2 di Malaysia termasuklah diri sendiri. Seperti biasa, sambutan Hari Guru wajib diadakan di sekolah. Pelajar-pelajar meraikan Hari Guru dengan mengadakan persembahan pentas, temasya sukan dan macam2 lagi. Tapi, sambutan Hari Guru tahun sangat bermakna buat ku sebab......hari ni jugak, Pengetua menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2011 pada aku. Macam tak percayakan sebab aku rasa ada orang lain yang lebih layak dapat berbanding aku.  Alhamdulillah......akhirnya dapat gak aku APC setelah hampir 9 tahun berkhidmat sebagai pendidik.Dah rezeki aku tahun ni. Semoga APC ini, akan mendorong aku agar lebih cemerlang lagi ni masa hadapan.Amin!!!!