Selamat pagi Jumaat.Dah lama tak update blog.Kalau sblm ni busy sbb kerja.Tapi sekarang dah cuti sekolah kan,tapi blog tak update jugak.Bukan apa,kena jaga SPM pulak & musim hujan.Line broadband pun x ok.Satu lagi sebab pergi bercuti je le....tu yg xde masa.
Tentang holiday,nanti aku update kat next entry ye.Pagi ni aku breakfast nasi lemak & sambal udang.So,disebabkan semalam,ada member kat fb upload gambar nasi lemak hijau & aku pun terliur tgk nasi lemak dia,so ari ni aku buat pulak nasi lemak hijau.Thank you ye kak aya sbb bagi resepi. Cara nak buat nasi lemak hijau ni sama je dengan nasi lemak biasa cuma,kali ni daun pandan tu diblender dan dicampurkan dalam nasi.Kalau sblm ni,kita simpulkan saje daun pandan tu & campak je dalam nasi kan.....
Nasi Lemak Hijau |
RESEPI NASI LEMAK HIJAU
3 cawan beras (aku campur beras umbrella dgn moghul basmathi)
4 1/2 cawan santan
sedikit halba
secubit garam
sebatang serai(aku x pakaipun sbb xde)
7 helai daun pandan (diblend dan diambil airnye)
sebiji bawang kecil dihiris
sedikit inci hijau(optional)
Cara Membuatnya:
1. Basuh beras
2.Masukkan santan & air pandan & inci
3.Taburkan garam dan halba
4.Masukkan serai dan bawang kecil
5.Masak dalam rice cooker
6.Kacau nasi bila dah nak hampir kering.
RESEPI SAMBAL UDANG
10 ekor udang harimau
5 sudu cili boh
Sebiji bawang besar-diblend
6 ulas bawang putih-diblend
Sedikit air asam jawa
Sebiji bawang besar di hiris bulat
Cara Membuatnya:
1.Blend bawang besar,bawang putih & cili boh
2. Tumiskan dalam kuali
3. Masukkan udang harimau yang telah dibersihkan.
4. Letak garam & gula secukupnya
5. Masukkan air asam jawa
6.Setelah hampir kering,masukkan bawang besar yang dipotong bulat
7.Biarkan kering dan siap dimasak.
Ok,simple je kan resepi aku. Cuba le try.Insyaallah sedap.....
As salam hai sis....tumpang lalu n done follow sis ^_^..sedapnya resepi nasi lemak tuu..insyaAllah pasti saya akan cuba...TQ atas prkongsian resepi...can follow me back..TQ so much..:)
ReplyDeleteThanks dear sbb sudi singgah blog yg x seberapa ni.Segan pulak dgn resepi kat atas ni sbb resepi main campak2 je sbnrnye....
ReplyDelete